Rio De Janeiro (Brazil): Juara
bertahan Sepanyol terkulai di peringkat kumpulan selepas tewas 0-2 kepada Chile
dalam pertemuan Piala Dunia Kumpulan B di Stadium Maracana, awal pagi ini.
Chile yang tidak pernah
menewaskan Sepanyol dalam 10 pertemuan sebelum ini memulakan perlawanan dengan
lebih agresif dan mendahului hasil jaringan Eduardo Vargas pada minit ke 20.Derita Sepanyol berganda
apabila penjaga gol, Iker Casillas membuat kesilapan menampan lemah sepakan
percuma Alexis Sanchez tepat ke arah Charles Aranguiz yang merembat masuk ke
gawang pada minit ke 43.Masuk babak kedua, Sepanyol
cuba mencari peluang untuk merapatkan kedudukan namun Chile berjaya mengekang
asakan bertalu-talu jentera serangan La Furia Roja.
Keputusan ini bermakna Belanda
dan Chile menjadi dua pasukan terawal melangkah ke pusingan kalah mati.Sepanyol
pula menjadi juara bertahan ketiga gagal layak ke pusingan seterusnya selepas
Perancis pada 2002 dan Itali (2010).
SPAIN: Iker Casillas, Cesar
Azpilicueta, Jordi Alba, Sergio Ramos, Javi Martinez, Sergio Busquets, Xabi
Alonso, Andres Iniesta, David Silva, Pedro Rodriguez, Diego Costa.
CHILE: Claudio Bravo, Mauricio
Isla, Eugenio Mena, Gary Medel, Gonzalo Jara, Charles Aranguiz, Marcelo Diaz,
Arturo Vidal, Jorge Valdivia, Alexis Sanchez, Eduardo Vargas.
PENGADIL: Mark Geiger (USA)
Artikel ini disiarkan MY METRO pada
: 2014/06/19
No comments:
Post a Comment