Recife (Brazil): Costa Rica
yang beraksi dengan 10 pemain lolos ke suku akhir selepas menumpaskan Greece
5-3 dalam penentuan penalti, pada perlawanan pusingan kalah-mati 16 pasukan, di
di Arena Pernambuco, awal pagi ini.
Kedua-dua pasukan sebelum itu
terikat 1-1, selepas 120 minit perlawanan, masing-masing menerusi jaringan
Bryan Ruiz pada minit ke-52 dan gol di minit akhir perlawanan Greece oleh
Sokratis Papastathopoulos.
Kemenangan itu itu menyaksikan
Costa Rica yang layak pertama kali dalam sejarah ke suku akhir piala dunia
bertemu Belanda pada saingan suku akhir, 6 Julai ini.
Kejayaan Costa Rica berpunca
daripada penjaga golnya, Navas yang menampan percubaan penalti Theofanis Gekas,
sebelum Michael Umana menyempurnakan percubaannya untuk memberkan kemenangan
5-3.
Costa Rica yang menjaringkan 12
daripada 16 gol pada babak kedua sepanjang kempen piala dunia kali ini
memperoleh jaringan pembukaan pada minit ke-52.
Ruiz yang tidak dikawal menolak
masuk jaringan itu selepas menerima hantaran daripada Balanos yang sebelum itu
menerima tolakan daripada Campbell.
Pertemuan kedua-dua `underdog'
itu menyaksikan pemain Costa Rica, Oscar Duerta dllayangkan kad merah selepas
menerima kad kuning kedua apabila dia membentes
Cholevas pada minit ke-66.
Babak pertama perlawanan
berlalu dengan kedua-dua pasukan saling menyaingi menguasai bahagian tengah.
Bagaimanapun, tidak ada satu
pun usaha dapat memberikan hasil kepada kadua-sua pasukan.
Bagi perlawanan kali ini,
penyerang, Christian Bolanos dan pemain pertahanan, Michael Umana kembali dalam
kesebelasan utama Costa Rica.
Bolanos masuk sebagai pemain
gantian ketika Costa Rica seri 0-0 dengan England, minggu lalu.
Pemain Celtic, Georgios
Samaras, yang menjaringkan penalti dalam pertemuan yang menyaksikan Greece
menang 2-1 ke atas Ivory Coast, mengetahui barisan depan bergandingan dengan
Dimitros Salpingidis.
COSTA RICA: Keylor Navas,
Christian Gamboa, Oscar Duarte, Giancarlo Gonzalez, Michael Umana, Junior Díaz,
Bryan Ruiz, Celso Borges; Yeltsin Tejeda, Christian Bolanos; Joel Campbell.
GREECE: Orestis Karnezis;
Vasilis Torosidis, Konstantinos Manolas, Sokratis Papastathopoulos, Jose
Holebas, Dimitrios Salpingidis, Ioannis Maniatis, Andreas Samaris, Giorgos
Karagounis, Lazaros Christodoulopoulos, Georgios Samaras.
PENGADIL: Benjamin Williams
(AUS) sumber-Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/30
No comments:
Post a Comment