Agensi
CHILWELL (kanan) dijangka akan bersama Grealish (kiri) ke Las Vegas.
London: England akan beraksi di pentas final pertama kejohanan utama sejak 1966 apabila menentang Itali di Stadium Wembley awal pagi esok.
Jika menjuarai Euro 2020, mereka merancang trip percutian ke Las Vegas sebagai ganjaran.
Dengan diketuai Jack Grealish dan Jordan Pickford sebagai perancang, beberapa rakan mereka bakal ikut serta ke Las Vegas.
Menurut The Sun, pemain seperti Mason Mount, Declan Rice dan Ben Chilwell antara yang berminat dan dijangka bintang Leicester, James Maddison turut bersama walaupun bukan anggota skuad England kerana hubungan akrabnya dengan pemain Three Lions terbabit.
Ketika ditanya apa yang akan dilakukan jika England menamatkan kemarau 55 tahun, Grealish yang juga pemain tengah Aston Villa berkata: "Pergi ke Las Vegas selama sepuluh hari. Saya akan terus terbang ke Vegas dan tak akan kembali. Percutian lengkap!"
Pickford pula tak sabar meraih pengalaman baru dengan bercuti bersama rakan di sana. "Bersantai di Vegas bersama Jack (Grealish) . . . pastinya pengalaman hebat!"
Hubungan baik sesama rakan sepasukan antara faktor kekuatan skuad England yang berjaya mara ke final Euro 2020.
Lagi berita berkaitan Euro 2020
Disiarkan pada: Julai 11, 2021 @ 12:20pm.1
___________________________________________--
1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/07/729229/pemain-england-mahu-joli-di-las-vegas
No comments:
Post a Comment