Agensi
BARISAN pemain England meraikan gol Harry Kane ketika bertemu Ukraine. FOTO AFP
London: Pemain pertahanan, Kieran Trippier yang beraksi cemerlang untuk England pada separuh akhir Piala Dunia 2018 berkata dia tidak pernah berasa menyesal dan kini fokus untuk membantu pasukan mara ke pentas final Euro 2020.
Trippier memberi harapan awal pada saingan di Russia apabila menjaringkan gol minit ke-5 namun akhirnya tewas 1-2 di tangan Croatia sekali gus kempunan untuk melangkah ke pentas final Piala Dunia.
"Kami berada dalam kedudukan di mana kami hanya mahu mencipta sejarah tersendiri. Itu saja yang mahu kami lakukan.
"Hanya terdapat enam atau tujuh pemain sedia ada yang beraksi di Piala Dunia sebelum ini. Kami mempunyai banyak pemain berbakat.
"Peminat boleh melihat barisan pemain serangan yang kami ada. Saya rasa kami mempamerkan peningkatan sejak 2018," katanya.
Pemain Atletico Madrid itu berkata, dia tidak mahu melepaskan peluang terbaik itu apabila bertemu Denmark awal pagi Khamis ini.
"Saya tidak berasa gementar. Saya sudah beraksi banyak perlawanan utama. Jadi apabila beraksi di separuh akhir, saya hanya berasa sangat gembira.
"Anda dapat saksikan seluruh rakyat England menyokong anda.
"Sangat gembira dapat melihat setiap orang tersenyum semula selepas setahun setengah berdepan Covid-19," katanya.
Disiarkan pada: Julai 6, 2021 @ 7:20am.1
__________________________________
1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/07/726993/england-mahu-lakar-sejarah
No comments:
Post a Comment