Ad

Thursday 26 June 2014

Bojan kunci kejayaan JDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
 
Tunku Ismail Sultan Ibrahim (dua dari kanan) bersorak bersama pemain JDT pada majlis penyampaian trofi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru malam tadi. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
KUALA LUMPUR - Bersilih ganti pendahulu sejak awal persaingan liga akhirnya Johor Darul Ta'zim (JDT) yang bermula sedikit perlahan pada awal musim mengesahkan kejuaraan Liga Super dengan penuh dramatik di Stadium Negeri, Kuching semalam.

Setelah melakukan pelaburan berpuluh juta ringgit sejak musim lalu dengan mendapatkan ramai pemain berstatus bintang selain bertukar-tukar jurulatih, menjulang kejuaraan Liga Super menjadi detik paling manis buat Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana pelaburannya memberikan pulangan berbaloi.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan punca utama yang menyumbang kepada kejayaan JDT menggondol kejuaraan liga adalah penukaran jurulatih, Cesar Ferrando Jiminez dengan memberi kepercayaan kepada Bojan Hodak yang dilantik selaku pengurus manakala Rajko Magic sebagai jurulatih pada 11 April lalu.

Daripada sekadar mencatatkan empat kemenangan, empat keputusan seri dan tiga kekalahan yang diraih di bawah Jiminez, sentuhan Bojak membawa Harimau Selatan benar-benar mengaum apabila cemerlang dalam 11 aksi seterusnya apabila menang dalam sembilan perlawanan seterusnya, satu keputusan seri dan hanya sekali tewas di iaitu di tangan ATM, 2-1 pada 17 Jun.

Aksi yang ditampilkan JDT jelas begitu berbeza di bawah Bojan yang diketahui umum mempunyai pengalaman luas dalam saingan liga tempatan terutama membawa Kelantan menjuarai gelaran treble pada 2012 dengan memenangi Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia manakala 2013 mempertahankan Piala FA bersama pasukan yang sama.

Kelebihan yang ada Bojan adalah dia sudah mengenali kekuatan dan kelemahan yang ada pada setiap jurulatih atau pasukan setelah bertahun-tahun bergelumang dalam kancah Liga Malaysia yang memudahkan dia merencanakan taktikal serta formula yang bersesuaian.
 
Pemain JDT bersorak gembira di atas bas yang membawa mereka mengelilingi bandar raya Johor Bahru dalam perarakan meraikan kejayaan menjuarai Liga Super, di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru malam tadi.
Selangor yang hampa di saat akhir apabila dipintas oleh JDT pada aksi ke-19 Liga Super, sudah tentu dirundung rasa kecewa tambahan ketiadaan ayam tambatan, Paulo Rangel digantung dua perlawanan ekoran mendapat kad merah semasa menentang Terengganu pada 10 Jun yang memberi kesan besar kepada prestasi Red Giants apabila gagal mengutip sebaran mata dalam aksi menentang ATM dan Kelantan.

Kegagalan Selangor pasti memberikan satu pengajaran besar kepada pengendalinya, Mehmet Durakovic, yang dia perlu mempunyai beberapa pilihan lain dan tidak boleh terlalu bergantung kepada hanya seorang pemain semata-mata.

Menduduki tempat ketiga, Pahang boleh berpuas hati pencapaian berkenaan walaupun pernah bergelar pendahulu sehingga 10 Mei sebelum dipintas oleh Selangor memandangkan Tok Gajah tidak mempunyai barisan simpanan setanding apabila pemain-pemain dari kesebelasan utama mengalami kecederaan atau digantung permainan.

Pasukan yang di tangga keempat, Terengganu boleh diibaratkan mengalami prestasi seperti yo-yo kerana tidak konsisten sepanjang musim ini apabila boleh menang dengan pasukan yang kuat tetapi boleh tewas mengejut tanpa disangka kepada skuad bawahan manakala pasukan berstatus kelab, Sime Darby boleh berbangga kerana pada aksi pertama di Liga Super, mereka berjaya menamatkan saingan di tempat kelima selain Sarawak, di tempat ketujuh.

Kelantan berdepan aksi yang sederhana pada musim ini apabila hanya mampu berada di tempat keenam dengan trasnformasi pasukan menjadi alasan apabila terlalu ramai pemain dari skuad musim lalu berhijrah dan bekas juara, Lions XII, tiada apa boleh dibanggakan oleh Fandi Ahmad apabila tangga kelapan yang mampu dicatatkan.

Malang buat pasukan T-Team kerana setelah sekian lama tidak berada dalam dua pasukan terbawah, hari terakhir The Titans 'tidak bernasib baik apabila dipintas oleh ATM dan Perak walaupun secara keseluruhan, mereka mempamerkan aksi boleh dibanggakan berdasarkan kualiti pemain yang dimiliki oleh anak-anak buah Azraai Khor.

Satu lagi pasukan yang tersingkir, PKNS dilihat mengalami detik kejatuhan selepas mengambil keputusan membiarkan Mohd. Nazmi Faiz Mansor ke Selangor dan prestasi The Red Ants terumbang-ambing semenjak detik itu sehinggalah Wan Jamak Wan Hassan menjadi mangsa keadaan apabila pihak pengurusan mengambil keputusan merehatkan bekas jurulatih kebangsaan berkenaan.

Rujukan-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140627/su_01/Bojan-kunci-kejayaan-JDT#ixzz35oTmNNdZ © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment