8 Mac 2014
Mohamad Sofuan Ibrahim Mohamad Sofuan Ibrahim bergambar bersama ibunya sebelum menaiki penerbangan pesawat MAS B777-200 dari Kuala Lumpur ke Beijing, China yang dipercayai hilang dari radar awal pagi tadi. -
KUALA LUMPUR - Pegawai
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Sofuan Ibrahim,
disahkan berada di dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang ketika
dalam penerbangan ke Beijing.
Senarai nama terkini yang
dikeluarkan Malaysia Airlines mendapati Sofuan merupakan antara 227 penumpang
pesawat yang masih belum dikesan itu.
Terdahulu, seorang pegawai
komunikasi korporat kementerian itu, Rashid Omar berkata Sofuan mempunyai
tugasan rasmi di Beijing.
"Beliau mempunyai tugasan
rasmi dan tidak melaporkan diri hari pertama bertugas di Beijing seperti yang
dikhabarkan di media sosial," katanya kepada Bernama.
"Itu sahaja maklumat yang
boleh saya berikan setakat ini. Sebagai rakan sekerja saya amat mengharapkan
beliau selamat," katanya.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur
ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar
selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41
pagi. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi. - Bernama
Mohamad Sofuan Ibrahim Mohamad
Sofuan Ibrahim bergambar bersama ibunya sebelum menaiki penerbangan pesawat MAS
B777-200 dari Kuala Lumpur ke Beijing, China yang dipercayai hilang dari radar
awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR - Pegawai
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Sofuan Ibrahim,
disahkan berada di dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang ketika
dalam penerbangan ke Beijing.
Senarai nama terkini yang
dikeluarkan Malaysia Airlines mendapati Sofuan merupakan antara 227 penumpang
pesawat yang masih belum dikesan itu.
Terdahulu, seorang pegawai
komunikasi korporat kementerian itu, Rashid Omar berkata Sofuan mempunyai
tugasan rasmi di Beijing.
"Beliau mempunyai tugasan
rasmi dan tidak melaporkan diri hari pertama bertugas di Beijing seperti yang
dikhabarkan di media sosial," katanya kepada Bernama.
"Itu sahaja maklumat yang
boleh saya berikan setakat ini. Sebagai rakan sekerja saya amat mengharapkan
beliau selamat," katanya.
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur
ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar
selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41
pagi. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi. - Bernama
No comments:
Post a Comment