SKUAD bola sepak negara pulang
awal dari Singapura setelah sekadar menduduki tempat ketiga di peringkat
kumpulan.
14 Ogos 2017 3:00 AM
BUAT kali kedua sejak Naypyidaw
2013, skuad bawah 23 tahun negara terus kempunan sebarang pingat bola sepak
Sukan SEA.
Kekalahan kepada Vietnam 5-1
dan Thailand 1-0 seawal peringkat Kumpulan B di Stadium Bishan, menyekat impian
skuad Datuk Ong Kim Swee untuk ke separuh akhir.
Mereka hanya mampu menumpaskan
lawan kerdil seperti Timor Leste 1-0, Brunei 2-0 dan Laos 3-1 untuk menduduki
tempat ketiga kumpulan.
Pemain tengah, Muhammad Nazmi
Faiz Mansor pula dikenakan penggantungan enam perlawanan, sementara ramai
pemain skuad kali ini seperti Fandi Othman, Gary Steven Robbat, D. Saarvindran
dan Shahrol Saad kurang berpengalaman walaupun dengan pasukan Liga Malaysia
masing-masing.
Ketidakcekapan Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) untuk menyelaraskan program skuad belia ke Kejohanan AFC
dan Liga Singapura hingga mempunyai dua jurulatih termasuk Razip Ismail turut
mencelarukan pemain.
SUMBERArtikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/skuad-kim-swee-terus-kempunan-pingat-1.514652#ixzz4pp4ZyzrZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment