Belo Horizonte (Brazil): Lionel
Messi sekali lagi muncul wira apabila menjaringkan gol pada masa tambahan untuk
membantu Argentina menewaskan Iran 1-0 sekaligus mara ke pusingan seterusnya
dalam saingan Piala Dunia Kumpulan F di Estadio Mineirao awal pagi ini.
Argentina mendominasi
perlawanan seawal sepak mula namun sukar menembusi benteng pertahanan Iran,
yang melakukan beberapa serangan balas berbahaya.Penjaga gol, Sergio Romero
sebelum itu menyelamatkan maruah Argentina apabila membuat tampanan hebat daripada
percubaan berbahaya Reza Ghoochannejhad dan Ashkan Dejagah.
Permainan seakan berakhir seri
menghampiri minit ke 91 apabila Messi menjaringkan gol menerusi rembatan kaki
kiri yang menerjah gawang melepasi penjaga gol Iran, Alireza Haghighi.
Messi sebelum ini menjaringkan
gol kemenangan Argentina ketika perlawanan menentang Bosnia-Herzegovina.Argentina
mendahului kumpulan F dengan enam mata, Iran dan Nigeria satu mata manakala
Bosnia-Herzegovina kosong.
ARGENTINA: Sergio Romero; Pablo
Zabaleta, Federico Fernandez, Ezequiel Garay, Marcos Rojo; Fernando Gago,
Javier Mascherano, Angel Di Maria (Lucas Biglia, 90'); Lionel Messi, Gonzalo
Higuain (Rodrigo Palacio, 76'), Sergio Aguero (Ezequiel Lavezzi, 76').
IRAN: Alireza Haghighi; Pejman Montazeri,
Jalal Hosseini, Amir Hossein Sadeghi, Mehrdad Pooladi; Andranik Timotian, Javad
Nekounam, Ehsan Haji Safi (Reza Haghighi, 88'); Ashkan Dejagah (Alireza
Jahanbakhsh, 85'), Masoud Shojaei (Khosro Heydari, 76'), Reza Ghoochannejhad.
PENGADIL: Milorad Mazic
(Serbia)
Artikel ini disiarkan pada :
2014/06/22
No comments:
Post a Comment