Wartawan Sinar Harian
22 Ogos 2017
KL2017: Finalis Miss Universe,
wakili Malaysia
SEJAK Temasya Sukan SEA ke-29
(KL2017) bermula, pelbagai kisah 'warna-warni' yang dicoretkan, ini termasuklah
kisah seorang atlet negara yang bernama timangan Tana.
Mana tidaknya Tana atau nama
sebenarnya Tanalaksiumy yang bakal mewakili negara dalam acara 4×400 meter pada Sukan SEA kali ini merupakan
finalis Miss Universe Malaysia 2017.
Selain atlet Tana juga serba
boleh dalam bidang seni iaitu suka menyanyi, menari dan berlakon!.
Tana bakal beraksi pada 22
Ogos, hari ini bersama -sama rakan
sepasukannya. Ayuh kita sama-sama mendoakan kejayaan buat pasukan negara.
KL2017 yang secara rasminya berlangsung pada 19 Ogos hingga 30
Ogos ini dan setakat ini (malam tadi) menyaksikan Malaysia sudah pun memungut
24 pingat emas, 19 perak dan 15 gangsa.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 22
Ogos 2017
No comments:
Post a Comment