PENYERANG Manchester United,
Wayne Rooney menanduk bola melepasi penjaga gol West Brom, Ben Foster dalam
perlawanan Liga Perdana Inggeris di The Hawthorns, semalam. - AFP
LONDON - Manchester United
menghidupkan kembali peluang untuk memburu tempat ke Liga Juara-Juara setelah
membenam West Brom 3-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, semalam.
Ledakan gol daripada Phil
Jones, Wayne Rooney dan Danny Welbeck membolehkan United melakar kemenangan
berturut-turut dalam aksi liga buat kali pertama sejak Disember lalu, selepas
mencatat kejayaan menundukkan Crystal Palace 2-0, bulan lepas.
Kemenangan tersebut menjadikan
jurang kedudukan antara juara bertahan tersebut kepada sembilan mata dengan
Manchester City yang menghuni tangga keempat, walaupun mereka telah beraksi
lebih dua perlawanan, sementara skuad bimbingan Pepe Mel, kekal di tangga ke-17
iaitu berada dalam zon penyingkiran. - AFP
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140309/sl_02/United-belasah-West-Brom-3-0#ixzz2vPdzu4Ui
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment