Ad

Monday, 10 March 2014

Disiplin tinggi kunci kemenangan TRW

 
Francis Forkey Doe (kiri) meledak gol kemenangan Kelantan pada minit terakhir permainan ketika menewaskan LionsXII, kelmarin.
KOTA BHARU - Disiplin tinggi yang dipamerkan The Red Warriors (TRW) adalah kunci utama yang membawa mereka menundukkan juara Liga Super, LionsXII 2-1 di Stadium Jalan Besar kelmarin, biarpun menamatkan permainan dengan 10 pemain.

Kemenangan tersebut turut membantu Kelantan merampas teraju liga dengan mengumpul 12 mata daripada enam perlawanan, dua mata meninggalkan pencabar rapat, Johor Darul Ta’zim dan Terengganu.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim kagum dengan semangat juang pemainnya, meskipun berdepan pelbagai ujian, termasuk ketinggalan 0-1 di babak pertama, selain beraksi di permukaan padang sintetik yang selama ini memberi kelebihan kepada wakil Singapura itu.

Menurutnya, kegigihan pemain yang tidak mudah hilang fokus menyaksikan mereka berjaya mendapat jaringan penyamaan pada minit ke-50, dan ia menjadi titik kebangkitan pasukan.

"Kemenangan ini adalah satu bonus kerana pada awalnya kita menetapkan sasaran untuk seri kerana beraksi di atas permukaan rumput tiruan bukanlah tugas mudah.

"Namun pemain berjaya menyesuaikan diri dengan permukaan tersebut dan akhirnya kemenangan berpihak kepada The Red Warriors," katanya.

Azman berharap, rentak cemerlang itu dapat diteruskan pada perlawanan seterusnya bagi mengelak Kelantan keciciran mata.

Dalam perlawanan kelmarin, tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi Khairul Amri pada minit ke-26, sebelum penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani menyamakan kedudukan pada minit ke-50.

Hasrat tuan rumah untuk memungut mata penuh berkecai apabila pemain import kelahiran Liberia, Francis Forkey Doe meledakan gol kemenangan The Red Warriors pada minit ke-90.

Azman turut menghambur pujian kepada Ahmad Fakri, Khairul Fahmi Che Mat serta ketua pasukan, Mohd. Badhri Radzi yang beraksi cemerlang walaupun baharu selesai menggalas misi bersama Harimau Malaya.

Ketiga-tiga pemain itu tidak menunjukkan kepenatan sebaliknya mempamer semangat juang tinggi dengan membantu pasukan melakar kemenangan

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140310/su_06/Disiplin-tinggi-kunci-kemenangan-TRW#ixzz2vY4Sfk1S © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment