Ad

Saturday 29 March 2014

Penyu lepas teraju liga


 


Pemain Terengganu, Ismail Faruqi (kanan) diasak oleh pertahanan Kelantan, Mohd. Fitree Omar dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi. - Mingguan/Saifudin Mohd. Nor
KUALA TERENGGANU - Hajat Terengganu untuk terus mengungguli carta Liga Super tidak kesam­paian apabila hanya mampu seri 1-1 ketika melayan kunjungan tetangga, Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini semalam.

Biarpun turun dengan moral tinggi selepas membenam ATM di Stadium Sela­yang, Selasa lalu, ternyata, anak-anak buah Steve Darby itu `liat’ untuk ditumbangkan.

Bermula de­ngan agak perlahan, kedua-dua pasukan berhati-hati dalam mengatur gerakan.

Pelawat bagaimanapun terlebih dahulu di depan apabila pemain import kelahiran Mesir, Mohamed Shawky bijak menyempurnakan hantaran ayam tambatan The Red Warriors, Mohammad Ghaddar pada minit ke-15.

Gol tersebut tidak melemahkan semangat anak-anak buah Abdul Rahman Ibrahim, sebaliknya mereka kembali memperkemaskan jentera serangan dalam usaha mencari gol penyamaan.

Hasilnya, pemain tengah, Zairo Anuar Zailani kembali menceriakan lebih 12,000 penyokong tuan rumah apabila tendangan percuma dari luar kotak penalti yang diambil pada minit ke-35 terus menerjah ke gawang gol.

Terengganu terus ghairah memburu gol sehingga ke penghujung separuh masa pertama, namun beberapa percubaan mereka diselamatkan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan tampil lebih garang dengan melancarkan ge­rakan-gerakan berbahaya ke kubu lawan, namun tiada gol tambahan berjaya dihasilkan Terengganu mahu pun Kelantan.

RUJUKAN-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140330/su_02/Penyu-lepas-teraju-liga#ixzz2xOoHXdM0 © Utusan Melayu (M) Bhd

Hamilton rampas petak hadapan


 
Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

HAMILTON mengulangi pencapaian di Australia apabila bermula di petak hadapan pada perlumbaan kereta F1 GP Malaysia 2014 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.

PEMANDU Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton mengulangi pencapaian di Australia apabila bermula di petak hadapan pada perlumbaan kereta Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia 2014 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.

Hamilton dari Britain merampas petak hadapan itu selepas mencatat masa terpantas, satu minit 59.431 saat (s) pada aksi kelayakan walaupun terpaksa beraksi dalam keadaan litar lembap semalam.

Juara bertahan, Sebastian Vettel dari Red Bull Racing mula menunjukkan kebangkitan apabila mencatat masa kedua terpantas 1:59.486s.

Seorang lagi pemandu Mercedes, Nico Rosberg turut beraksi dengan baik dan mengulangi pencapaian pada sesi kelayakan di Australia apabila meraih petak ketiga selepas mencatat masa 2:00.050s

Mercedes berada di landasan tepat untuk menampilkan aksi menarik pada perlumbaan sebenar hari ini, namun ia turut bergantung kepada keadaan cuaca.

Aksi kelayakan semalam ditangguh sehingga 50 minit ekoran hujan lebat sehingga permukaan litar lembap dan licin dan menyaksikan beberapa insiden pelanggaran kecil.

Detik cemas bermula apabila pendatang baharu Caterham, Marcus Ericsson melanggar penghadang litar pada sesi latihan satu (Q1) selepas gagal mengawal jenteranya dengan baik.

Kemudian pelanggaran sisi antara pemandu baharu Toro Rosso, Daniil Kyvat dan Fernando Alonso (Ferrari) pada Q2.

Hamilton yang meraih 33 petak hadapan dalam kariernya kini berdiri setanding dengan dua bekas juara dunia, Jim Clark (Britain) dan Alain Prost (Perancis).

Pemandu Britain itu ternyata gembira dengan aksi yang dipamerkan itu untuk menguasai keadaan litar lembap selepas hujan lebat semalam.

“Saya sangat gembira terutamanya dengan apa yang telah dilakukan oleh pasukan minggu ini tetapi hari ini sangat menakjubkan selepas hujan lebat yang menjadikan litar sangat mencabar.

“Pada saat akhir memang sangat sukar bagi saya untuk melihat apa-apa, saya tidak dapat lihat litar dengan jelas tidak tahu di mana selekoh dan waktu yang sesuai untuk menekan brek,” ujar Hamilton.

Ditanya mengenai aksi sebenar hari ini, Hamilton berharap, dia mampu menampilkan aksi terbaik, sekali gus memperbaiki kedudukannya selepas menarik diri pada pusingan kedua di GP Australia setelah enjin jenteranya mengalami masalah teknikal.

“Saya akan buat yang terbaik untuk diri sendiri dan pasukan kerana keutamaan saya untuk meraih mata terbanyak. Saya percaya kami mempunyai peluang yang baik, jentera yang hebat seperti prestasi kami sekarang,” tambah Hamilton.

RUJUKAN KOSMO ONLINE 30.3.14

Pahang teraju Liga Super

 
 Oleh LUQMAN HAKIM AB RAHIM
luqmanhakim.rahim@kosmo.com.my

PENJAGA gol Perak, Razi Effendi Suhit (tiga dari kanan) berjaya menyelamatkan bola daripada dirampas pemain Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur malam tadi.

PAHANG melakar detik manis di hadapan penyokong-penyokong sendiri selepas menewaskan Perak 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Selepas mengumpul 19 mata selepas 10 perlawanan, skuad Tok Gajah yang mencatat kemenangan ketiga berturut-turut berjaya memintas kedudukan Terengganu di persada liga setelah skuad Penyu sekadar seri 1-1 ketika menentang Kelantan di Kuala Terengganu.

Gol-gol kemenangan Pahang diperolehi melalui penyerang import, Dickson Nwakaeme dan pemain sayap lincah, R.Gopinathan.

Sebaik wisel mula ditiup, Pahang terus mengasak kubu pasukan lawan untuk mencari gol awal melalui gerakan jentera tengah yang diterajui oleh Mohd. Hafiz Kamal dan Azidan Sarudin.

Pasukan tuan rumah hampir memecah kebuntuan gol pada minit keempat dan keenam permainan melalui sepakan percuma Hafiz dan cubaan Nwakaeme namun ketangkasan penjaga gol Perak, Razi Effendi Suhit berjaya menafikan cubaan kedua-dua pemain tersebut.

Selang tiga minit kemudian, Nwakaeme berjaya mendapat bola yang ditahan oleh pemain pertahanan Perak selepas cubaan Azidan dan terus merembat deras melangkaui jangkauan Razi untuk gol pembukaan dan kelima peribadinya.

Perlawanan menjadi lebih rancak apabila skud Tok Gajah terus ghairah mencari gol melalui beberapa cubaan Nwakaeme dan Matias Conti yang memanfaatkan permainan lemah yang ditampilkan oleh Perak.

Gol kedua Pahang menjelma menerusi Gopinathan yang berjaya menempatkan diri dalam senarai penjaring gol liga apabila merembat deras menewaskan Razi pada minit ke-35 selepas penjaga gol pasukan pelawat itu menepis bola yang disepak oleh Nwakaeme.

Pada aksi separuh masa kedua perlawanan, Perak cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan dengan melakukan serangan bertubi-tubi menerusi rangkaian pemain import mereka, Eliel Da Cruz Guardano dan Kyaw Zayar Win namun gagal menewaskan gawang gol pasukan tuan rumah yang dikawal kemas oleh Mohd. Khairul Azhan Khalid.

Hujan renyai-renyai yang mula turun pada minit ke-71 mempengaruhi corak permainan kedua-dua pasukan apabila masing-masing gagal mencari gol kerana bola hanya sekadar berlegar di kawasan tengah padang tanpa pergerakan yang berbahaya.

Zainal melakukan tiga pertukaran dengan membawa masuk Mohd. Azamuddin Mohd. Akil, Mohd. Faizol Hussain dan Zaeshan Rehman namun masih gagal untuk menambah jumlah jaringan.

RUJUKAN KOSMO ONLINE 30.3.14

Rooney lonjak United

 
ROONEY (tengah) menyumbat dua gol untuk membantu United menewaskan Aston Villa 4-1 di Old Trafford malam tadi.

MANCHESTER - Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Aston Villa 4-1 pada aksi Liga Perdana England di Old Trafford malam tadi.

Kemenangan itu pasti memberikan kelegaan kepada pengendali skuad The Red Devils, David Moyes yang dikritik hebat sejak akhir-akhir ini.

Moyes yang mengambil alih jawatan bekas pengurus, Alex Ferguson pada akhir musim lalu turut menghadapi tekanan daripada para peminat yang tidak berpuas hati dengan kedudukan United pada aksi liga domestik musim ini.

Pada aksi malam tadi, pemain tengah, Ashley Westwood meletakkan pasukan pelawat di depan seawal minit ke-13 tetapi penyerang sensasi England, Wayne Rooney menyumbat gol penyamaan 1-1 pada minit ke-20.

Rooney meletakkan United di depan selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit-minit terakhir babak pertama hasil kesilapan yang dilakukan Leandro Bacuna.

Bekas pemain Chelsea, Juan Mata meletakkan United di kedudukan selesa apabila meledakkan gol ketiga pada minit ke-57 sebelum Javier Hernandez menambah gol keempat pada masa kecederaan.

Meskipun kemenangan itu tidak mampu mengubah kedudukan United, ia sudah memadai buat anak-anak buah Moyes yang masih memasang impian untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat pasukan teratas musim ini.

Selepas mengharungi 32 perlawanan, skuad United sekadar mengumpul 54 mata untuk menghuni tangga ketujuh liga.

Kejayaan menewaskan Aston Villa turut menghalang United daripada merekodkan tiga kekalahan berturut-turut di Old Trafford selepas tewas 0-3 kepada musuh sejiran, Manchester City dan Liverpool.

RUJUKAN KOSMO ONLINE 30.3.14

Giliran Tok Gajah rampas takhta

 
PENYERANG Pahang, Dickson Nwakaeme (kanan) diraikan rakan-rakan sepasukan selepas menjaringkan gol dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi. - MINGGUAN/AHMAD ZAKKI JILAN
KUALA LUMPUR - Keputusan seri yang diraih Terengganu dan Selangor ke atas lawan masing-masing membuka laluan buat Tok Gajah merampas teraju Liga Super selepas menang 2-0 ke atas Perak di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam.

Juara Piala Malaysia itu kini me­ngumpul 19 mata, meninggalkan Terengganu di kedudukan kedua dengan 17 mata pasukan itu selepas seri 1-1 ke atas Kelantan, manakala Selangor yang seri 2-2 dengan PKNS di tangga ketiga, juga dengan 17 mata.

Pada perlawanan Kuantan, tuan rumah memanfaatkan sepenuhnya kelebihan dimiliki, malah membuka jaringan seawal minit ke-10 menerusi Dickson Nwakaeme, sebelum menambah derita Perak melalui gol kedua yang dijaringkan oleh R . Gopinathan minit ke-36.

Di Stadium Shah Alam, Selangor sukar untuk mengutip tiga mata di laman sendiri biarpun pada awal permainan berjaya mendahului menerusi gol sendiri pemain PKNS, Helmi Remeli pada minit ke-18. Tiga minit selepas itu skuad bimbingan Wan Jamak berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Mohd. Aminuddin Mohd. Noor.

Babak kedua menyaksikan PKNS terpaksa terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Muhammad Nazmi Faiz Mansor dilayangkan kad merah pada minit ke-69, namun pelawat masih berupaya untuk menambah gol pada minit ke-73 menerusi Mohd. Aminuddin. Seminit selepas itu tuan rumah berjaya mengelak daripada dimalukan dengan meraih gol penyamaan melalui Afiq Azmi.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal mengutip tiga mata penuh setelah diikat Sarawak 1-1.

Gol pembukaan dijaringkan oleh pasukan pelawat pada minit ke-16 hasil rembatan lencong S. Chanthuru dari luar kotak penalti, manakala tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-29 melalui jaringan penyerang Argentina, Luciano Figueroa.

Di Stadium Jalan Besar, Lions­XII sekadar seri 1-1 dengan T-Team ­biarpun mengawal perlawanan.

Sementara itu, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sime Darby selaku tuan rumah menewaskan ATM 3-2.

Gol Sime Darby hadir menerusi Mohd. Arif Ismail minit ke-29, William Mensah minit ke-59 dan Mahmoud Al Amna minit ke-64, manakala gol ATM dijaringkan Bruno Sebastian Martelotto dan Juan Manuel Arostegui.
RUJUKAN-

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140330/su_05/Giliran-Tok-Gajah-rampas-takhta#ixzz2xOehH3ym © Utusan Melayu (M) Bhd

Malaysia menaruh harapan ada yang masih hidup

 
Hishammuddin Tun Hussein (dua dari kiri) dan isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah menemui kaum keluarga penumpang pesawat MH370 di Hotel Everly, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/RASHID MAHFOF
PUTRAJAYA 29 Mac - Kerajaan masih menaruh harapan untuk menemui penumpang atau anak kapal pesawat MH370 yang kali terakhir dikesan di selatan Lautan Hindi selamat biarpun peratusannya sangat tipis.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, harapan masih ada berikutan operasi mencari dan menyelamat masih belum menemui sebarang objek serta maklumat sahih mengesahkan pesawat jenis Boeing 777-200 itu terhempas di lautan tersebut.

“Tidak kira terpencil mana sekalipun kawasan pencarian ini kita tetap berharap untuk menemui penumpang yang masih hidup. Saya berharap dan berdoa operasi mencari dan menyelamat ini dapat menemui mereka yang hidup biarpun harapan itu agak tipis.

“Saya juga memahami sensitiviti ahli keluarga terbabit dan sekiranya ada bukti yang menjurus ke arah penemuan bukti mengenai pesawat tersebut termasuk penumpang yang masih selamat ia tetap menjadi keutamaan kita dalam misi ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas bertemu dengan ahli keluarga penumpang pesawat MH370 dari Malaysia dan China di Hotel The Everly, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan memahami perasaan ahli keluarga penumpang tersebut dan akan memenuhi permintaan mereka meneruskan operasi mencari biar apa jua keadaan.

Mengulas mengenai operasi yang masuk hari ke-22 itu, katanya, operasi akan tetap diteruskan di kawasan selatan Lautan Hindi berdasarkan penemuan enam imej yang dikesan oleh satelit.

Katanya, beberapa kapal telah dikerahkan ke kawasan tersebut dan pihaknya yakin akan menerima visual objek tersebut hari ini.

“Saya yakin akan menerima visual objek berkenaan hari ini bagaimanapun kita masih perlu menunggu laporan sama ada pasukan mencari dan menyelamat telah menjumpai objek terbabit dan ke mana ia telah dibawa. Ini akan memberi kita petunjuk untuk meneruskan operasi ini.

“Saya juga telah memaklumkan kepada keluarga terbabit mengenai maklumat ini, namun, saya tidak boleh memberikan harapan palsu kepada mereka, selebihnya kita hanya mampu berdoa kepada tuhan," katanya.

Ditanya adakah beliau kecewa dengan perjalanan operasi itu, Hishammuddin berkata: “Saya tidak kecewa dengan operasi ini setakat ini, malah selepas pertemuan dengan ahli keluarga terbabit satu kekuatan baru muncul dalam diri. Mereka memahami usaha yang dilakukan Malaysia kerana bukan melibatkan kita saja malah seluruh dunia.

“Mereka memahami situasi pencarian di kawasan koridor selatan yang diketuai oleh Australia dan penglibatan pelbagai aset canggih seperti pesawat P8-Poseidon, P3-Orion serta pesawat dari China yang tidak pernah dilihat berada di Perth untuk menyertai misi ini. Saya berasakan ini satu usaha terpuji yang dikoordinasi oleh negara sekecil Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin juga mahu orang ramai memahami dan menghormati perasaan ahli keluarga penumpang tersebut dengan tidak menyebarkan berita tidak sahih sehingga boleh menyebabkan emosi mereka terganggu.
RUJUKAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140330/dn_06/Malaysia-menaruh-harapan-ada-yang-masih-hidup#ixzz2xObhcXew © Utusan Melayu (M) Bhd

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN LIGA SUPER KE-10 2014


OLEH – AHMAD YAAKOB

1
LIONS XII
Safuan Baharudin
1-1
T.TEAM
Nelson San Martin
2
PAHANG
m-36 R.Gopinathan
m-10Dickson Nwakame
2-0
PERAK
3
SELANGOR
m-17Gs Helmi Remeli
m-74 Afiq Azmi
2-2
PKNS FC
m-22,m-72Muhammad Aminuddin
4
JOHOR DT
S.Chanturu
1-1
SARAWAK
Luciano Figorua
5
TERENGGANUZalani
Zairo Anuar
1-1
KELANTAN
m-36 Shawky Yazid
6
SIME DARBY
m-30 Arif Ismail
William Mensah
Mahmud
3-2
ATM
m-10 bruno
m-34Arostegui




KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER KE-10 TERENGGANU-KELANTAN


OLEH – AHMAD YAAKOB
SIARAN LANGSUNG ASTRO 801
MASA                                    : 8.45 MALAM
TEMPAT                    : STADIUM SULTAN ISMAIL NASHARUDDIN SHAH

TERENGGANU   1-1  KELANTAN
m-25 Zairo                 m-16 Shawky Yazid
 PEMAIN TERENGGANU
25 Sharbinee Allawee
04 Manaf Mamat
05 Vincent Bikana
07 Zairo Anuar Zailani
08 Ismail Faruqi
11 Azlan Zainal
16 Zubir Azmi
18 Nordin Alias
20 Mario Karlovic
23 Faiz Subri
PEMAIN GANTIAN
19 Mamadao Barry

PEMAIN KELANTAN
19 Khairul Fahmi Che Mat
04 Obinna Nwaneri
05 Nik Sahrul Azim
06 Farisham Ismail
08 Wan Zaharulnizam
12 Amar Rohidan
16 Badri Radzi –k
17 Shawky Yazid
22 Mohammad Ghaddar
43 Brendan Gan
45 Fitree Omar
PEMAIN GANTIAN
10 Forkey Doe

07 Tengku Hasbullah

TERKINI PERLAWANAN LIGA SUPER KE-10 TERENGGANU-KELANTAN


OLEH – AHMAD YAAKOB
SIARAN LANGSUNG ASTRO 801
MASA                                    : 8.45 MALAM
TEMPAT                    : STADIUM SULTAN ISMAIL NASHARUDDIN SHAH

TERENGGANU   1-1  KELANTAN
m-25 Zairo                 m-16 Shawky Yazid
 PEMAIN TERENGGANU
25 Sharbinee Allawee
04 Manaf Mamat
05 Vincent Bikana
07 Zairo Anuar Zailani
08 Ismail Faruqi
11 Azlan Zainal
16 Zubir Azmi
18 Nordin Alias
20 Mario Karlovic
23 Faiz Subri
PEMAIN GANTIAN
19 Mamadao Barry
 22 Ashaari Sansudin
PEMAIN KELANTAN
19 Khairul Fahmi Che Mat
04 Obinna Nwaneri
05 Nik Sahrul Azim
06 Farisham Ismail
08 Wan Zaharulnizam
12 Amar Rohidan
16 Badri Radzi –k
17 Shawky Yazid
22 Mohammad Ghaddar
43 Brendan Gan
45 Fitree Omar
PEMAIN GANTIAN

10 Forkey Doe

PREVIEW PERLAWANAN LIGA SUPER KE-10 TERENGGANU-KELANTAN

oleh - AHMAD YAAKOB
SIARAN LANGSUNG ASTRO 801
MASA                                    : 8.45 MALAM
TEMPAT                    : STADIUM SULTAN ISMAIL NASHARUDDIN SHAH

TERENGGANU   1-1  KELANTAN
m-25 Zairo
 PEMAIN TERENGGANU
25 Sharbinee Allawee
04 Manaf Mamat
05 Vincent Bikana
07 Zairo Anuar Zailani
08 Ismail Faruqi
11 Azlan Zainal
16 Zubir Azmi
18 Nordin Alias
20 Mario Karlovic
23 Faiz Subri
PEMAIN GANTIAN

PEMAIN KELANTAN
19 Khairul Fahmi Che Mat
04 Obinna Nwaneri
05 Nik Sahrul Azim
06 Farisham Ismail
08 Wan Zaharulnizam
12 Amar Rohidan
16 Badri Radzi –k
17 Shawky Yazid
22 Mohammad Ghaddar
43 Brendan Gan
45 Fitree Omar

PEMAIN GANTIAN

KEPUTUSAN TERKINI PERLAWANAN LIGA SUPER KE-10 2014

OLEH – AHMAD YAAKOB

1
LIONS XII
Safuan Baharudin
1-1
T.TEAM
Nelson San Martin
2
PAHANG
R.Gopinathan
2-0
PERAK
3
SELANGOR
Gs Helmi Remeli
1-1
PKNS FC
Muhammad Aminuddin
4
JOHOR DT
S.Chanturu
1-1
SARAWAK
Luciano Figorua
5
TERENGGANU
1-1
KELANTAN
6
SIME DARBY
0-0
ATM
·         KEPTUSAN PENUH LIONS XII-T-TEAM



KEPUTUSAN MASA PERTAMA PERLAWANAN LIGA SUPER KE-10 2014


OLEH – AHMAD YAAKOB
1
LIONS XII
1-1
T.TEAM
2
PAHANG
0-0
PERAK
3
SELANGOR
0-0
PKNS FC
4
JOHOR DT
0-0
SARAWAK
5
TERENGGANU
1-1
KELANTAN
6
SIME DARBY
0-0
ATM
·         KEPTUSAN PENUH LIONS XII-T-TEAM