KUALA LUMPUR 10 Mac - Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuji Datuk Lee Chong Wei kerana menjuarai
kejohanan badminton All England 2014 di Birmingham, England awal pagi tadi.
Chong Wei, pemain No. 1 dunia
membenam musuh tradisi dari China, Chen 21-13, 21-18 dalam perlawanan akhir.
"Chong Wei telah membuat
Malaysia bangga sekali lagi. Beliau begitu tabah dan kuat azamnya.
"Satu tindakan yang
mempunyai kelas untuk diingati buat jangka masa yang panjang," kata Najib
dalam akaun Twitternya hari ini.
Dalam tweet berasingan, Najib
berkata: Chong Wei baru sahaja menelefon saya dan isteri saya. Kami
memberitahunya betapa bangganya kami atas kemenangannya."
Chong Wei pernah meraih
kejuaraan itu pada 2010 dan 2011. - BERNAMA
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140310/su_11/Najib-puji-Chong-Wei-juarai-All-England-2014#ixzz2vY6M3SvM
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment