Ad

Monday 30 June 2014

Piala Dunia: Jerman, Algeria gagal cari gol babak pertama

2014/07/01 - 04:56:37 AM Cetak Emel Kawan
Foto
PERTAHANAN Jerman, Per Mertesacker (kiri) bersaing dengan penyerang Algeria, Islam Slimani pada aksi Piala Dunia 2014 di Stadium Estadio Beira-Rio di Porto Alegre, sebentar tadi. - Foto AFP

PORTO ALEGRE: Juara dunia tiga kali, Jerman dipaksa bekerja keras oleh Algeria sepanjang babak pertama perlawanan pusingan dua di Stadium Beira-Rio, sebentar tadi menyaksikan perlawanan berakhir 0-0 pada 45 minit pertama.

Hadir selaku juara kumpulan, Jerman begitupun lebih banyak diasak Algeria yang terlebih dulu mencipta peluang seawal minit ke-8 selepas menggunakan kesilapan Shkodran Mustafi namun larian menarik Islam Slimani berjaya dipatahkan Manuel Neuer.

Seakan tersentak dengan gerakan menarik Algeria, Jerman menambah tekanan dan berhasil mencipta peluang namun cubaan Bastian Schweinsteiger beberapa minit kemudian berjaya dihalang Rais M’bolhi.

Gawang Neuer begitupun bocor pada minit ke-16 namun tandukan Slimani hasil hantaran Sofiane Feghouli dibatalkan akibat ofsaid dan cubaan Mesut Ozil untuk Jerman dengan satu sepakan chip berjaya ditepis M’bolhi pada minit ke-23.

Pada minit ke-40, Jerman sekali lagi memperoleh peluang terbaik apabila Toni Kroos berjaya melepaskan rembatan padu ke gawang Algeria yang gagal ditangkap kemas M’bolhi namun gerakan susulan oleh Mario Goetze mudah dipatahkan.

Jerman tumbang dalam dua perlawanan menentang Algeria sebelum ini termasuk di Piala Dunia 1982 yang berakhir dengan keputusan 2-1.

Pemenang perlawanan ini akan menempah aksi suku akhir menentang Perancis. - Agensi

SUMBER- BERITA HARIAN ONLINE 1.7.2014

Dollah optimis PDRM juara Piala Malaysia 2014

29 Jun 2014
Dollah Salleh Dollah Salleh
KETUA jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dollah Salleh optimis skuad 'The Cops' mampu muncul juara buat kali pertama pada saingan Piala Malaysia 2014, bermula Ogos ini.

Jurulatih berusia 50 tahun itu berkata ia sasaran realistik berdasarkan persembahan cemerlang pemainnya musim ini yang menyaksikan mereka muncul juara Liga Perdana buat kali kedua selepas 2007.

"Kehadiran kita dalam Piala Malaysia musim ini bukan sekadar tangkap muat sahaja...sudah tentu kita harap dapat muncul juara," katanya kepada Bernama hari ini.

Dollah, yang pernah membawa pasukan Majlis Perbandaran Petaling Jaya FC (MPPJ) muncul kelab pertama menjulang Piala Malaysia pada 2003, menyifatkan tiada apa yang mustahil untuk dilakar pemain namun meminta mereka kekal fokus dalam setiap perlawanan yang bakal dihadapi.

Pengendali kelahiran Melaka itu berkata pemain 'The Cops' kini bebas daripada sebarang kecederaan dan akan melaporkan diri untuk persediaan menghadapi saingan Piala Malaysia pada 14 Julai ini.

Dalam pada itu, Dollah berkata beliau masih belum menerima sebarang maklumat daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai pelantikannya sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya yang baharu.

Beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi beberapa laporan akhbar hari ini, katanya mengenai keputusan pelantikan itu yang dibuat pada mesyuarat pertama exco FAM sesi 2014-2018 yang dipengerusikan Presidennya, Tengku AbdullahSultan Ahmad Shah, semalam. - Bernama

SUMBER- sinar  HARIAN ONLINE 29.6.201

Piala Dunia: Perancis layak suku akhir atasi Nigeria

2014/07/01 - 02:02:02 AM Cetak Emel Kawan
Foto
PEMAIN Nigeria, Kenneth Omeruo (kiri) bersaing dengan penyerang Perancis, Olivier Giroud pada aksi Piala Dunia di Stadium Nasional Mane Garrincha di Brasilia, awal pagi ini. - Foto AP

PERANCIS 2     NIGERIA 0
(Paul Pogba, m-79)
Joseph Yobo, m-90 (gol sendiri)
BRASILIA: Perancis bangkit garang pada lewat babak permainan dengan dua gol dalam tempoh 11 minit sebelum mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Dunia selepas menewaskan juara Afrika, Nigeria 2-0 dalam saingan pusingan kedua di Stadium Nasional Mane Garrincha, sebentar tadi.

Nigeria berjaya menyekat juara dunia 1998 itu pada babak pertama tetapi Perancis membuat satu langkah besar selepas rehat untuk memastikan tiket ke kelompok lapan terakhir menjadi milik mereka.

Gol pertama The Bleus dijaringkan Paul Pogba pada minit ke-79 hasil tandukan selepas gawang Nigeria terbuka luas selepas penjaga gol, Enyeama terdahulu menepis usaha Mathieu Valbuena hasil sepakan sudut.
Gol kedua Perancis menyusul pada minit terakhir perlawanan selepas pemain pertahanan lawan, Joseph Yobo tertampan bola yang bergolek masuk ke dalam sendiri.
Perancis akan menentang Jerman atau Algeria dalam suku akhir nanti. - Reuters

SUMBER- BERITA HARIAN ONLINE 1.7.2014

Los Ticos jumpa Oranje

Recife (Brazil): Costa Rica yang beraksi dengan 10 pemain lolos ke suku akhir selepas menumpaskan Greece 5-3 dalam penentuan penalti, pada perlawanan pusingan kalah-mati 16 pasukan, di di Arena Pernambuco, awal pagi ini.

Kedua-dua pasukan sebelum itu terikat 1-1, selepas 120 minit perlawanan, masing-masing menerusi jaringan Bryan Ruiz pada minit ke-52 dan gol di minit akhir perlawanan Greece oleh Sokratis Papastathopoulos.


Kemenangan itu itu menyaksikan Costa Rica yang layak pertama kali dalam sejarah ke suku akhir piala dunia bertemu Belanda pada saingan suku akhir, 6 Julai ini.

Kejayaan Costa Rica berpunca daripada penjaga golnya, Navas yang menampan percubaan penalti Theofanis Gekas, sebelum Michael Umana menyempurnakan percubaannya untuk memberkan kemenangan 5-3.
 Foto
Costa Rica yang menjaringkan 12 daripada 16 gol pada babak kedua sepanjang kempen piala dunia kali ini memperoleh jaringan pembukaan pada minit ke-52.


Ruiz yang tidak dikawal menolak masuk jaringan itu selepas menerima hantaran daripada Balanos yang sebelum itu menerima tolakan daripada Campbell.

Pertemuan kedua-dua `underdog' itu menyaksikan pemain Costa Rica, Oscar Duerta dllayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua apabila dia membentes
Cholevas pada minit ke-66.

Babak pertama perlawanan berlalu dengan kedua-dua pasukan saling menyaingi menguasai bahagian tengah.

Bagaimanapun, tidak ada satu pun usaha dapat memberikan hasil kepada kadua-sua pasukan.

Bagi perlawanan kali ini, penyerang, Christian Bolanos dan pemain pertahanan, Michael Umana kembali dalam kesebelasan utama Costa Rica.

Bolanos masuk sebagai pemain gantian ketika Costa Rica seri 0-0 dengan England, minggu lalu.

Pemain Celtic, Georgios Samaras, yang menjaringkan penalti dalam pertemuan yang menyaksikan Greece menang 2-1 ke atas Ivory Coast, mengetahui barisan depan bergandingan dengan Dimitros Salpingidis.

COSTA RICA: Keylor Navas, Christian Gamboa, Oscar Duarte, Giancarlo Gonzalez, Michael Umana, Junior Díaz, Bryan Ruiz, Celso Borges; Yeltsin Tejeda, Christian Bolanos; Joel Campbell.

GREECE: Orestis Karnezis; Vasilis Torosidis, Konstantinos Manolas, Sokratis Papastathopoulos, Jose Holebas, Dimitrios Salpingidis, Ioannis Maniatis, Andreas Samaris, Giorgos Karagounis, Lazaros Christodoulopoulos, Georgios Samaras.


PENGADIL: Benjamin Williams (AUS) sumber-Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/30

PENJARING TERBANYAK PIALA DUNIA SEHINGGA 30.6.14

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
LIMA GOL
 
JAMES RODRIGUEZ-COLOMBIA
EMPAT GOL


Neymar-Brazil
Lionel Messi-Argentina
Thomas Mueller-Jerman
James Rodriguez- Colombia
TIGA GOL
Robin van Persie-Belanda
Karim Benzema-Perancis
Arjen Robben-Belanda
Enner Valncia-Ecuador

DUA GOL
Arjen Robben-Belanda
Luiz Suarez-Uruguay
Gervinho- Ivory Coast
Tim Cahill-Australia
Mario Mandzukic-Crotia
Andrew Ayew – Ghana
Clint Dempsey-Amerika Syarikat
Alexis Sanchez –Chile
SATU GOL
Oscar-Brazil
David Luiz-Brazil
Oribe Peralta-Mexico
Stefan de Vrij-Belanda
Xabi Alonso-Sepanyol
Jorge Valdivia- Chile
Vedad Ibisevic-Bosnia
Haris Seferovic-Switszerland
Admir Mehmedi- Switzerland
Enner Valencia- Ecuador
Mats Hummels-Jerman
Pablo Armero- Colombia
Teofilo Gutierrez - Colombia
Juan Quintero- Colombia
Wilfred Bonny –Ivory Coast
- Ivory Coast
Kesiuke Honda-Jepun
André Ayew-Ghana
Clint Dempsey -USA
John Brooks Jr-USA
Marouane Fellaini-Belgium
Dries Mertens-Belgium
Sofiane Feghouli-Algeria
Alexander Kerzhakov-Russia
Lee Keunho-Korea
Wayne Rooney-England
Olivier Giroud-Perancis
 Blaise Matuidi-Perancis
Mathieu Valbuena-Perancis
 Moussa Sissoko -Perancis
Blerim Dzemaili-Switzerland
Granit Xhaka-Switzerland
Bryan Ruiz-Costa Rica 
Carlo Costly- Honduras
Enner Valencia- Ecuador
Odenwingie-Nigeria
Mario Goetze-Jerman
Miroslav Klose-Jerman
Andre Ayew-Ghana
Asamoah Gyan-Ghana


GOL SENDIRI
Marcelo-Brazil
Sead Kolasinac-Bosnia
Noel Valladares-Hoduras


Sunday 29 June 2014

Semangat Oranje

 Fortaleza (Brazil): Dua jaringan lewat permainan Wesley Sneijder dan Klaas-Jan Huntelaar membolehkan Belanda menempah tiket ke saingan suku akhir selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menumpaskan Mexico 2-1 dalam aksi dramatik pusingan kedua Piala Dunia di Estadio Castelao, awal pagi ini.

Kapten Belanda, Robin van Persie kembali mengemudi jentera serangan selepas digantung satu perlawanan kerana memungut dua kad kuning dalam saingan peringkat kumpulan.
Jurulatih Mexico Miguel Herrera pula terpaksa menurunkan pertahanan veteran Carlos Salcido untuk menggantikan Jose Juan Vasquez yang digantung perlawanan.

Aksi babak pertama lebih banyak dikuasai Mexico manakala rentak permainan Belanda seoalah terganggu dengan cuaca panas di Fortaleza.Mexico memecah kebuntuan tiga minit selepas bermula babak kedua apabila Giovani Dos Santos merembat kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Belanda Jasper Cillessen.Penjaga gol El Tri, Guillermo Ochoa yang menjadi wira ketika seri menentang Brazil dalam peringkat kumpulan sekali lagi menunjukkan kehebatan apabila menyelamatkan percubaan jarak dekat Stefan de Vrij pada minit ke-57.

Belanda menggandakan asakan ke kubu Mexico untuk mencari gol penyamaan dan berhasil pada minit ke-88 apabila Huntelaar menanduk bola kepada Sneijder yang merembat padu ke sebelah kiri gawang.

Lima minit selepas itu, kapten Mexico Rafael Marquez melakukan kesilapan apabila menjatuhkan Arjen Robben dalam kotak penalti dan sepakan penalti disempurnakan oleh Huntelaar untuk menjadikan kedudukan 2-1 sehingga wisel penamat.
 Foto
Belanda akan bertemu pemenang perlawanan pusingan kedua antara Costa Rica dan Greece.


BELANDA: Jasper Cillessen; Paul Verhaegh (Memphis Depay, 56'), Ron Vlaar, Stefan De Vrij, Daley Blind; Georginio Wijnaldum, Wesley Sneijder, Nigel De Jong (Bruno Martins Indi, 9'); Dirk Kuyt, Arjen Robben, Robin Van Persie (Klaas-Jan Huntelaar, 76').

MEXICO: Guillermo Ochoa; Paul Aguilar, Francisco Rodriguez, Rafael Marquez, Hector Moreno (Diego Reyes, 46'), Miguel Layun, Carlos Salcido, Andres Guardado; Hector Herrera; Giovani Dos Santos (Javier Aquino, 61'), Oribe Peralta (Javier Hernandez, 75').

PENGADIL: Pedro Proenca (POR)

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/30

Belanda ke suku akhir dengan penuh dramatik

Pemain Belanda, Arjen Robben (kiri) mengucapkan tahniah kepada penjaga gawang, Jasper Cillessen selepas pasukan mereka berjaya mengalahkan Mexico di Stadium Castelao, Fortaleza pada kejohanan Piala Dunia 2014 hari ini. - AFP PHOTO/EMMANUEL DUNAND
FORTALEZA, Brazil 30 Jun - Naib juara 2010, Belanda melangkah ke suku akhir Piala Dunia dengan penuh dramatik apabila memerlukan dua jaringan lewat permainan untuk menyingkirkan Mexico 2-1 pada pusingan kedua, sebentar tadi.

Pemain gantian, Klaas-Jan Huntelaar menyempurnakan sepakan penalti, empat minit memasuki masa kecederaan untuk memastikan kemaraan skuad Oranje.

Terdahulu, Giovanni Dos Santos meletakkan Mexico di depan pada minit ke-48 dan membantu pasukannya menguasai sebahagian besar permainan untuk menghampiri suku akhir pertama sejak 1986.

Namun begitu, ketika permainan tinggal dua minit untuk ditamatkan, Wesley Sneijder menyamakan kedudukan 1-1, sebelum Huntelaar memusnahkan sama sekali impian Mexico dengan menyempurnakan penalti waktu kecederaan.

Belanda kini akan menentang pemenang di antara Costa Rica dan Greece yang beraksi pada jam 4 pagi ini. – AGENSI SUMBER

Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140630/sl_11/Belanda-ke-suku-akhir-dengan-penuh-dramatik#ixzz364PCdDxg 

FAM tawar kerusi panas untuk Dollah

2014/06/29 - 03:53:52 AM Oleh Syed Riduan Ahmad Cetak Emel Kawan

Perlu 150 hari bentuk skuad Harimau Malaya

Kuala Lumpur: Dollah Salleh hanya mempunyai tempoh lima bulan untuk mempersiapkan pasukan kebangsaan bagi mengharungi Piala Suzuki AFF sekiranya dia menerima tawaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai ketua jurulatih kebangsaan.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah mengumumkan semalam, EXCO badan induk bola sepak negara itu memutuskan menawarkan jawatan berkenaan kepada jurulatih itu berdasarkan faktor persediaan yang singkat menjelang Piala Suzuki AFF yang bermula 22 November ini.

Namun belum dapat dipastikan sama ada pengendali PDRM itu, yang sebelum ini pernah dua kali menolak jawatan berkenaan, akan menerima tawaran kali ketiga ini memandangkan kontraknya masih berbaki setahun setengah bersama juara Liga Perdana berkenaan.

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 29.6.14

T-Team tebus kehampaan

2014/06/29 - 03:44:34 AM Oleh Syed Riduan Ahmad Cetak Emel Kawan

Shah Alam: Pasukan T-Team menebus kekecewaan tersingkir ke Liga Perdana Musim depan apabila layak ke saingan Piala Malaysia musim ini, selepas menewaskan Negeri Sembilan 1-0 pada perlawanan play-off di Stadium Shah Alam, di sini, malam tadi.

Skuad kendalian Azraai Khor Abdullah bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga ke minit ke-42 untuk memecah kebuntuan selepas tendangan deras oleh Jimmy Mulisa gagal ditangkap kemas penjaga gol Negeri Sembilan, Yatim Abdullah, sebelum ditolak masuk Ramzul Zahini Adnan untuk gol pertama T-Team.

Nyaris berlarutan

Selang dua minit, Negeri Sembilan berpeluang menyamakan apabila dihadiahkan sepakan percuma berhampiran kotak penalti lawannya itu, namun sepakan diambil Ivan Babic ditolak keluar oleh penjaga gol, Wan Azrai Wan Teh.

Bersambung babak kedua, skuad Hoben Jang Hoben lebih banyak menguasai permainan tetapi jentera serangan diterajui Babic gagal melakukan percubaan yang benar-benar menguji Wan Azrai.

Sebaliknya, skuad The Titans hampir menambah jaringan menerusi Mulisa yang hanya berdepan penjaga gol pada minit ke-72, tetapi sepakan leretnya berjaya diselamatkan Yatim.

Tujuh minit sebelum saingan tamat, anak buah V Sundramoorthy hampir berjaya mengheret perlawanan ke masa tambahan apabila Babic membuat umpanan cantik kepada Kim Jin Ryong di depan pintu gawang, namun Wan Azrai lebih pantas meluru untuk menyelamatkan keadaan.

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 29.6.14

Saturday 28 June 2014

Tiang selamatkan Selecao

 Belo Horizonte (Brazil): Brazil menang 3-2 dalam penentuan penalti dan lolos ke suku akhir atas tiket tendangan penalti pertahanan Chile, Gonzalo Jara, yang terkena tiang, pada saingan pusingan kalah-mati 16 pasukan, di Estadio Mineirao, awal pagi ini.

Neymar menyumbang gol kemenangan tetapi penjaga gol Brazil, Julio Cesar dianggap wira apabila menyelamatkan dua sepakan penalti, sebelum tendangan Jara terkena tiang, pada pertemuan yang terikat 1-1, selepas 120 minit berlalu.

Brazil memperoleh gol pendahuluan menerusi bekas pemain Chelsea, David Luiz, yang menguis masuk bola daripada biasan tandukan Tiago Silva hasil daripada sepakan sudut Neymar, pada minit ke-18.Chile pula memperoleh jaringan penyamaan mereka menerusi penyerang FC Barcelona, Alexis Sanchez yang menyambar hantaran yang kurang kemas Hulk kepada Luiz, ada minit ke-32.
 Foto
Selepas gol berkenaan, Chile terus melakukan asakan bertali arus ke kubu Brazil sehingga memaksa gandingan tuan rumah hanya bermain bertahan manakala ayam tambatannya, Neymar dilihat tidak dapat bergerak.Bagaimanapun, kdua-dua pasukan gagal untuk mencari sebarang jaringan pada babak kedua perlawanan sehingga memaksa pertemuan sulung pusingan kalah-mati 16 pasukan dibawa ke 30 minit masa tambahan.
Kemenangan itu bermakna Brazil lolos ke saingan suku akhir bagi setiap temasya piala dunia sejak 1994 dan kali terakhir tersingkir di pusingan kedua adalah pada 1990 apabila tumpas di tangan Argentina.

BRAZIL: Julio Cesar, Dani Alves, Thiago Silva, David Luiz, Marcelo, Willian (Oscar), Fernandinho (Ramires), Neymar, Luiz Gustavo, Hulk, Fred (Jo).

CHILE: Claudio Bravo, Francisco Silva, Gary Medel (José Rojas, Gonzalo Jara, Mauricio Isla, Charles Aranguiz, Arturo Vidal (Mauricio Pinilla), Marcelo Diaz, Eugenio Mena, Alexis Sanchez, Eduardo Vargas (Felipe Gutierrez).

PENGADIL: Howard Webb (ENG)Artikel ini disiarkan MY METRO pada : 2014/06/29

PENJARING TERBANYAK PIALA DUNIA SEHINGGA 28.6.14

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
EMPAT GOL

Neymar-Brazil
Lionel Messi-Argentina
Thomas Mueller-Jerman
James Rodriguez- Colombia
TIGA GOL
Robin van Persie-Belanda
Karim Benzema-Perancis
Arjen Robben-Belanda
Enner Valncia-Ecuador

DUA GOL
Arjen Robben-Belanda
Luiz Suarez-Uruguay
Gervinho- Ivory Coast
Tim Cahill-Australia
Mario Mandzukic-Crotia
Andrew Ayew – Ghana
Clint Dempsey-Amerika Syarikat
Alexis Sanchez –Chile
SATU GOL
Oscar-Brazil
David Luiz-Brazil
Oribe Peralta-Mexico
Stefan de Vrij-Belanda
Xabi Alonso-Sepanyol
Jorge Valdivia- Chile
Vedad Ibisevic-Bosnia
Haris Seferovic-Switszerland
Admir Mehmedi- Switzerland
Enner Valencia- Ecuador
Mats Hummels-Jerman
Pablo Armero- Colombia
Teofilo Gutierrez - Colombia
Juan Quintero- Colombia
Wilfred Bonny –Ivory Coast
- Ivory Coast
Kesiuke Honda-Jepun
André Ayew-Ghana
Clint Dempsey -USA
John Brooks Jr-USA
Marouane Fellaini-Belgium
Dries Mertens-Belgium
Sofiane Feghouli-Algeria
Alexander Kerzhakov-Russia
Lee Keunho-Korea
Wayne Rooney-England
Olivier Giroud-Perancis
 Blaise Matuidi-Perancis
Mathieu Valbuena-Perancis
 Moussa Sissoko -Perancis
Blerim Dzemaili-Switzerland
Granit Xhaka-Switzerland
Bryan Ruiz-Costa Rica 
Carlo Costly- Honduras
Enner Valencia- Ecuador
Odenwingie-Nigeria
Mario Goetze-Jerman
Miroslav Klose-Jerman
Andre Ayew-Ghana
Asamoah Gyan-Ghana


GOL SENDIRI
Marcelo-Brazil
Sead Kolasinac-Bosnia
Noel Valladares-Hoduras




Uruguay gagal 'gigit' Colombia

Rio de Janeiro (Brazil): James Rodriguez meledakkan dua gol untuk untuk membawa Los Cafeteros ke suku akhir selepas mengetepikan cabaran Uruguay 2-0, pada saingan pusingan kalah-mati 16 pasukan, di Estadio do Maracana, awal pagi ini.

Kemenangan itu bermakna Colombia catat sejarah melangkah ke perlawanan suku akhir buat kali pertama dan akan bertemu Brazil, pada Sabtu, 5 Julai.
Rodriguez yang menduduki takhta penjaring terbanyak ketika ini dengan lima gol menutup kempen pusingan kalah-mati 16 pasukan dengan gol keduanya pada minit ke-50.

Dia memperoleh gol pembukaan selepas mendada hantaran rakan sepasukannya sebelum melakukan rembatan cantik pada minit ke-28.
Foto
Colombia dilihat menguasai 20 minit babak pertama perlawanan menerusi beberapa gerakan mengancam kubu Uruguay tetapi tiada satu pun yang dapat singgah ke gawang lawan.Bagi pertemuan penentuan ini, Diego Forlan disenaraikan dalam kesebelasan utama Uruguay menggantikan Luis Suarez.

Forlan yang mendapat anugerah pemain terbaik pada 2010 dikatakan sukar untuk berada dalam skuad utama ketika Suarez masih cedera.

Tapi, apabila Suarez digantung perlawanan kerana insiden menggigit pemain Itali, penyerang itu kembali dalam pasukan utama dan bergandingan dengan Edinson Cavani di bahagian serangan.

Colombia sekali lagi menaruhkan penuh kepercayaan kepada James Rodriguez di tengah manakala Teofilo Gutierrez dan Jackson Martinez di depan.


COLOMBIA: David Ospina, Cristian Zapata, Mario Yepes, Pablo Armero, Juan Zuniga; Carlos Sanchez Abel Aguilar, Juan Cuadrado, James Rodriguez; Teofilo Gutierrez, Jackson Martinez.

URUGUAY: Fernando Muslera; Diego Godin, Alvaro Pereira, Cristian Rodriguez, Martin Caceres, Jose Gimenez, Maxi Pereira, Egidio Arevalo, Alvaro Gonzalez; Edinson Cavani, Diego Forlan.

PENGADIL: Bjorn Kuipers (NED)-Artikel ini disiarkan MY METRO pada : 2014/06/29