Ad

Tuesday 6 July 2021

Euro 2020: Maguire akui kualiti England makin meningkat

Ammar Hakim

Julai 6, 2021 02:26 MYT



Euro 2020: Maguire akui kualiti England makin meningkat

England merupakan pasukan yang lebih baik berbanding yang tewas kepada Croatia dalam Piala Dunia 2018 dan lebih yakin untuk mengatasi Denmark dalam aksi separuh akhir Euro 2020, menurut Harry Maguire.

The Three Lions mudah menang 4-0 ke atas Ukraine dalam aksi suku akhir Euro 2020 di Rome -- kemenangan terbesar mereka di peringkat kalah mati kejohanan utama -- bagi menempah slot bertemu Denmark awal pagi Khamis ini.

England tewas dalam penampilan separuh akhir Kejuaraan Eropah menerusi penentuan penalti kepada Jerman pada 1996, manakala tewas kepada Croatia dalam Piala Dunia tiga tahun lalu sebelum menamatkan saingan di tempat keempat.1

_________________________________________

1https://www.stadiumastro.com/berita-sukan/euro-2020-maguire-akui-kualiti-england-makin-meningkat-197508

No comments:

Post a Comment