Ad

Thursday 31 August 2017

Najib isytihar cuti umum 4 Sept

31 Ogos 2017
 Najib isytihar cuti umum 4 Sept
Najib isytihar cuti umum 4 Sept        
Najib mengisytiharkan penutupan rasmi Sukan SEA ke 29 KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. - Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengisytiharkan Isnin 4 September ini sebagai cuti khas kerana pencapaian Malaysia yang luar biasa pada temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017).

“Bukan senang nak bagi cuti  sebab Malaysia sudah terlalu banyak cuti. Tetapi kerana pencapaian kita yang luar biasa, sokongan rakyat berbilang kaum yang padu, pencapaian para atlet yang cemerlang,

“Maka dengan ini bagi pihak kerajaan saya umumkan cuti umum pada 4 Sept,” katanya semasa berucap pada majlis sambutan Ambang Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini yang berlangsung sejurus selepas majlis penutupan rasmi  KL2017.

Pengisytiharan itu disambut  sorakan kegembiraan oleh ribuan penonton di stadium tersebut.

Sementara itu, Najib, dalam kenyataan mengenai perkara itu, berkata kerajaan memutuskan cuti umum itu sebagai menghargai pengorbanan atlet negara dan semua yang terlibat dalam menyemarakkan kecemerlangan negara sempena KL2017.

Ia juga, kata perdana menteri, sebagai menghargai sokongan tidak terhingga yang ditunjukkan seluruh rakyat Malaysia sepanjang penganjuran temasya sukan dwitahunan itu.

Menurutnya, pengisytiharan cuti itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 bagi Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi Sabah dan Sarawak ia diselaras mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing.

Malaysia muncul juara keseluruhan edisi temaya ke-29 sukan serantau itu dengan kutipan 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa. - Bernama
sumber-sinar harian online 
31 Ogos 2017

BERSATULAH MELAYU


 
Mohd. Yussof Latiff
KEDUDUKAN Islam sebagai agama rasmi dan bangsa Melayu sebagai anak watan negara ini sedang tercabar akibat perpecahan orang Melayu yang ghairah berpolitik. GAMBAR HIASAN/UTUSAN
 
31 Ogos 2017 12:00 PM
SALAM sejahtera dan salam merdeka. Tarikh 31 Ogos 2017 adalah hari yang penuh bersejarah dan adalah hari keramat yang hendaklah dikenang dan dirayakan oleh rakyat Malaysia berbilang kaum yang cintakan negara ini dan khasnya bangsa Melayu sebagai hari yang memerdekakan negara yang tercinta ini daripada cengkaman penjajah.

Sempena menyambut Hari Kebangsaan 2017 ini saya terpanggil untuk memberi pendapat menerusi pengalaman dan penglibatan saya dalam gerakan ­menuntut kemerdekaan negara sejak 1946 lagi khasnya mengenai kehebatan yang diperjuangkan oleh bangsa Melayu.

Hakikatnya, pencapaian kemerdekaan Tanah Melayu bermula daripada hasil penyatuan bangsa Melayu.

Dengan penyatuan bangsa Melayu, kita telah memerdekakan negara ini, yakni Persekutuan Tanah Melayu dan kini Malaysia.Dengan teras penyatuan bangsa Melayu, kita telah membina negara ini dengan jayanya.

Dengan penyatuan bangsa Melayu juga, ia tidak berniat dan tidak akan menafikan hak semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia seperti mana yang dipersetujui dalam perjanjian kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua kaum yang mengakui taat setia yang tidak ber­belah-bahagi kepada negara ini.

Dengan berpegang teguh kepada konsep penyatuan bangsa Melayu juga, seterusnya adalah asas kekuatan perpaduan, kestabilan politik dan kemakmuran negara untuk semua kaum yang tinggal di negara tercinta ini.

Bangsa Melayu telah banyak bertolak ansur dan mengorbankan hak-hak mereka kepada kaum-kaum lain di negara ini demi mencapai kemerdekaan negara.

Kebahagiaan negara, kestabilan politik dan kemakmuran rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum berteraskan kepada penyatuan bangsa Melayu.

Kini, bukan sahaja negara yang tercinta ini teruji dan tercabar, bahkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara dan bangsa Melayu sebagai anak watan negara ini sedang teruji dan tercabar akibat dari perpecahan orang Melayu yang ghairah berpolitik

Menerusi perayaan ulang tahun ke-60 pada 2017, marilah kita menyambut Hari Kebangsaan yang tercinta ini dengan hasrat dan niat serta berdoa ke hadrat Allah SWT supaya orang-orang Melayu bersatu semula tanpa mengira fahaman pegangan ideo­logi dan latar belakang politik bagi mewujudkan semula simbol ketuanan bangsa Melayu di negara ini.

Ini sebagaimana seruan “Bersatulah kita orang Melayu seperti mana kita pernah bersatu.

Sebagaimana kita berjaya mencapai kemerdekaan negara kita.”

Apalah sangat untuk me­mentingkan kedudukan, martabat, pangkat, jawatan dan fahaman kerana semuanya ini hanya sementara.

Kembalilah ke pangkal untuk kita bangsa Melayu bersama-sama membuktikan bahawa kita adalah suatu bangsa yang bermaruah, bermartabat dan bersatu padu.

Justeru, akan terbina suatu benteng kekuatan bangsa yang kukuh yang tidak boleh diganggu dan digugat oleh sesiapa pun.

Untuk mengenang sejarah dan erti kemerdekaan, generasi muda masa ini perlu dan wajib diberi pengertian bahawa pencapaian kemerdekaan negara ini bukan datang secara bergolek.

Banyak pengorbanan dari segi tenaga, harta benda, wang ringgit mahupun nyawa yang telah dilakukan dan telah dikorbankan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan dan pembela tanah air termasuklah angkatan bersenjata dan polis untuk menentang musuh dari dalam dan luar negara.

Atas kebijaksanaan pemimpin-pemimpin Melayu khas­nya pe­mim­pin tersohor, Almarhum Tunku Abdul Rahman dengan dibantu secara jujur dan ikhlas oleh pemimpin-pemimpin lain seperti Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Cheng Lock, mendiang Tun Kolonel H.S. Lee, mendiang Tun Tan Siew Sin, mendiang K.L Devaser dan mendiang Tun Sambanthan telah membawa kemerdekaan negara ini menerusi perundingan dengan penjajah Inggeris.

Namun di antara Almarhum Tunku, terdapat ramai lagi tokoh besar dan kecil sebagai pejuang dan pembebas tanah air ini daripada cengkaman penjajah dan anasir-anasir jahat, dengan nama-nama mereka tertinggal dalam catatan tinta emas lipatan sejarah.

Kita hanya berserah kepada Allah SWT Yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui dan semoga Allah merahmati perjuangan dan roh-roh mereka sebagai ­pembela watan dan dihimpun bersama para syuhada dan solihin. Amin.

TAN SRI MOHD. YUSSOF LATIFF ialah Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang).
SUMBER- http://m.utusan.com.my/rencana/utama/bersatulah-melayu-1.521081

WAN RAHIMI WAN MOKHTAR DARI TANJUNG LUMPUR BERJIWA PATRIOTIK

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

      Menurut Kamus Dewan, patriotisme bermaksud perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Seseorang yang mempunyai  semangat patriotik sanggup mempertahankan kedaulatan negaranya dari ancaman musuh.[1] Mereka yang digelar pembela negara ini akan menyambut kemerdekaan dengan penuh bersemangat serta tidak berkira untuk menghias premis kediaman dengan bendera, replika, pintu gerbang dan hiasan kereta dan rumah kediaman secara keatif untuk menzahirkan semangat cintakan negara.

      Setiap tahun sejak tahun 2008 Wan Rahimi akan menghias kedai makannya dengan pelbagai saiz bendera. Ini kerana  Ogos adalah bulan yang sangat sinonim dengan upacara atau aktiviti yang bertemakan patriotisme atau kenegaraan. Kibaran jalur gemilang di rumah, premis perniagaan, pejabat kerajaan dan kenderaan sudah pasti kelihatan meriah ketika ini mengikut kreativiti masing-masing bagi mewujudkan suasana kemerdekaan negara tercinta.[2]

      Wan Rahimi tidak bekelulusan tinggi, tetapi mempunyai jiwa patriotik yang kental. Beliau sanggup menghabiskan RM3000.00 untuk menghias kenderaan dan Kedai Makannya yang terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan.[3]Pada tahun ini beliau turut menjadi peserta Pertandingan Keceriaan Kemerdekaan Negeri Pahang. Menurut beliau semangat cintakan negara telah tersemai di dalam dirinnya sejak kecil lagi apabila  sering didedahkan dengan semangat patriotisme oleh kedua ibu bapanya.[4]





[1] Kamus Dewan Edisi Ketiga, (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka,1994),987.
[3] http://m.utusan.com.my/rencana/utama/ilmu-patriotisme-benteng-pertahanan-negara-1.521083
[3] Temubual dengan Wan Rahimi Wan Mokhtar pada 30 Ogos 2017.
[4] Ibid.

Sistem pemerintahan Nabi Muhammad SAW



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Nabi Muhammad SAW telah meletakkan batu asas yang cukup kukuh dalam pemerintahan dan pentadbiran negara dengan memberikan contoh teladan yang baik untuk dijadikan panduan dan ikutan umat manusia.

       Nabi Muhammad SAW telah mengasaskan negara Islam di Madinah berteraskan wahyu yang telah diturunkan olehAllah SWT untuk menjadi garis panduan mengenai asas-asas pemerintahan bagi seluruh manusia. Al-Quran menegaskan konsep keadilan dalam pemerintahan Islam kerana keadilan akan melahirkan kesetiaan rakyat terhadap pemerintah.

       Keadilan yang dimaksudkan bukan merujuk kepada rakyat biasa sahaja, tetapi juga kepada golongan atasan dan pemerintah supaya berlaku adil dalam semua hal serta dalam semua keadaan bagi mencetuskan keadilan dan kesejahteraan dalam sesebuah negara.Al-Quran sememangnya tidak menerangkan secara terperinci tentang prinsip pembentukan negara, namun al-Quran mengingatkan umatnya supaya bermesyuarat dalam melakukan sebarang urusan.[1]

       Justeru, langkah-langkah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan Khulafa' al-Rasyidin merupakan contoh terbaik bagi umat Islam.Islam mengarahkan umatnya patuh kepada ketua pemerintah (ali al-amr) supaya tidak berlaku huru-hara dan perpecahan dalam

masyarakat.

       Umumnya, langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad SAW dan para Khulafa' al-Rasyidin boleh dijadikan asas pemerintahan dan pentadbiran negara yang adil bagi generasi selepas mereka supaya mereka dapat menghadapi sebarang rintangan dan cabaran yang mendatang.

       Sebelum ketibaan Nabi Muhammad SAW ke Madinah, tidak terdapat sebuah pemerintahan dan pentadbiran yang teratur serta berlandaskan undang-undang perlembagaan sepertimana yang berlaku pada zaman baginda. Masyarakat Madinah berpecah sesama mereka, khususnya antara orang Yahudi dengan orang Arab.Nabi Muhammad SAW telah menegakkan sebuah negara Islam selepas peristiwa Perjanjian Aqabah atau selepas peristiwa Hijrah ke Madinah. Baginda telah merangka struktur untuk menegakkan sebuah negara.[2]

[1] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,(Shah Alam:Oxford Fajar,2013),27.
[2] Ibid,27.

MASYARAKAT JAHILIAH

oleh-AHMAD BIN YAAKOB
       AI-Quran tidak membatasi masa bagi zaman jahiliah, tetapi hanya sekadar menyatakan secara umum ruang lingkup zaman tersebut dengan ungkapan,Jahiliah yang dahulu. Dalam kamus-kamus Arab juga hanya menyatakan bahawa zaman Jahiliah ialah zaman sebelum Islam, iaitu zaman sebelum turunnya al-Quran .Dalam konteks masyarakat Arab, zaman yang dipanggil zaman jahiliah ialah zaman selepas keruntuhan kerajaan Saba'. Pada masa itu tiada nabi yang diutus dan tiada kitab suci daripada Allah SWT untuk dijadikan petunjuk pada masa yang sama, tiada ciri-ciri ketamadunan atau pembangunan fizikal yang melambangkan peradaban yang tinggi. Lebih tepat, zaman jahiliah bermula selepas kejatuhan kerajaan Saba’ peringkat ketiga atau peringkat akhir  pemerintahan  Himyar pada tahun 300 M dan berakhir setelah turunnya kitab suci al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad SAW pada tahun 610 M. Dalam tempoh kira-kira tiga abad iatu masyarakat Arab pada amnya, telah.mengalami zaman keruntuhan bukan sahaja dari segi agama dan akhlak tetapi juga dari segi politik, ekonomi, sosial dan ilmu pengetahuan.[1]
Konsep Jahiliah.[Hasil pembelajaran:menjelaskan konsep jahiliah]
Jahiliah berasal daripada akar kata jahala dan kata terbitan jahlun atau jahlatun yang bererti bodoh dan sesat.
Berdasarkan al-Quran, ciri-ciri jahiliah dapat dirumuskan kepada empat, iaitu:
(a)zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
(b) masyarakatnya tidak mempunyai peradaban dan tamadun.
(c ) masyarakatnya tidak berakhlak, bersikap angkuh dan bongkak.
(d )masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca.
Jika satu daripada sifat-sifat tersebut terdapat pada sesuatu zaman atau masyarakat tersebut boleh dianggap masyarakat jahiliah.Berdasarkan pengertian tersebut, kebenaran pendapat orientalis Barat seperti P. K. Hitti tentang makna jahiliah boleh disangkal.Menurut P. K. Hitti, masyarakatArab jahiliah hanya jahil dari segi agama dan kepercayaan tetapi maju dari segi ilmu pengetahuan dan mempunyai tamadun yang tinggi.[2]
       Pendapat P. K. Hitti tentang makna jahiliah dari segi ketepatan sejarah juga boleh dipersoal. Ini kerana kerajaan Saba' pada Zaman kegemilangannya (pada zaman Ratu Balqis) telah menerima ajaran Nabi Sulaiman a.s. dan Allah SWT menganugerahkan kerajaan Saba' sebagai "negeri yang makmur dan mendapat pengampunan Tuhan". Setelah kerajaan ini ingkar kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah menurunkan bala dan kerajaan ini mengalami keruntuhan.Di Semenanjung Tanah Arab, zaman yang paling layak digelar zaman jahiliah ialah zamaln selepas keruntuhan kerajaan Saba', iaitu sekitar tahun 300 M hingga kerasulan Nabi Muhammad SAW pada tahun 610 M. Dalam tempoh masa ini, tiada rasul dan tiada kitab suci diturunkan sebagai petunjuk.Pada zaman jahiliah, masyarakat Arab berada dalam kekufuran, kemaksiatan, keangkuhan dan kejahilan dalam ilmu pengetahuan.[3]


[1]Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,(Shah Alam:Oxford Fajar,2013),3.
[2]Mahayudin Hj Yahya, Tamadun Islam , ,(Shah Alam:Oxford Fajar ,1998),5.
[3] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,6.

Hikmah sebalik khutbah Nabi SAW

 Muslim pilgrims pray on a rocky hill called the Mountain of Mercy,
Muslim pilgrims pray on a rocky hill called the Mountain of Mercy, on the Plain of Arafat, near the holy city of Mecca, Saudi Arabia, Wednesday, Sept. 23, 2015 during the hajj pilgrimage. Mount Arafat, marked by a white pillar, is where Islam's Prophet Muhammad is believed to have delivered his last sermon to tens of thousands of followers some 1,400 years ago, calling on Muslims to unite. (AP Photo/Mosa'ab Elshamy)JEMAAH haji berdoa di Padang Arafah berhampiran Mekah, semalam. APNOTATERBITANUTUSAN MALAYSIA24 SEPTEMBER 2015KHAMISMUKA 15Archived By Wz

31 Ogos 2017 4:00 PM
AddThis Sharing Buttons
Share to FacebookShare to TwitterShare to WhatsAppShare to TelegramShare to EmailShare to More

PENGORBANAN seorang Muslim terhadap harta dan kesusahan badannya dalam menjalani ibadah haji terutama kerana terpaksa bermusafir jauh meninggalkan keluarga adalah tidak lain dan bukan kecuali semata-mata untuk mentaati perintah Allah.

Maka, jika kita imbau kembali ucapan Nabi SAW pada haji terakhir Baginda ketika di Arafah di atas untanya al-Qaswa. Antaranya:

“Sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas kamu darah sesamamu dan harta sesamamu sampai kamu berjumpa dengan Tuhanmu, seperti haramnya hari ini dan bulan ini. Sesungguhnya kamu pasti akan berjumpa dengan Tuhanmu dan Dia pasti akan menanyakan kamu tentang segala perbuatanmu.”

“Wahai manusia! Sesungguhnya Tuhanmu cuma satu, dan sungguh ayah kamu juga satu. Kamu semua berasal daripada Adam, sedangkan Adam daripada tanah. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa. Tiada keutamaan orang Arab daripada orang bukan Arab melainkan yang bertakwa,” - Sahih Muslim.

Jelas di sini bagaimana hubungan seorang Muslim dengan saudara Muslim lain iaitu hak persaudaraan yang erat dari segi penjagaan maruah, jiwa dan harta saudara Islam sesama Islam.

Inilah yang sepatutnya wujud daripada pelaksanaan wukuf di Arafah. Apakah maknanya Muslimin wukuf di Arafah sedangkan mereka bersengketa, membenci dan merampas hak sesama mereka?

Kalau ini yang berlaku apakah mereka akan termasuk dalam kalangan orang yang mendapat keampunan dan pelepasan daripada api neraka? Kesamaan warna kain ihram putih, berhimpun di satu tempat membawa makna kesucian dan kesamaan serta kesatuan yang sepatutnya wujud melalui perbuatan wukuf di Arafah.

Antara lain yang diucapkan Rasulullah SAW ketika wukuf ialah:

“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan bagi kamu sesuatu, yang jika kamu berpegang teguh kepadanya pasti kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, iaitu sesuatu yang terang dan nyata: Kitab Allah dan Sunah Nabi-Nya.

Ucapan Baginda itu sewajarnya menyedarkan Muslimin yang berhimpun bahawa bagaimana boleh terjadinya pertelingkahan sesama Muslimin sedangkan rujukan bagi pedoman kehidupan ini sama. Tetapi apabila hawa nafsu didahulukan, kepentingan peribadi diambil kira, maka syaitan akan memasukkan tipu dayanya sehingga orang Islam memandang buruk pada saudaranya lalu terjadilah perbalahan.

Oleh itu umat Islam harus mengingatkan wasiat Nabi SAW supaya kembali kepada al-Quran dan Sunah. Itu sahajalah dua rujukan yang menjamin kesejahteraan mereka. Kalau mereka tidak kembali kepada wasiat ini, apalah faedah daripada wukufnya mereka di bumi Arafah yang mulia itu?

Dalam khutbah itu juga, Rasulullah SAW berulang kali bertanya kepada puluhan ribu umat yang hadir, “Wahai manusia, apakah aku telah menyampaikan?” Jemaah haji serempak menjawab, “Benar, telah engkau sampaikan.” Maka Rasulullah mengarahkan tangan Baginda ke langit sambil berseru, “Allahumma, isyhad! Wahai Allah, saksikanlah!”

Kemudian Rasulullah SAW menutup khutbah dengan bersabda, “Hendaklah kamu yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir. Semoga orang yang menyampaikan akan lebih dalam penghayatannya daripada yang sekadar mendengarkan. Berlimpahlah rahmat dan berkat Allah SWT atas kamu sekalian.”

Selesai berkhutbah Rasulullah SAW turun daripada unta, lalu memimpin solat zuhur dan asar secara jamak serta qasar.

Kemudian Baginda menuju Sakhrah (batu besar) di kaki bukit Jabal Rahmah. Di sini Rasulullah SAW menerima wahyu Surah al-Maidah: 3: “Hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu dan Aku lengkapkan untukmu nikmat-Ku dan Aku relakan bagimu Islam sebagai agamamu,”

Ketika Rasulullah SAW menyampaikan wahyu yang baru diterima kepada para sahabat, Abu Bakar as-Siddiq menangis tersedu-sedu. Umar ibn Khattab bertanya, “Apakah yang kau tangisi, wahai Abu Bakar? Bukankah kita seharusnya bergembira bahawa agama kita telah sempurna?” Abu Bakar menjawab, “Tidak terfikir olehmu, wahai anak Khattab, wahyu itu merupakan isyarat bahawa Rasulullah SAW mungkin cuma sebentar lagi bersama-sama dengan kita.”

KESIMPULANNYA

Wukuf di Arafah mempunyai manifestasi sifat kehambaan manusia kepada Tuhannya yang merupakan falsafah kewujudannya di dunia ini. Inilah yang sepatutnya diusahakan dan ditumpukan oleh manusia untuk mencapainya.

Perhimpunan Arafah dengan kesatuan pakaian dan niat pelaksanaan ibadah yang sama adalah lambang kesatuan umat. Kesatuan yang menerbitkan kekuatan. Umat yang kuat menjadi kebanggaan nabinya. Kekuatan inilah yang diguna untuk mengajak manusia ke arah kebaikan dan bukan kezaliman.

Akhir sekali perhimpunan raksasa manusia Muslimin ini tidak akan tergambar jika berbeza daripada manhaj dan garis panduan hidup mereka. Kerana itu Nabi SAW mengingatkan kembali supaya berpegang kepada al-Quran dan hadis dengan kuat supaya terurai daripada kehidupan ini. Kedua-duanya adalah jaminan kebahagiaan kepada manusia sejagat yang tiada lagi keraguan terhadapnya. Kepada kedua-duanya harus dirujuk sama ada dalam urusan duniawi mahupun ukhrawi.
sumber- http://m.utusan.com.my/rencana/agama/hikmah-sebalik-khutbah-nabi-saw-1.521207

Wednesday 30 August 2017

Konsep raja

1.1.1 Raja di Vietnam dan Thailand
l.l.l Raja
Sistem beraja merujuk kepada bentuk kerajaan yang wujud di sesebuah negara. Pemerintah di sesetengah negara menggunakan gelaran yang berbeza. Pemerintah Vietnam menggunakan gelaran Maharaja manakala pemerintah Thailand menggunakan gelaran Raja. Melalui sistem tersebut, raja atau maharaja bertindak sebagai ketua pemerintah tertinggi dalam negara, menguasai ekonomi negara,menggubal undang-undang, mengetuai angkatan tentera, dan menjadi ketua agama.Raja atau maharaja menjadi golongan yang menduduki lapisan teratas dalam susun lapis masyarakat.
Sistem raja dan maharaja diamalkan bertujuan untuk memelihara keamanan, mengekalkan kemerdekaan, dan menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.
Institusi Raja di Vietnam
Konsep raja
 Berbanding dengan pemerintah di Thailand, pemerintah Vietnam menggunakan gelaran Maharaja. Sistem maharaja di Vietnam agak sama dengan sistem maharaja yang diamalkan di Tanah Besar China. Ini disebabkan kedudukan Vietnam yang berdekatan dengan China. Antara tahun III S.M. sehingga 939 Masihi, Vietnam berada di bawah pemerintahan langsung China. Maka secara tidak langsung, Vietnam menerima dan mengamalkan kebudayaan, falsafah, dan ciri-ciri sosiopolitik China.

       Hubungan dan pengaruh China amat jelas dalam institusi pemerintahan Vietnam. Vietnam akan menghantar utusan ke Peking apabila berlaku pertukaran pemerintahan. Sebagai contoh, pemerintah dari keluarga Nguyen diiktiraf oleh peking sebagai maharaja. Maharaja-maharaja Nguyen daripada Maharaja Gia Long sehingga Maharaja Thien-Tri menerima mohor pelantikan daripada wakil Peking yang berada di Hanoi. Hubungan Vietnam-China berterusan sehingga kepada permohonan bantuan dan perlindungan. Pada tahun 1882, Maharaja Tu Duc menghantar utusan diraja ke Peking memohon bantuan apabila menghadapi masalah pencerobohan Perancis.Vietnam menggunakan model pemerintahan China. Contohnya, konsep politik China seperti mandat dari syurga dan amalan dasar tutup pintu yang diterapkan dalam institusi kemaharajaan Vietnam.

Peranan Maharaja
Politik
Raja merupakan ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan urusan keagamaan. Raja berperanan sebagai ketua negara dan ketua pentadbir. Raja mempunyai sumber autoriti dan mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran. Raja dipercayai mendapat mandat dari syurga atau tuhan untuk memerintah sesebuah negara.

Raja akan melantik pegawai dalam kalangan anggota kerabat diraja dan memberi mandat kepada untuk menjalankan tugas-tugas rasmi dalam bidang keagamaan, melayani aduan rakyat, meraikan duta-duta asing dan lain-lain  hal berkaitan  pentadbiran. Politik dan pentadbiran raja memperlihatkan ciri pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat yang kukuh.
       Maharaja berada di puncak pentadbiran dan menjadi tanggungiawab setiap maharaja dari Dinasti Nguyen untuk mengekalkan sistem politik model China dan menentang perubahan. Mempunyai kuasa mutlak dalam semua aspek pentadbiran dan pemerintahan. Hanya maharaja sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman bunuh.
       Mentadbir dengan bantuan pembesar di peringkat pusat, daerah, dan kampung.Selaras dengan model China, maharaja dianggap sebagai thein-tu (anak tuhan/syurga), iaitu wakil tuhan yang diberi mandat untuk memerintah. Berdasarkan konsep model China, rakyat memberi kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada maharaja dan maharaja harus memerintah masyarakat dengan adil dan saksama.

       Bertindak sebagai ketua kerajaan dalam sistem birokrasi dan dibantu oleh enam kementerian yang diketuai oleh golongan Mandarin.Menjadi pengerusi Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh enam orang menteri kanan. Tugas majlis ini adalah untuk memberi pandangan kepada maharaja berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran.Memelihara kedaulatan negara dan mempertahankan negara daripada ancaman dalam atau luar negara. Ini akan menjamin kedudukan maharaja kekal di puncak kekuasaan.
EKONOMI
 Menguasai semua bidang ekonomi, iaitu kegiatan pertanian, tanah, hasil cukai negara, kegiatan perdagangan, dan perlombongan. Berhak menentukan sistem sukatan, ukuran, dan timbangan. Menduduki hierarki teratas dalam susun lapis masyarakat. Mengetuai adat resam dan adat istiadat dalam masyarakat. Menjadi pemimpin agama Buddha dan penaung kepada golongan sangha Buddha.
SOSIAL
       Menentukan kehidupan rakyat berada dalam keadaan tenteram dan aman selaras dengan konsep mandat dari syurga.Memainkan peranan selaras dengan kepercayaan umum dalam kalangan masyarakat bahawa maharaja merupakan punca ilmu dan kemakmuran ekonomi serta menjadi bapa kepada rakyat. Maharaja bercita-cita untuk membawa imej ibu kota negara China ke Asia Tenggara. Dengan ini, tumpuan utama maharaja ialah terhadap bandar Hue. Bangunan utama di bandar Hue berbentuk seperti istana di China. Hue dibentuk seakan-akan bandar Peking dengan wujudnya Bandar Larangan, Bandar Diraja, dan Bandar Ibu Kota. Semua bangunan dari segi lokasi dan narna ditiru daripada bandar Peking. Misalnya, pintu gerbang di sebelah selatan menuju ke Bandar Larangan diberi nama Pintu Gerbang Puncak atau Ngd Mon.Pemberian nama tersebut bertujuan untuk menghormati raja sebagai manusia yang memiliki martabat yang tinggi di dunia.

KONSEP RAJA DI THAILAND
Raja-raja Thailand berasal dari Dinasti Chakri y.ang menggunakan gelaran Rama. Raja-raja Chakri memegang konsep raja berasaskan ajaran agama Buddha Theravada. Mengikut ajaran ini, hak seseorang berasaskan akhlak dan kebolehan peribadinya. Seorang calon yang ingin menaiki takhta kerajaan Thailand tidak semestinya berasal dari dinasti yang pernah memerintah.
       Seorang calon yang memaparkan kuasa akhlak dan kebolehan peribadi yang luar biasa boleh menaiki takhta. |ika terdapat pemimpin lain yang memiliki kuasa akhlak yang lebih tinggi, maka pemimpin tersebut berhak menaiki takhta secara sah menggantikan raja yang sedang memerintah. Di Thailand, raja berkuasa menjatuhkan hukuman bunuh. Raja-raja Thailand menggunakan gelaran Chao Phaendin (Yan Tuan Tanah) dan Chao Chiwit (Yam Tuan Nyawa).
       Raja dianggap suci dan memerintah berdasarkan konsep dharma-raja dan perlu menghayati serta melakukan perlakuan yang baik supaya dicontohi rakyat. Konsep dharma-raja menjadi asas ikatan antara raja dengan ralryat. Raja yang memegang kepada konsep tersebut dapat memerintah dengan berkesan serta berjaya mengekalkan keamanan di istana. Terdapat kepercayaan rakyat bahawa raja merupakan jelmaan dewa (dewaraja). Konsep ini meningkatkan martabat dan kedudukan raja ke status yang tinggi dan istimewa. Rakyat tidakboleh melihat wajah raja. Adat menyembah. secara bersujud atau meniarap mesti dilakukan semasa mengadap raja. Rakyat mesti merangkak masuk dan meniarap. Apabila rombongan raja sampai di sesuatu kawasan, rakyat mesti melarikan diri atau berada dalam keadaan meniarap.

       Simbol kebesaran raja Thailand dapat dilihat dari segi pemilikan binatang suci, iaitu gajah putih. Gajah putih dianggap sebagai tunggangan raja. Gajah putih merupakan simbol kedaulatan sejagat dan pengiktirafan kuasa raja oleh kuasa ghaib yang dipercayai ada pada gajah putih. Rakyat dilarang mengganggu atau menggunakan gajah putih. Sesiapa yang ingkar akan ditangkap dan dihukum. Sesiapa yang dapat menangkap dan menyerah gajah putih akan menerima hadiah daripada raja.
       Demi memperkukuhkan kedaulatan raja, Brahmin dilantik sebagai penasihat agama. Abad ke-19 merupakan tempoh kuasa-kuasa Barat meluaskan pengaruh mereka di fhailand. Thailand telah terdedah kepada unsur Barat sejak termeterainya Perjanjian Bowring pada tahun 1855. Perjanjian ini membuktikan bahawa raja Thailand, iaitu Raja Mongkut telah membuat perubahan terhadap konsep raja.

       Raja Mongkut masih mempunyai kuasa mutlak tetapi bersikap agak liberal terhadap kuasa Barat demi memelihara kemerdekaan negara. Begitu juga dengan Raja Chulalongkorn yang masih terikat kepada tradisi sistem beraja mutlak tetapi demi kemerdekaan negara, beliau telah memperkenalkan pemodenan.

KAPS PEMAIN SELEPAS PERLAWANAN PERSAHABATAN MENENTANG MYANMAR 29.8.2017



OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
BIL
NAMA
UMUR
KAPS
GOL
1.
BADDROL BAKHTIAR
29
53
06
2.
RIZAL GHAZALI
25
09
00
3.
SYAZWAN ZAINON
28
08
01
4.
KHAIRUL HELMI JOHARI
29
05
00
5.
AKRAM MAHINAN
24
03
00
6.
FARHAN ABU BAKAR
24
01
11
7.
FITRI OMAR
32
04
00
8.
AHMAD HAZWAN BAKRI
26
23
07
9.
SAFIQ RAHIM
30
69
15
10.
AMIRULHADI ZAINAL
31
38
07
11.
AZRIF NASRULHAQ
26
10
00
12.
AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK
30
70
03
13.
DARREN LOK
26
07
01
14.
FADHLI SHAS
26
52
00
15.
HAFIZUL HAKIM KHAIRUL
24
01
00
16.
SHAHROM ABDUL KALAM
32
17
00
17.
NAZIRUL NAIM CHE HASHIM
24
08
00
18.
NASIR BASHARUDIN
27
06
00
19.
NAZRIN NAWI
29
10
00
20.
KIKO INSA
29
02
00
21.
AHMAD SYAMIM YAHYA
27
04
00
22.
KHAIRULAZHAN KHALID
28
08
00
23.
WAN ZACK HAIKAL WAN NOR
26
20
03
24.
SHAHREL FIKRI MD FAUZI
23
01
00
25
AMIRUL AZHAN ADNAN

01
00