Agensi
Bintang Argentina, Lionel Messi menjulang trofi ketika dia meraikan kejayaan muncul juara Copa America 2021 menewaskan Brazil. FOTO AFP
Rio De Janeiro: Lionel Messi meluahkan rasa gembira dan puas selepas dia akhirnya berjaya menjulang trofi bersama Argentina ketika menewaskan Brazil, 1-0 untuk meraih gelaran juara Copa America 2021.
Pemenang enam kali Anugerah Ballon d'Or menamatkan saingan Copa di tempat kedua sebanyak tiga kali iaitu 2007, 2015 dan 2016, termasuk naib juara Piala Dunia 2014 dan mendedahkan kegembiraannya selepas perlawanan itu.
"Saya perlu menamatkan badi selepas gagal memperoleh pencapai utama bersama skuad kebangsaan, saya berada begitu hampir sejak beberapa tahun sebelum ini," kata Messi kepada pemberita.
Messi diraikan rakan sepasukannya. FOTO AFP
"Saya tahu hari ini akan tiba akhirnya. Saya berasakan tuhan telah mengaturkan saat ini untuk saya, berdepan Brazil dalam final di negara mereka."
Disamping memecah rekod di peringkat antarabangsa Messi pada usia 34 tahun, kejayaan itu turut menamatkan penantian 28 tahun skuad La Albiceleste yang kali terakhir menjulang gelaran Copa America pada 1993.
"Saya tidak percaya bahawa kami adalah juara. Sukar untuk mempercayai apa yang telah kami raih ini.
"Perlawanan ini akan kekal dalam sejarah, bukan hanya kerana kami menang, tetapi kami mengatasi Brazil di laman mereka sendiri." kata Messi.
Kemenangan Argentina melebarkan rekod tanpa kalah dalam 20 perlawanan di bawah kendalian Lionel Scaloni dan meningkatkan keyakinan skuad itu menjelang saingan Piala Dunia di Qatar, tahun depan.
Lagi berita berkaitan Copa America 2021
Disiarkan pada: Julai 11, 2021 @ 8:43pm.1
________________________________
1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/07/729422/messi-bagaikan-bermimpi
No comments:
Post a Comment