Pemain Belanda, Arjen Robben
(kiri) mengucapkan tahniah kepada penjaga gawang, Jasper Cillessen selepas
pasukan mereka berjaya mengalahkan Mexico di Stadium Castelao, Fortaleza pada
kejohanan Piala Dunia 2014 hari ini. - AFP PHOTO/EMMANUEL DUNAND
FORTALEZA, Brazil 30 Jun - Naib
juara 2010, Belanda melangkah ke suku akhir Piala Dunia dengan penuh dramatik
apabila memerlukan dua jaringan lewat permainan untuk menyingkirkan Mexico 2-1
pada pusingan kedua, sebentar tadi.
Pemain gantian, Klaas-Jan
Huntelaar menyempurnakan sepakan penalti, empat minit memasuki masa kecederaan
untuk memastikan kemaraan skuad Oranje.
Terdahulu, Giovanni Dos Santos
meletakkan Mexico di depan pada minit ke-48 dan membantu pasukannya menguasai
sebahagian besar permainan untuk menghampiri suku akhir pertama sejak 1986.
Namun begitu, ketika permainan
tinggal dua minit untuk ditamatkan, Wesley Sneijder menyamakan kedudukan 1-1,
sebelum Huntelaar memusnahkan sama sekali impian Mexico dengan menyempurnakan
penalti waktu kecederaan.
Belanda kini akan menentang
pemenang di antara Costa Rica dan Greece yang beraksi pada jam 4 pagi ini. –
AGENSI SUMBER
Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140630/sl_11/Belanda-ke-suku-akhir-dengan-penuh-dramatik#ixzz364PCdDxg
No comments:
Post a Comment