Julai 13, 2021 @ 9:37pm
Pickford melihat maklumat mengenai pengambil sepakan penalti Itali ketika final Euro 2020, semalam.
LONDON: Penjaga gol England, Jordan Pickford mengulangi helah botol airnya ketika berdepan penentuan sepakan penalti pada final Kejuaraan Eropah 2020 menentang Itali, semalam.
Pickford sebelum ini memiliki maklumat mengenai sepakan penalti Colombia pada 2018 pada botol airnya yang menyaksikan England menamatkan badi penentuan sepakan penalti di Piala Dunia.
Penjaga gol berusia 27 tahun itu mengulangi skrip sama ketika menentang Itali dan hampir membuahkan kejayaan.
Dia menyelamatkan dua sepakan penalti namun belum mencukupi untuk England muncul juara Eropah.
Gambarnya yang menyemak botol air sebelum sepakan penalti berjaya dikesan oleh jurugambar di Wembley.
Bagaimanapun, daripada sudut kamera, tiada seorang pun dalam senarai terbabit yang mengambil sepakan penalti.
Pemain yang tersenarai di botol air Pickford adalah Alessandro Florenzi, Giacomo Raspadori, Rafael Toloi, Bryan Cristante, Francesco Acerbi, Alessandro Bastoni dan Gianluigi Donnarumma.
Tetapi pemain yang mengambil tendangan untuk Itali adalah Dominico Berradi, Andrea Belotti, Leonardo Bonucci, Federico Bernardeschi dan Jorginho dengan Pickford menyelamatkan percubaan Belotti dan Jorginho.
Pickford juga dilihat memberitahu dirinya 'tiada masalah' sebelum menyelamatkan tendangan Jorginho.
Sekiranya Jorginho menjaringkan gol, Itali akan bergelar juara lebih awal namun tekanan itu jelas tidak memberi kesan kepada Pickford.Dia berjaya meneka arah penalti Jorginho sebelum merebahkan badan untuk menepis tendangan pemain tengah Itali itu. -Agensi.1
__________________________________
1https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/07/839168/botol-air-pickford-nyaris-bantu-england-juara
No comments:
Post a Comment