Ad

Wednesday 7 July 2021

Azam padam memori hitam England

 SUKAN



kane (kiri) dan Maguire mengakui England kali ini bersedia untuk memahat sejarah baharu buat pasukan itu yang lebih gemilang. – TWITTER ENGLAND

Azam padam memori hitam England

Oleh KOSMO!

7 Julai 2021, 12:30 pm

LONDON – Tonggak pertahanan utama England, Harry Maguire mengakui rakan-rakan sepasukan sudah belajar daripada kekecewaan tersingkir pada Piala Dunia 2018 menjelang aksi separuh akhir saingan Euro 2020 menentang Denmark awal pagi esok.

Sebagai rekod, skuad The Three Lions berjaya mara ke pusingan separuh akhir Piala Dunia edisi tiga tahun lalu sebelum langkah mereka disekat oleh musuh tradisi, Croatia dengan kekalahan 1-2 di Rusia.

Kata Maguire, barisan pemain sudah sepakat untuk memastikan pengalaman tersebut tidak berulang sekali gus membantu pasukan mara ke pentas final pada kejohanan antarabanga buat kali pertama dalam tempoh 55 tahun.

Pasukan cukup bermotivasi untuk mengharungi aksi separuh akhir saingan Euro 2020 menentang Denmark yang kita tahu memiliki kualiti tersendiri. Malah, tidak keterlaluan untuk saya katakan kekalahan di peringkat separuh akhir Piala Dunia masih lagi dirasai.

Justeru, kami semua enggan emosi dan luka tersebut berulang sekali gus mencipta peluang untuk memahat sejarah baharu buat pasukan dengan mara ke pentas final buat kali pertama,” kata kapten pasukan Manchester United itu.

Sementara itu, penyerang sensasi yang juga kapten pasukan England, Harry Kane menyeru agar barisan pemain tidak mensia-siakan peluang keemasan dalam usaha memastikan kisah fantasi mereka berakhir dengan realiti pada kempen kali ini.

Malah, Kane juga percaya kelebihan beraksi di gelanggang keramat, Wembley memberikan keyakinan tambahan buat pemain terutama apabila lebih 60,000 penyokong dibenarkan hadir menyaksikan perlawanan kali ini.

Saya tidak tahu entah bila lagi kita akan dapat peluang menganjurkan kejohanan antarabangsa di laman sendiri tetapi saya percaya ini adalah detik terbaik buat pemain mencipta sejarah menjulang kejuaraan di Wembley.

Ini kerana jika situasi itu menjadi kenyataan, semua pemain dalam pasukan ini akan layak bergelar legenda sepanjang zaman. Namun, tumpuan harus diberikan dahulu untuk aksiseparuh akhir menentang Denmark dan peluang ini tidak boleh kita sia-siakan bagi melayakkan diri ke final,” katanya. – AGENSI.1

__________________________

1https://www.kosmo.com.my/2021/07/07/azam-padam-memori-hitam-england/

No comments:

Post a Comment