2021-07-06T01:00:02+08:00
Shaw (kiri) dan pemain tengah Ukraine Mykola Shaparenko bersaing mendapatkan bola pada perlawanan Euro 2020 di antara Ukraine dan England di Stadium Olimpik, Rom, baru baru ini. — Gambar AFP
SENGIT: Shaw (kiri) dan pemain tengah Ukraine Mykola Shaparenko bersaing mendapatkan bola pada perlawanan Euro 2020 di antara Ukraine dan England di Stadium Olimpik, Rom, baru baru ini. — Gambar AFP
LONDON: Di gelanggang baharu kelab Jose Mourinho – Stadio Olimpico, Luke Shaw memilih pembalasan sempurna kepada bekas jurulatihnya dengan dua umpanan gol ketika England membelasah Ukraine 4-0 untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Euro 2020.
Shaw ‘menderita’ ketika di bawah kendalian Mourinho sepanjang tiga musim di Old Trafford, dengan beberapa kritikan terbuka tidak sama dengan apa yang diperkatakan secara tertutup, akui pemain berusia 25 tahun itu pada minggu ini.
Kehadiran Mourinho di Old Trafford adalah permulaan kepada masalah teruk kecederaan Shaw pada September 2015.
Bekas pemain pertahanan Southampton itu mendedahkan pad 2018, malah ada kebimbangan bahawa kaki kanan beliau mungkin akan terpaksa dipotong kerana darah beku yang memerlukan pembedahan segera.
Kerjaya beliau juga kelihatan tidak ke landasan sepanjang tempoh sukar Mourinho di United, di mana beliau kelihatan satu-satu pemain yang “tidak digemari” Mourinho.
Ada satu ketika Mourinho malah melabelkan beliau adalah ‘otak’ yang mengawal badan Shaw dengan memberikannya jurulatih khas untuk mempelajari strategi perlawanan.
“Saya tidak fikir anda menyedari dua atau tiga tahun saya bersama beliau dan betapa teruknya situasi ketika itu, apa yang berlaku ketika itu,” kata Shaw minggu ini.
“Apa yang beliau katakan sekarang adalah tidak sama dengan apa yang sebelum ini. Saya bersikap jujur di sini. Saya sudah melupakannya kerana saya sudah lebih matang.”
Mourinho, jurulatih baharu AS Roma tetapi masih bekerja sebagai pengulas bola sepak di Euro, mengeluarkan kritikan terbaharu terhadap umpanan Shaw selepas England seri tanpa jaringan dengan Scotland pada perlawanan kedua England di Euro.
“Jelas sekali saya sentiasa di fikirannya dan beliau selalu memikirkan tentang saya,” tambah Shaw dalam satu sindiran kepada bekas pengurusnya.Tiada masalah dengan umpanan Shaw di Rom pada Sabtu dengan dua umpanan beliau menghasilkan gol untuk Harry Maguire dan Harry Kane ketika England meraih kemenangan terbesar mereka di Euro.
Shaw mengumpan gol pembukaan England, dijaringkan Raheem Sterling ketika menewaskan Jerman 2-0 di pusingan kedua, sekali gus menamatkan penantian 55 tahun kemenangan ke atas Jerman di peringkat kalah singkir satu kejohanan besar.
Satu lagi penantian 55 tahun kini menjadi buruan England apabila kembali ke Wembley untuk perlawanan separuh akhir menentang Denmark Rabu ini.
England tidak pernah melangkah ke final mana-mana kejohanan sejak muncul juara Piala Dunia 1996 tetapi mendapat kelebihan bermain di tempat sendiri dengan sokongan hampir 60,000 penonton yang dibenarkan hadir.
“Kami tidak menang perlawanan kerana bermain di tempat sendiri. Kami harus bermain dengan baik dan mempunyai peluang terbaik sekarang,” kata jurulatih England, Gareth Southgate.
“Ia satu peluang untuk mencipta sejarah. Kami tidak pernah bermain di final Euro. Ia bukan satu tekanan besar tetapi ia satu lagi cabaran untuk pemain.”
Ketenangan Southgate dan perhubungan baik dengan pemainnya adalah berbeza dengan corak lama Mourinho yang menggalakkan pemainnya untuk membuktikan beliau silap.
Tiada keraguan ia mengeluarkan yang terbaik dari Shaw dan England juga mendapat kelebihan.
“Sememangnya saya boleh berterima kasih dengan ramai orang tetapi apa yang paling penting ialah Gareth kerana mempercayai saya, memanggil saya ke dalam skuad dan memilih saya untuk bermain,” tambah Shaw.
“Ramai orang mungkin meragui saya dalam skuad dan bermain. Tetapi saya tetap merendah diri, terus bekerja keras dan berharap saya boleh meneruskan tanggungjawab ini untuk jurulatih.” — AFP.1
_______________________________________
1https://www.utusanborneo.com.my/2021/07/06/shaw-balas-dendam-dengan-kemegahan-england
No comments:
Post a Comment