Ad

Tuesday, 22 August 2017

Thanabalan 'striker' idola Harimau Malaya



 Mohamad Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my

SENTUHANNYA tidak selincah Lionel Messi namun cukup berbisa di depan pintu gol.

Itu kelebihan dimiliki penyerang skuad bawah 22 tahun (B-22) negara N Thanabalan yang kini sudah meledak tiga gol dalam dua penampilannya sepanjang temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Thanabalan yang mewakili FELCRA FC di peringkat kelab menjelaskan sudah menjadi tugasnya sebagai penyerang untuk meledakkan gol buat pasukan.

“Bagi saya, sebagai penyerang kita kena bijak dan berada pada posisi terbaik tepat pada masanya untuk meledakkan gol.

“Sebagai contoh, apabila satu hantaran silang dilakukan, kita sudah perlu berada dalam kotak penalti dan apabila dapat peluang, kita perlu jaringkan gol.

“Apapun kerjasama berpasukan adalah segala-galanya kerana tanpa bantuan rakan, penyerang tidak akan dapat menjaringkan gol,” katanya.

Thanabalan menjaringkan gol kemenangan ketika Malaysia menewaskan Singapura 2-1, Rabu lalu sebelum menyumbat dua gol semasa menundukkan Myanmar 3-1, semalam.

“Terima kasih kepada semua penyokong dan rakan sepasukan yang memberikan komitmen 100 peratus dalam setiap perlawanan.

“Perjuangan kami belum selesai dan kemenangan ke atas Myanmar menjadi pembakar semangat untuk kami melangkah ke separuh akhir.

“Belum tahu lagi pasukan mana akan kami tentang di separuh akhir, apapun kami akan tetap lawan habis-habisan dan kemenangan ke atas Myanmar adalah malam terbaik buat saya dan pasukan,” katanya.

sumberArtikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Ogos 2017 @ 4:10 PM

No comments:

Post a Comment