Ad

Tuesday 6 July 2021

Maguire tak risau karier dengan England

AFP



MAGUIRE makin cemerlang bersama England. FOTO AFP

London: Harry Maguire menegaskan dia tidak bimbang dengan kariernya bersama England selepas dibelenggu masalah di dalam dan di luar padang sejak setahun lalu dan mahu menebus kesilapannya ketika menentang Denmark pada separuh akhir Euro 2020 Khamis ini.

Sebelas bulan lalu, kapten Manchester United itu terpaksa tidur dua hari di lokap Greece selepas percutiannya bertukar insiden memalukan.

Maguire, 28, dipenjara 21 bulan selepas didapati bersalah menyerang anggota polis dan rasuah dalam insiden di Mykonos.

Dia tetap mendakwa tidak bersalah dan berjaya dalam rayuannya sekali gus tiada rekod jenayah menjelang perbicaraan penuh.

Maguire digugurkan daripada skuad England ketika menentang Iceland dan Denmark di Liga Negara-Negara pada September lalu dan terus berdepan kemerosotan prestasi ketika beraksi untuk negaranya dan kelab selepas itu.

United dibolosi 12 gol dalam tiga aksi pertama Liga Perdana manakala penampilan pertama bersama England pada Oktober dicemari dua kad kuning ketika permainan memasuki minit ke-31 dalam perlawanan yang menyaksikan Denmark menang 1-0 di Wembley hasil penalti Christian Eriksen.

Kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi tapi dalam situasi sangat berbeza pada Khamis ini.

Denmark masih lagi dihantui serangan jantung Eriksen pada aksi pertama mereka manakala England kini mendapat sokongan padu 60,000 penyokong serta salah seorang tonggak kembali berada pada tahap terbaik.

Tandukan padu Maguire membantu England membelasah Ukraine 4-0 di Rome sekaligus Three Lions mencipta rekod kebangsaan dengan tujuh perlawanan berturut-turut tanpa dibolosi.

"Saya tak pernah risau dengan karier antarabangsa saya. Saya lebih fikirkan apa sumbangan saya,'' kata Maguire.

"Apa yang berlaku pada musim panas lalu memang detik sukar tapi saya sudah melupakannya dan pandang ke hadapan.''

Lagi berita berkaitan Euro 2020

Disiarkan pada: Julai 6, 2021 @ 10:36am.1

_________________________________________

1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/07/727036/maguire-tak-risau-karier-dengan-england

No comments:

Post a Comment