Bilangan pelajar tahun 1982 ialah 1500 orang yang terdiri dari tujuh kelas Tingkatan 5 empat Kelas Tingkatan 4, lapan kelas Tingkatan 3, lapan kelas Tingkatan 2 dan sepuluh Kelas Tingkatn 1.Tahun i i buat kali pertama calon SPM Jurusan Sains Pertanian mengambil Peperiksaan SPM. Kelas Tingkatan Empat Perdagangan juga dibuka pada ini..Jumlah guru pula ialah seramai 57 orang.[1]
Ad
Labels
- AGAMA
- AKHYARLSJDT
- ARKIB LIGA MALASIA
- BELASUNGKAWA
- BICARA AGAMA
- HADIS-JAKIM
- HARI INI DALAM SEJARAH
- HIDUPAN LIAR
- HOKI MALAYSIA
- KARTUN
- PASIR PUTEH
- PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA
- PELANCONGAN
- PEMAIN MUDA 2017
- PENDIDIKAN
- PENGASUH 1918-1955
- PENYELIDIKAN SEJARAH AHMAD
- PIALA DUNIA
- PIALA FA
- PIALA MALAYSIA
- SEJARAH FELDA
- SEJARAH MALAYSIA
- SEJARAH STPM P2
- SEJARAH STPM P3
- SEJARAH STPM PI
- SELANGOR 2008
- SIRAH NABI
- SMK JENGKA2
- SUKAN KOMANWEL
- VIDEO SEJARAH
Tuesday, 30 June 2020
Harimau Malaya asah kuku di Bahrain
MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
PASUKAN ranking ke-99 dunia, Bahrain bakal menguji skuad Harimau Malaya yang berada pada ranking 154 dunia dalam aksi persahabatan di Manama, Bahrain, 2 Oktober ini.
Perancangan itu sekali gus sebagai persediaan terbaik pasukan menjelang aksi getir menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada 8 Oktober dalam aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 nanti.
Pengendali negara, Tan Cheng Hoe berkata, berdasarkan jadual yang sedang disusun oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), anak buahnya bakal mengharungi perlawanan pemanas badan dengan pasukan dari negara teluk itu.
Katanya, aksi itu bagus kerana ia dapat menguji kemampuan pemainnya dengan corak permainan agresif ala 'Pak Arab' dari pasukan Bahrain.
"Kalau ikut perancangan kita akan lawan Bahrain di tempat mereka sebelum ke UAE.
"Saya sambut baik perlawanan ini sebab kita bukan saja boleh membiasakan pemain dengan suasana dan cuaca tetapi juga membiasakan pemain dengan permainan pasukan dari sana (Arab).
"Apapun, kita kena fokus dan buat persiapan sebaik mungkin dan harap semua perancangan berjalan lancar," katanya.
Sebelum ini, aksi persahabatan dengan Bahrain dibatalkan pada Mac lalu ekoran penularan pandemik Covid-19.
Selain aksi menentang UAE dalam kempen kelayakan nanti, skuad kebangsaan turut dijadual berdepan Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 13 Oktober sebelum bertemu Thailand pada aksi terakhir Kumpulan G di Bangkok, 17 November depan.
Malaysia kini menduduki tempat kedua Kumpulan G dengan kutipan sembilan mata selepas lima perlawanan dan mereka berpeluang cerah ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di China sekiranya mencatat keputusan positif dalam baki tiga perlawanan.
Kali terakhir Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Asia adalah pada edisi 2007 selaku tuan rumah bersama tiga negara ASEAN yang lain, iaitu Indonesia, Thailand dan Vietnam.[i]
Friday, 26 June 2020
Selangor buka pintu kepada Luqman
MyMetroArena
BERNAMA
BARISAN pemain muda Selangor 2
termasuk penyerang sensasi skuad Bawah 18 Tahun (B-18) kebangsaan, Luqman Hakim
Shamsudin berpeluang diserapkan ke dalam pasukan utama Selangor musim ini.
Ketua jurulatih Selangor, B
Sathianathan tidak menafikan perkara itu yang juga menjadi harapan sebahagian
penyokong skuad Gergasi Merah untuk melihat lebih ramai pemain muda terutama
Luqman Hakim diberikan tempoh permainan dalam skuad utama.
Sathianathan berkata beliau
mengamalkan sifat keterbukaan dalam memberi peluang kepada pemain muda
membuktikan kemampuan di peringkat tertinggi, namun seseorang pemain itu harus
'membeli' kepercayaannya terlebih dahulu.
"Saya sudah pernah beri
peluang kepada Indra (Indra Putra Mahayuddin), Shukor (Muhammad Shukor Adan)
dan Hairuddin (Hairuddin Omar) dan ramai lagi pemain muda. Saya tidak kisah
tetapi atas nama saja saya tidak boleh bagi.
"Pada saya, persembahan enam
hingga lapan bulan lepas yang baik ditampilkan itu sejarah. Saya ingin lihat
persembahan sekarang. Jadi saya tunggu laporan Michael (Michael Feichtenbeiner)
ketua jurulatih Selangor 2. Berdasarkan laporan dan pemerhatian, saya sudah
pilih lima pemain," katanya.
Jurulatih berusia 62 tahun itu
berkata kapten skuad B-18 negara, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi antara salah
seorang daripada lima pemain muda Selangor 2 yang berada dalam radarnya.
Peluang Luqman Hakim yang
dilaporkan sedang mempertimbangkan tawaran menyertai pasukan Liga Profesional
Belgium, KV Kortrijk, selain dilaporkan dirisik beberapa kelab Eropah, untuk
diserapkan ke dalam skuad utama Selangor tampak cerah jika beliau cemerlang
dalam kempen Liga Premier bersama Selangor 2.
Menurut Sathianathan, pemain muda
perlu mencabar diri untuk membuktikan kemampuan merebut posisi yang
kebiasaannya diisi pemain import jika mengintai peluang menembusi barisan
pemain utama.
"Jadi ramai ada peluang,
tetapi kena tunjuk. Jangan atas nama saja, pemain kena tunjuk aksi dalam padang
untuk saya serap bersama Selangor. Tidak kira sesiapa pun, kalau Selangor 2 ada
pemain tua pun saya boleh ambil kalau dia beraksi dengan baik.
"Istilah pemain muda kalau
dia sekarang berumur 18 atau 19 dia bukan muda lagi, tetapi apa yang buat saya
masukkan seseorang berbakat tinggi itu dalam pasukan...adakah dia lebih baik
daripada pemain import yang kita ada di posisi itu. Kedua, adakah dia menyinar
bersama Selangor 2?" jelasnya.
Selangor kini berada di kedudukan
kelima, ketinggalan lima mata di belakang pendahulu Johor Darul Ta'zim (JDT)
selepas bergelut di permulaan musim dengan sekadar mencatat satu kemenangan dan
dua seri dalam empat aksi pertama Liga Super.
Artikel ini disiarkan pada :
Khamis, 25 Jun 2020 @ 9:26 PM.[1]
Sunday, 21 June 2020
Wednesday, 17 June 2020
TEMA 1-MASYARAKAT
oleh-AHMAD BIN YAAKOB
1.1.1 Raja
Menjelaskan konsep dan peranan raja pada abad ke-19.
1.Konsep Raja.
Merupakan satu sistem pemerintahan yang meletakkan raja sebagai ketua pemerintah di sesebuah negeri, berkuasa mutlak. Konsep raja diperkuatkan dengan konsep “Daulat dan Derhaka.” Raja mempunyai beberapa keistimewaan seperti bahasa, warna, alat kebesaran dan lambang kebesaran.[1]
Peranan Raja.
1.Politik
Ketua pemerintah tertinggi negeri
Raja hanya berkuasa di kawasan Dirajanya. Selain itu, baginda juga merupakan ketua negeri yang berkuasa mutlak.[2]
Ketua undang-undang dan kehakiman
Ketua tentera
Berkuasa melantik bakal pengganti raja berdasarkan sistem warisan.
2.Ekonomi
Menguasai semua sumber ekonomi negeri termasuk pertanian dan perlombongan. Menentukan sistem pungutan cukai dan melantik wakil kerajaan untuk mengutip cukai.
Terlibat dalam perdagangan luar negeri.
Memperkenalkan sistem mata wang.
3.Sosial
Menduduki hierarki tertinggi dalam susun lapis masyarakat.
Ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Khalifah Allah di muka bumi.
Menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat.[3]
[1]“Insitusi Pemerintahan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal [3,] (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)2. .
[2] Ong Loo Chen, “Teks Sejarah STPM Pra U, Sejarah (Malaysia dan Asia Tenggara Penggal 3,
[3]“Insitusi Pemerintahan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,3.
Tuesday, 16 June 2020
Main dengan PDRM kerja terjamin
MyMetroArena
PASUKAN PDRM menemui kaedah
terbaik untuk menarik minat pemain bola sepak berbakat tanpa mengeluarkan modal
yang banyak apabila mereka menawarkan peluang pekerjaan sebagai anggota atau
pegawai polis kepada individu yang menyertai skuad The Cops.
Hal ini bermakna individu yang
berminat dan berkelayakan dapat bermain bola sepak dan pada masa tidak perlu
bimbang masa depan mereka apabila menggantung but kerana sudah dijanjikan
pekerjaan terbabit.
Setiausaha Kehormat PDRM, Asisten
Komisioner Zulkefly Yahya berkata, inisiatif berkenaaan mampu menarik lebih
ramai individu berkelayakan untuk bermain bola sepak dan pada masa terjamin
pekerjaan.
"Perancangan kami pada musim
depan adalah mengambil pemain dan menawarkan mereka peluang pekerjaan mengikut
kelayakan masing-masing.
"Inisiatif berkenaan mampu
mengurangkan perbelanjaan PDRM dan pada masa sama mereka juga boleh berkhidmat
kepada masyarakat.
"Tawaran itu juga
membabitkan pemain untuk pasukan Belia dan Presiden seterusnya bakal
menggalakkan lagi penyertaan individu daripada seluruh negara," katanya,
di sini.
Selain itu, beliau berkata,
pihaknya akan membayar pampasan kepada pemain yang terkesan akibat penutupan
skuad Liga Belia dan Presiden dalam masa terdekat ini.
"Segala pampasan akan
dibayar kepada pemain berkenaan mengikut garis panduan yang sudah ditetapkan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)," katanya.
Artikel ini disiarkan pada :
Isnin, 15 Jun 2020 @ 7:54 PMmana-mana pemain lain.[1]
Sunday, 7 June 2020
Karisma Shukor dihormati rakan dan lawan
MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
PERTAHANAN berpengalaman Shukor Adan adalah bintang yang dilahirkan untuk menjadi ketua di atas padang serta mempunyai karisma yang jarang dijumpai pada mana-mana pemain lain.
Demikian pandangan rakan seangkatan Shukor, Norhafiz Zamani Misbah yang melihat ciri kepimpinan Shukor sebagai istimewa yang menyebabkan dia masih mampu meneruskan karier walaupun usia sudah menjangkau 41 tahun.
Katanya, Shukor sentiasa menjadi pemain dihormati kawan dan lawan malah sentiasa bijak mengawal benteng pasukan jika beraksi selaku pemain pertahanan tengah.
"Saya dan Shukor sudah mengenali antara satu sama lain sejak beraksi dalam skuad Piala Presiden Negeri Sembilan pada 1998 dan bermain dalam pasukan utama pada 2000 serta 2001 selepas dia berhijrah dari Melaka pada waktu itu.
"Sejak menjadi rakan sepasukan di awal karier, saya sudah dapat melihat ciri istimewa Shukor yang kekal sampai hari ini. Apa yang saya paling kagum dengan Shukor ialah dia ada auranya tersendiri kerana kalau berikan arahan atau naikkan semangat, semua pemain mudah dengar apa dia katakan,"katanya.
Selepas 2001 menjadi tahun terakhir mereka bersama, Norhafiz dan Shukor sekali lagi bergandingan di Negeri Sembilan,10 tahun selepas itu pada musim 2011 dan 2012.
Shukor menjadi salah seorang bintang dalam Best XI Norhafiz yang disenaraikan sebagai pemain tengah di dalam formasi 3-5-2 yang menjadi pilihan bekas tonggak kebangsaan berkenaan.
Mohd Syamsuri Mustafa diletakkan sebagai penjaga gol pilihan sementara tiga pemain pertahanan ialah Khairil Zainal, Khairul Anuar Baharom dan B.Rajinikandh.
Selain Shukor yang bertindak sebagai sebagai pemain tengah bertahan, Azrul Amri Burhan dan Gus Cerro turut menjadi pilihan Norhafiz manakala Rosdi Talib di bahagian kiri sementara Indra Putra Mahayuddin diletakkan bahagian kanan. B
Bekas penyerang Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan, Azman Adnan serta penyerang PJ City Safee Sali melengkapkan senarai Best XI Norhafiz.
Seorang lagi pemain yang turut meraih perhatian Norhafiz ialah Azrul Amri Burhan yang pernah beraksi bersamanya pada musim 2003 dan 2004.
"Azrul salah seorang pemain mempunyai keupayaan teknikal mengagumkan, dia salah seorang pemain tengah paling kreatif sewaktu di puncak kariernya.
"Ketepatan hantaran jauh serta pendek Azrul begitu tinggi dan jarang sekali dia gagal melakukan hantaran tidak tepat kepada rakan sepasukan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Jun 2020 @ 5:18 PM.[1]
Safawi rindu 'hantui' benteng lawan
MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
PENYERANG kebangsaan, Safawi Rasid mengakui sudah tidak sabar turun ke padang selepas hampir tiga bulan sekadar menjalani latihan secara individu di rumah ekoran pandemik Covid-19.
Menerusi luahan di laman Instagram miliknya, pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu memuat naik dua gambar ketika sedang menjalani latihan bersama JDT dan aksinya dengan skuad Harimau Malaya.
Malah, pemenang Pemain Paling Bernilai dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) bagi dua musim berturut-turut iaitu 2018 dan 2019 itu menyatakan dia amat merindui sukan yang paling diminatinya itu.
"Rindu tiada ubat", katanya sambil meletakkan simbol bola dan berlari untuk menggambarkan betapa terujanya pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu beraksi semula.
Luahan itu kemudian disambut peminat serta rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan yang juga penyerang kelab divisyen 2 Liga Jepun Fagiano Okayama, Hadi Fayyadh Abdul Razak.
Hadi yang ketika ini masih berada di Jepun membalas dengan memberi kata-kata semangat 'sikit lagi' kepada Safawi dengan simbol tangan dan api.
Peminatnya pula rata-rata mengakui merindui aksinya di atas padang lebih-lebih sepakan padu kaki kiri yang sering menghasilkan jaringan sama ada buat JDT mahupun pasukan negara.
Saingan Liga Malaysia dijangka akan disambung kembali bermula September ini manakala latihan pusat skuad kebangsaan pula dirancang pada awal Oktober bagi membolehkan anak buah Tan Cheng Hoe melakukan persiapan menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) 8 Oktober dan Vietnam lima hari kemudian.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2020 @ 5:40 PM.[1]
Subscribe to:
Posts (Atom)