Ad

Sunday, 4 July 2021

Peluang yang tidak akan dilepaskan Kane

Agensi



KANE ledak dua gol ketika England tewaskan Ukraine 4-0. FOTO EPA

London: England boleh mengambil langkah seterusnya untuk mencapai misi mereka menjulang kejuaraan utama apabila mereka kembali ke Wembley untuk pertembungan separuh akhir Euro 2020 menentang Denmark, kata kapten pasukan Harry Kane.

Kane menjaringkan dua kali ketika England menang 4-0 di suku akhir mengatasi Ukraine di Rom, untuk melangkah ke separuh akhir yang pertama di Euro dalam tempoh 25 tahun.

Skuad kendalian Gareth Southgate akan kembali ke stadium kebangsaan England untuk peringkat separuh akhir yang mana Kane menyifatkan ia sebagai satu peristiwa 'luar biasa'.

"Kami tahu ia akan menjadi permainan yang sukar. Tapi kami juga tahu jika kami bermain dengan baik kami boleh dan kemudiannya kami akan mendapat peluang terbaik untuk ke final," kata Kane.

"Kebanyakan dari kami sekarang ini tidak mempunyai peluang beraksi di kejohanan besar seperti itu di Wembley. Ini adalah peluang untuk kami dan kami perlu merebutnya dengan kedua-dia tangan. Kami perlu menikmati persekitaran.

"Pulang selepas perlawanan menentang Jerman, semangat sangat tinggi dan stadium bergema jadi kami akan menggunakan tenaga itu sekali lagi dan untuk menang ke atas Denmark."

England akan turun menentang Denmark pada awal pagi Khamis waktu Malaysia.

Kedua-duanya kali terakhir bertemu di Liga Negara-Negara tahun lalu yang menyaksikan saingan berkesudahan dengan keputusan seri 0-0 pada September sebelum menang Denmark menang 1-0 di Wembley pada bulan berikutnya.

Disiarkan pada: Julai 5, 2021 @ 11:50am.1

____________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/07/726663/peluang-yang-tidak-akan-dilepaskan-kane

No comments:

Post a Comment