Belo Horizonte (Brazil): Brazil
menang 3-2 dalam penentuan penalti dan lolos ke suku akhir atas tiket tendangan
penalti pertahanan Chile, Gonzalo Jara, yang terkena tiang, pada saingan
pusingan kalah-mati 16 pasukan, di Estadio Mineirao, awal pagi ini.
Neymar menyumbang gol
kemenangan tetapi penjaga gol Brazil, Julio Cesar dianggap wira apabila
menyelamatkan dua sepakan penalti, sebelum tendangan Jara terkena tiang, pada
pertemuan yang terikat 1-1, selepas 120 minit berlalu.
Brazil memperoleh gol
pendahuluan menerusi bekas pemain Chelsea, David Luiz, yang menguis masuk bola
daripada biasan tandukan Tiago Silva hasil daripada sepakan sudut Neymar, pada
minit ke-18.Chile pula memperoleh jaringan penyamaan mereka menerusi penyerang
FC Barcelona, Alexis Sanchez yang menyambar hantaran yang kurang kemas Hulk
kepada Luiz, ada minit ke-32.
Selepas gol berkenaan, Chile
terus melakukan asakan bertali arus ke kubu Brazil sehingga memaksa gandingan
tuan rumah hanya bermain bertahan manakala ayam tambatannya, Neymar dilihat
tidak dapat bergerak.Bagaimanapun, kdua-dua pasukan gagal untuk mencari
sebarang jaringan pada babak kedua perlawanan sehingga memaksa pertemuan sulung
pusingan kalah-mati 16 pasukan dibawa ke 30 minit masa tambahan.
Kemenangan itu bermakna Brazil
lolos ke saingan suku akhir bagi setiap temasya piala dunia sejak 1994 dan kali
terakhir tersingkir di pusingan kedua adalah pada 1990 apabila tumpas di tangan
Argentina.
BRAZIL: Julio Cesar, Dani
Alves, Thiago Silva, David Luiz, Marcelo, Willian (Oscar), Fernandinho
(Ramires), Neymar, Luiz Gustavo, Hulk, Fred (Jo).
CHILE: Claudio Bravo, Francisco
Silva, Gary Medel (José Rojas, Gonzalo Jara, Mauricio Isla, Charles Aranguiz,
Arturo Vidal (Mauricio Pinilla), Marcelo Diaz, Eugenio Mena, Alexis Sanchez,
Eduardo Vargas (Felipe Gutierrez).
PENGADIL: Howard Webb (ENG)Artikel
ini disiarkan MY METRO pada : 2014/06/29
No comments:
Post a Comment