Jumaat, 25 Ogos 2017 | 12:44am
PENGURUS England, Gareth
Southgate bersama Wayne Rooney ketika sesi latihan skuad Three Lions. - Foto
REUSTERS
LONDON: Pengurus England,
Gareth Southgate memberi penghargaan kepada 'karier menakjubkan' Wayne Rooney
selepas penyerang Everton itu bersara daripada tugasan antarabangsa.
Rooney mengumumkan semalam dia
menutup tirai bersama skuad The Three Lions selepas menjaringkan 53 gol dalam
119 penampilan.
Southgate memanggil Rooney dan
menawarkan tempat dalam skuad England untuk kelayakan Piala Dunia berdepan
Malta dan Slovakia pada September.
Bagaimanapun bekas bintang
Manchester United itu memberitahu Southgate, dia mahu memberi tumpuan untuk
kelab baharunya berikutan perpindahan pada penutup musim ke Everton.
"Saya tahu saya bercakap
untuk setiap orang apabila saya mengucapkan tahniah buatnya atas karier
antarabangsa yang menakjubkan," kata Southgate hari ini.
"Dia berkata dia
memikirkannya dengan mendalam mengenai keputusan itu dan dia membuat keputusan
untuk bersara daripada perlawanan antarabangsa.
"Kami kemudian bercakap
untuk setengah jam lagi mengenai kenapa saya memanggilnya dan kemungkinan
peranan yang boleh dilakukannya kerana saya rasa sebagai pengurus anda sentiasa
mahu melihat 'sudahkah dia memikirkan mengenai keputusan itu?'.
"Dia sememangnya sudah
memikirkannya dan saya faham sepenuhnya sebab dia melakukannya, berhijrah ke
Everton dan peluang baharu yang ada buatnya di situ." – AFP
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Jumaat, 25 Ogos 2017 | 12:44am
No comments:
Post a Comment