Ad

Friday 9 July 2021

Nama sekolah ditukar kepada Harry Kane

Oleh Meja Sukan

9 Julai 2021, 12:59 pm



LONDON: Sebuah sekolah di England yang menarik tumpuan ribuan pengikut di media sosial kerana sokongan unik yang diberikan kepada skuad Three Lions dalam kempen Euro 2020 telah menukar namanya kepada Sekolah Rendah Harry Kane sejurus pasukan itu menewaskan Denmark untuk mara ke final kelmarin.

Murid-murid di sekolah Howard Junior School di King’s Lynn, Norfolk itu memakai topeng kapten England tersebut ketika meraikan kemenangan mereka.

Sebelum ini, video kanak-kanak menyanyikan lagu Three Lions ditonton lebih 100,000 kali.

Guru besar, Greg Hill berkata: “Kami benar-benar percaya bola sepak akan pulang.”

England mengakhiri penantian 55 tahun untuk melangkah final kejohanan utamanya selepas menumpaskan Denmark 2-1.Kane menjaringkan gol kemenangan pasukan pada masa tambahan.

Hill yang pernah belajar di sekolah yang sama dengan Kane di Chingford berkata, suasana murid-murid sepanjang Euro 2020 amat ‘membina’.

Anak-anak semakin bersemangat,” katanya.

Sekolah itu juga menamakan semula akaun Twitternya dan melancarkan logo yang dijenamakan semula. – AGENSI1

____________________________________________

1https://www.utusan.com.my/sukan/2021/07/nama-sekolah-ditukar-kepada-harry-kane/

No comments:

Post a Comment