Ad

Showing posts with label PENDIDIKAN. Show all posts
Showing posts with label PENDIDIKAN. Show all posts

Wednesday, 9 March 2016

Akhirnya selesai jua...

Mohammad Ishak-am@hmetro.com.my


Jertih:“Saya bersyukur dapat juga memegang slip peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun berlaku sedikit kelewatan dan gembira apabila memang betul mendapat keputusan 9A,” kata Siti Nur Sulwana Sabri, bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, Kelantan.

Siti Nur Sulwana, 18, dari Kampung Kayu Kelat, Kuala Besut sebelum ini terkilan kerana tidak dapat mengambil slip keputusan apabila dikatakan mempunyai tunggakan hutang yang belum dijelaskan kepada pihak sekolah tempatnya belajar.

Bagaimanapun, hasrat remaja itu untuk memegang slip berkenaan menjadi kenyataan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman tampil membantu menyelesaikan masalah itu, semalam.

Tengku Zaihan membawa Siti Nur bersama ibu bapanya menemui pentadbiran MRSM Pengkalan Chepa untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Dalam pertemuan singkat itu, kedua-dua pihak memahami perkara berbangkit timbul kerana sedikit salah faham dan disebarkan pihak tidak bertanggungjawab menerusi media sosial.

Tengku Zaihan berkata, hasil pertemuan itu, pihak MRSM bersetuju untuk mengecualikan bayaran tunggakan hutang ditanggung Siti Nur Sulwana.

“Saya berterima kasih kepada pihak MRSM kerana mengambil tindakan yang melegakan keluarga miskin itu dengan mengecualikan bayaran yuran tertunggak,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mac 2016 @ 9:17 AM

SITI Nur Sulwana bersama bapanya, Sabri Awang, (dua dari kanan) menerima slip peperiksaan SPM daripada Tengku Zaihan.

- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/120899#sthash.GgvogOBX.dpuf

Thursday, 3 March 2016

Allahyarham Wafiq dapat keputusan cemerlang

03/03/2016 6:02pm
 
KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua remaja yang lemas di Pantai Rhu 10, Setiu bulan Disember tahun lalu mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

Slip keputusan tahfiz Muhamad Wafiq Mohd Noor, memperoleh keputusan sembilan A dalam peperiksaan itu kini viral di Facebook.

Muhammad Wafiq merupakan pelajar Sekolah Menengah Sains Batu Pahat meninggal dunia akibat lemas ketika bermain air di pantai tersebut.

Jenazah yang dibawa dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan disolat di Masjid Kampung Sri Bengkal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Bengkal, Sri Gading. K! ONLINE

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_19.htm#ixzz41qG7Mz2j Hakcipta terpelihara