SEORANG juruterbang Tentera
Udara Diraja Australia memantau keadaan laut sebelum melepaskan dua Boya
Penanda Pengesan Data Sendiri di Lautan Hindi bagi mencari pesawat MH370
semalam.
SYDNEY – Dua objek terapung
yang dikesan melalui satelit di selatan Lautan Hindi, kira-kira 2,500 kilometer
ke barat daya Perth, dan dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan sebuah
pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) mungkin telah tenggelam.
Pemangku Perdana Menteri
Australia, Warren Truss berkata, imej tersebut dirakamkan melalui satelit pada
16 Mac lalu yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat MH370.
"Objek ini kemungkinan
sudah terapung di kawasan laut itu sejak pesawat ini dilaporkan hilang pada 8
Mac lalu.
"Ia mungkin telah
tenggelam ke dasar laut kerana sudah terapung terlalu lama," katanya.
Kerajaan Australia kelmarin
mengumumkan penemuan dua objek besar yang terapung di laut, dipercayai serpihan
pesawat MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke
Beijing, China.
Selain Australia, pesawat dari
New Zealand dan Amerika Syarikat (AS) telah menyertai misi pencarian itu
manakala China dan Jepun pula akan menyertai pada hujung minggu ini.
Ikuti berita selanjutnya di
KOSMO! hari ini.
Sumber online 22.3.14
No comments:
Post a Comment