Ad

Monday, 24 March 2014

PERJANJIAN MALAYSIA – POLAND


Pada  hari  ini 24.3 dalam  tahun  1975,  satu  perjanjian  Pengangkutan  Udara  telah  ditandatangani  oleh  Timbalan Menteri Komunikasi, Datuk Wan  Abdul  Kadir  bin  Ismail sebagai wakil  Kerajaan  Malaysia  dengan Jan  Raczkowski, wakil Republik  Poland di  Kuala  Lumpur. Perjanjian  yang  mengandungi  17  artikel  itu  bertujuan  untuk  membolehkan  penerbangan  dua  hala  dilakukan  di antara  kedua-dua  negara. Antara  perkara  penting  yang  terkandung  dalam  perjanjian tersebut  adalah  hak  melalui  ruang  udara, mendarat, berlepas, menurunkan  penumpang, kiriman pos dan  kargo di  tempat-tempat  dan  laluan  tertentu; hak  menentukan syarikat  penerbangan  yang akan  beroperasi  di  kedua-dua  pihak;  hak membatal atau  menggantung  perkhidmatan; kelayakan operasi  memenuhi  taraf perkhidmatan  udara  berdasarkan  kepada  Konvensyen Penerbangan  Awam Antarabangsa, Chicago 1944; pengecualian  cukai  atau  duti; penetapan  undang-undang  dan  peraturan  kemasukan, menetap  dan berlepas.  Dengan  termaktubnya perjanjian  ini, Sistem  Penerbangan  Malaysia (MAS) telah  memperolehi  hak  pendaratan  di Warsaw, Poland. Manakala  Syarikat  Penerbangan  Nasional  Poland  pula  mendapat  hak  yang sama  di  Kuala  Lumpur. Sesungguhnya, perjanjian  ini  telah menyumbang  kepada  pembangunan  kerjasama  berterusan  bagi memantapkan sistem  pengangkutan  udara  di  kedua-dua  negara.

SUMBER: http://hids.arkib.gov.my

No comments:

Post a Comment