Imam Kagat dari Kor Agama
Angkatan Tentera, Mohd. Faizal Arif Abdullah mengetuai solat hajat selepas
menunaikan solat Maghrib pada operasi pencarian dan menyelamat pesawat MH 370
yang dilaporkan hilang, di perairan Laut China Selatan, semalam. Kapal milik TLDM,
KD Lekiu yang mempunyai 149 anak kapal, 15 krew helikopter penyelamat Super
Lynx memulakan operasi sejak Ahad lalu. - UTUSAN/Irwan Majid
WASHINGTON 14 Mac - Pesawat
MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu, dilapor menghantar isyarat ping kepada
sebuah satelit selama empat jam, sebaik-baik kapal terbang berkenaan hilang
daripada radar.
Seorang pegawai kerajaan
Amerika Syarikat (AS) yang enggan dikenali berkata, tindakan itu menunjukkan
bahawa pesawat berkenaan kemungkinan masih terbang sejauh beratus-ratus
kilometer selepas ia hilang daripada radar.
Jelas beliau, pesawat Boeing
777-200 itu tidak menghantar data ke satelit terbabit, sebaliknya hanya
memancarkan isyarat untuk berhubung.
Syarikat pembuatan pesawat,
Boeing Co menawarkan perkhidmatan satelit untuk mengumpul maklumat operasi
penerbangan pesawat dan menghantar data tersebut ke pangkalan utama pesawat
itu.
Perkhidmatan tersebut
diwujudkan bagi menyediakan maklumat untuk proses pembaikan atau kerja
penyenggaraan sebelum mana-mana pesawat buatan Boeing mendarat.
Walaupun difahamkan syarikat
Malaysia Airlines tidak melanggan perkhidmatan itu, namun pesawat masih
mempunyai keupayaan untuk berhubung dengan satelit dan mengeluarkan isyarat
secara automatik.
Fungsi isyarat itu seperti
telefon bimbit yang dipadamkan, tetapi masih mampu memberi mesej seperti Saya
di sini kepada syarikat rangkaian komunikasi.
Berdasarkan fungsi itu,
syarikat telekomunikasi masih boleh mengesan kedudukan telefon yang dipadamkan
atau tidak membuat panggilan," jelas pegawai tersebut.
Bagaimanapun Boeing tidak
mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan.
Sementara itu, laman web akhbar
Wall Street Journal melaporkan, sebuah satelit milik syarikat telekomunikasi
Britain, Inmarsat menerima isyarat tersebut selama lima jam selepas pesawat
MH370 hilang.
Perkara tersebut disahkan oleh
Inmarsat namun tidak pula menyatakan bila isyarat terbabit diterima, lapor
stesen televisyen BBC.
Dalam pada itu, pegawai
tersebut berkata, fungsi mesej telefon bimbit berbeza dengan isyarat yang
dihantar pesawat untuk dikesan oleh radar.
Katanya, jika pesawat meletup
semasa dalam penerbangan atau mengalami masalah kegagalan teknikal, semua
isyarat termasuk ke satelit akan terhenti pada masa kejadian. - AGENSI
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140315/dn_07/Pesawat-MH370-hantar-isyarat-ke-satelit#ixzz2vyXAS7PY
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment