KUALA LUMPUR 14 Mac - Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd
tiba di bahagian barat laut Selat Melaka lewat tengah hari tadi bagi membantu
usaha mencari pesawat MH370.
Kedutaan Amerika Syarikat di sini menyatakan pada masa ini, belum ada
maklumat terperinci mengenai tugasan USS Kid di Selat Melaka.
"Hari ini tiada aktiviti penting untuk dilaporkan dalam usaha mencari
dan menyelamat penerbangan MH370, dengan kami mengalihkan tumpuan kami dari
Teluk Thailand ke bahagian barat laut Selat Melaka," kata kedutaan itu
dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya pesawat peninjau maritim Amerika Syarikat, P-8A Poseidon,
dijadual tiba di kawasan itu esok untuk membantu usaha mencari itu.
"(Pesawat) P-3C Orion menamatkan cariannya hari ini di bahagian barat
laut Selat Melaka di mana ia terbang kira-kira 1,000 batu barat dengan tiada
apa yang penting untuk dilaporkan," kata kedutaan itu. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140314/dn_65/USS-Kidd-tiba-di-Barat-Laut-Selat-Melaka-hari-ini#ixzz2vxUpfDgh
© Utusan Melayu (M) Bhd
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment