KD SELANGOR menurunkan bot bagi membuat tinjauan objek dengan lebih rapat dalam operasi mencari pesawat MH370.
SEPANG 14 Mac - Siasatan
terhadap kehilangan pesawat MH370 akan terus diketuai oleh Malaysia biarpun ada
pihak memandang sinis dan tidak yakin kemampuan negara melaksanakan misi sukar
itu.
Ketua pengarah Jabatan
Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, keputusan
tersebut berdasarkan undang- undang pihak berkuasa penerbangan antarabangsa
yang menetapkan hanya negara pendaftar berhak mengetuai sesuatu siasatan
melibatkan insiden pesawat.
Beliau berkata, dalam situasi
tersebut pesawat MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) itu didaftarkan di negara
ini, sehubungan itu siasatan perlu diketuai oleh negara ini.
"Di bawah Protokol
Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa, pihak berkuasa negara di mana sesuatu
pesawat didaftarkan akan mengetuai siasatan sekiranya berlaku insiden
terhadapnya.
"Dalam undang-undang ini
juga menyatakan lokasi hilangnya sesuatu pesawat itu tidak boleh dijadikan
sebab untuk negara bukan milik pesawat ini didaftarkan mengetuai sesuatu
siasatan," katanya dalam sidang akhbar bersama mengenai pesawat MH370 di
pusat media Hotel Sama-Sama di sini hari ini.
Yang hadir sama, Pemangku
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pegawai
Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
Azharuddin berkata, dalam
insiden tersebut Malaysia telah mengikut protokol yang ditetapkan pihak
berkuasa penerbangan antarabangsa itu.
Dalam pada itu, mengulas usaha
terbaharu yang akan dilaksanakan bagi mengesan pesawat tersebut, kata beliau,
pihaknya akan bekerjasama dengan pakar dari Amerika Syarikat dan United Kingdom
untuk mencari kaedah terkini bagi mengesan pesawat itu.
Tegasnya, pasukan mencari dan
menyelamat akan terus menggiatkan usaha tersebut biar apa pun jua keadaan dan
rintangan.
"Kita tidak akan patah
semangat dan akan terus mencari pesawat ini, itulah semangat kita dan saya
mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi semangat kepada kita untuk
terus mencari," katanya.
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140315/dn_09/Malaysia-kekal-ketuai-misi#ixzz2vyiPPlC0
© Utusan Melayu (M) Bhd
KD SELANGOR menurunkan bot bagi
membuat tinjauan objek dengan lebih rapat dalam operasi mencari pesawat MH370.

No comments:
Post a Comment