Ad

Sunday 31 January 2021

Status KL United boleh dipertikaikan

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Status pasukan Kuala Lumpur United (KL United) di Liga Super musim ini boleh dipertikaikan jika kelab terbabit terus menerus menafikan tuntutan yang dikemukakan jurulatih dari Chile, Simon Elissetche.

Menurut peguam yang mewakili Elissetche, Zhafri Aminurashid, kenyataan KL United yang mendakwa tuntutan itu sepatutnya ditujukan kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dan bukan kelab terbabit adalah tidak tepat.

Jelasnya, KL United bukanlah satu pasukan yang baharu kerana mereka adalah 'sporting successor' kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) selepas penswastaan diselesaikan.

Namun sekiranya skuad Warga Kota tetap mempertahankan mereka tiada kaitan dengan KLFA, maka KL United sepatutnya beraksi di Liga M3 dan bukannya Liga Super musim ini.

"Sekarang ini, lesen Liga Super sudah dipindahkan kepada KL United jadi sebagai KL United, mereka sepatutnya membawa sekali segala liabiliti dan tanggungan yang ada.

"Kalau mereka tidak mahu bertanggungjawab, mereka kena bermula daripada Liga M3. Itu baru bermakna mereka pasukan yang baharu tetapi dalam hal ini, mereka adalah sambungan kepada KLFA jadi kalau dengan kontrak bersama KLFA sekalipun, KL United perlu ikut.

"Mereka juga perlu faham yang KL United adalah 'sporting successor' kepada KLFA. Untuk itu, apa sahaja yang KLFA bakal kena atau akan kena, mereka pun akan terpalit sama," katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Menerusi laporan akhbar ini semalam, Ketua Pegawai Eksekutif KL United, Stanley Bernard menafikan mereka terbabit dalam mendapatkan tandatangan bekas jurulatih Timor Leste itu.

Menurut Stanley, Elissetche sepatutnya merujuk kontrak berkenaan dengan KLFA kerana tawaran kontrak berkenaan datangnya dari badan induk itu dan beliau juga mengakui tidak akan menggunakan khidmat pengendali itu.

Dalam perkembangan sama, Zhafri turut melihat KLFA tidak sepatutnya menawarkan posisi yang lain kepada Simon selepas dia tidak dapat menjadi jurulatih buat KL United.

Elissetche sebelum ini bertindak mahu mengheret KL United ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ekoran penggugurannya daripada pasukan tanpa alasan munasabah dan dilakukan sebelah pihak.

Disamping itu, pengendali itu menuntut KL United membayar ganti rugi sebanyak RM3.5 juta kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah tentang ketiadaan lesen kejurulatihan yang sah di mana ia membawa gambaran negatif kepadanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 January 2021 @ 10:09 PM

Rashid, Soon Kit dapat gelaran Datuk



RASHID Sidek (dua dari kiri) dan Cheah Soon Kit (dua dari kanan) ketika membantu Malaysia menjuarai Piala Thomas 1992 di Kuala Lumpur.

Oleh Media Mulia

1 Februari 2021, 2:39 pm

KUALA LUMPUR: Sumbangan pemain badminton negara terus mendapat pengiktirafan apabila dua wira yang membawa Malaysia merangkul Piala Thomas 1992, Rashid Siden dan Cheah Soon Kit menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

Rashid, 53, yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta 1996 dan Soon Kit, 53, yang meraih perak beregu lelaki bersama Yap Kim Hock dalam temasya sama antara 81 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW).

Perkara itu diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam sidang media hari ini.

Tarikh Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2021 bagaimanapun belum diputuskan kerana mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19 dan akan dimaklumkan kepada penerima kelak.

Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2021 adalah bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan 2021.

Ia diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan dan mengurniakan kepada mereka yang berjasa kepada Wilayah Persekutuan dan negara secara amnya,” kata Annuar.

Turut meraih PMW ialah Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.SUKAN UM ONLINE

Liverpool menang lagi, Salah luar biasa

MyMetroArena



AFP

London: Jurgen Klopp melabelkan Mohamed Salah sebagai 'luar biasa' selepas bintang Mesir itu menamatkan kemarau jaringan di Liga Perdana apabila meledak dua gol ketika membantu Liverpool menewaskan West Ham 3-1, hari ini.

Salah melalui enam perlawanan liga tanpa dapat menjaringkan gol sehinggalah dia menamatkan kemarau itu di babak kedua, iaitu gol pertamanya sejak Disember tahun lalu.

Bintang berusia 28 tahun itu menambah satu lagi gol untuk memastikan Liverpool meraih kemenangan kali kedua berturut-turut di saingan liga.

Salah muncul pemain pertama menjaringkan sekurang-kurangnya 20 gol disemua pertandingan sepanjang empat musim bersama Liverpool sejak Ian Rush melakukannya sekitar 1980-an.

Georginio Wijnaldum menambah gol ketiga Liverpool sekali gus menyaksikan Liverpool melonjak di tangga ketiga liga.

"Apa yang Salah lakukan hasil hantaran Shaqiri adalah luar biasa. Sentuhan pertamanya menakjubkan," kata Klopp mengenai gol kedua Salah.

Selepas lima perlawanan tanpa kemenangan, juara bertahan itu kini menunjukkan tanda kebangkitan dengan menewaskan Tottenham 3-1 dan kemudian membenam West Ham dengan jaringan sama.

"Barisan pemain ini sangat bagus. Mereka tidak akan berasa gembira jika gagal meraih kejayaan. Mereka sentiasa mempunyai sikap itu," kata Klopp.

"Kami bercakap mengenainya sejak beberapa minggu lalu dan menemui jalan penyelesaian. Ia adalah perlawanan yang hebat dan sangat profesional bertemu lawan yang hebat."

Craig Dawson menjaringkan gol saguhati untuk West Ham minit ke-87.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Februari 2021 @ 7:56 AM

Baddrol mahu julang Kedah di pentas Asia

MyMetroArena



Izzali Ismail

am@hmetro.com.my

Alor Setar: Kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Baddrol Bakhtiar tekad membantu skuad Hijau Kuning melangkah lebih jauh dalam saingan Piala AFC 2021 yang dijadual diadakan secara karnival pada awal Jun depan.

Walaupun sedar saingan sengit bakal menanti mereka, pemain berusia 32 tahun itu tetap yakin skuad pimpinannya mampu berdepan semua pencabar mereka.

Aksi Zon Asean dijadual bermula pada 22 hingga 28 Jun dengan saingan diadakan mengikut format 'round robin'. Ia menyaksikan KDA FC bakal berentap bersama tiga lagi pasukan dalam Kumpulan H.

Pasukan berkenaan adalah wakil Singapura, Lion City Sailors FC, Saigon FC dari Vietnam dan satu lagi pasukan yang akan ditentukan menerusi aksi play-off sama ada dari Indonesia, Timor Leste atau Kemboja.

"Saya melihat KDA FC berada dalam kumpulan yang agak sengit sebab diundi bersama kelab Lion City dan Saigon. Kita tahu dua pasukan itu adalah kuat dan bertaraf naib juara liga kebangsaan masing-masing.

"Walaupun sekarang ini kita tahu dunia masih dihimpit dengan masalah pandemik Covid-19, saya dan rakan seperjuangan tetap fokus menjalani latihan.

"Saya sendiri bertekad akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu pasukan dalam saingan Piala AFC musim ini.

"Apa yang paling penting, kami kena anggap tahun ini sebagai satu cabaran sukar. Seperti dimaklumkan AFC, kejohanan tahun ini akan berlangsung secara karnival di venue berpusat, dengan tiga perlawanan dalam tempoh tujuh hari.

"Sudah tentu keadaan ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental," katanya dalam kenyataan menerusi laman media rasmi KDA FC.

Baddrol yang bergelar legenda Kedah dan merangkul Anugerah Pemain Terbaik Sedekad 2011 hingga 2020 berkata selain semangat tinggi, sokongan dan doa daripada seluruh penyokong Kedah juga diharapkan untuk mencapai kejayaan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2021 @ 10:03 PM

Luqman bawa 'pembakar semangat' ke Belgium



LUQMAN tiasa berhubung dengan ibunya, Hasmah Che Soh dan bapa tersayang, Shamsudin Mahmood setiap hari yang sentiasa menjadi pendengar setia disamping sumber motivasi. FOTO Ihsan KV Kortrijk

Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Mei atau Jun ini pastinya bulan paling dinantikan penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin apabila bercadang untuk membawa ibu dan bapanya ke Belgium.

Selepas meninggalkan tanah air hampir enam bulan pada Ogos lalu untuk mengejar cita-citanya beraksi di Eropah, Luqman mengakui menyimpan hasrat membawa kedua orang tuanya bagi melihat sendiri kehidupannya sebagai pemain bola sepak di KV Kortrijk (KVK).

Jelas Luqman, dia sentiasa berhubung dengan ibunya, Hasmah Che Soh dan bapa tersayang, Shamsudin Mahmood setiap hari yang sentiasa menjadi pendengar setia disamping sumber motivasi buatnya berjuang di sana.

Katanya, pada mulanya dia berhasrat untuk membawa keluarganya pada Disember lalu, namun disebabkan cuaca sejuk yang melanda Eropah dari November hingga April ini, dia terpaksa menangguhkan dulu perjalanan ibu bapanya.

"Kalau ikutkan saya nak bawa ibu bapa saya datang ke sini (Belgium) bulan 12 (Disember lalu) hari itu. Nak bagi mereka lihat kehidupan saya dekat Belgium ini macam mana.

"Tapi di sini terlalu sejuk jadi saya rasa tak sesuai untuk mereka datang. Mungkin lepas habis musim sejuk saya akan bawa mereka ke sini.

"Mungkin dalam bulan lima (Mei) mereka akan ke sini. Liga (Liga Belgium) pun mungkin sudah habis, jadi saya ada banyak masa untuk tunjuk mereka tempat ini," katanya kepada Arena Metro.

Sebelum ini, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menandatangani kontrak lima tahun bersama KVK untuk muncul sebagai pemain pertama Malaysia beraksi di Jupiler Pro League Belgium.

Malah, dia turut melakar sejarah apabila muncul anak tempatan pertama membuat penampilan dalam liga utama Eropah selepas diturunkan sebagai pemain gantian ketika KVK menentang RSC Anderlecht pada 24 Oktober lalu.

Pada aksi itu, Luqman yang dimasukkan pada minit ke-74 berjaya membawa impak apabila pasukannya berjaya meraih gol saguhati pada lewat permainan hasil gerakkannya yang menyaksikan KVK tewas 1-3.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 January 2021 @ 10:31 PM

Saturday 30 January 2021

Helang Merah sasar separuh akhir

 SUKAN



BADDROL percaya pasukannya mampu melakar kejutan mara ke separuh akhir Piala AFC biarpun diundi bersama pasukan-pasukan yang dianggap mencabar.

Helang Merah sasar separuh akhir

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH

31 Januari 2021, 10:10 am


KAPTEN Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar enggan mensia-sia kelebihan beraksi di pentas Piala AFC tahun ini dengan meletakkan sasaran awal layak ke pe­ringkat separuh akhir kejohanan berprestij kedua benua Asia itu.

Helang Merah diundi dalam Kumpulan H bersama Lions City Sailors FC dari Singapura, Saigon FC (Vietnam) dan salah satu daripada tiga pasukan playoff antara Persipura Jayapura (Indonesia), Visakha (Kemboja) atau Lalenok United (Timor Leste).

Baddrol, 32, mengakui, sai­ngan kali ini sangat mencabar kerana bukan sahaja diundi dalam kumpulan yang dianggap sengit tetapi­ bakal mengharungi Piala AFC 2021 dengan format karnival secara berpusat bermula 22 hingga 28 Jun depan.

Lions City dan Saigon bertaraf tiga pasukan terbaik di negara masing-masing. Namun, saya sendiri bertekad akan berusaha sebaik mungkin untuk layak ke perlawanan akhir zon ASEAN dan seterusnya ke separuh akhir Piala AFC 2021.

Kami perlu menganggap tahun ini adalah satu cabaran yang sukar kerana dimaklumkan akan beraksi di venue berpusat ­dengan tiga perlawanan dalam tempoh tujuh hari ini.

Kami perlu kuat dari segi fizikal dan mental. Saya berharap para penyokong terus memberikan sokongan padu untuk kami membawa satu persaingan positif buat pasukan Kedah,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Bagaimanapun, laluan skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak itu dilihat berliku kerana perlu menjuarai Kumpulan H, separuh akhir dan final zon ASEAN terlebih dahulu untuk muncul empat pasukan beraksi di separuh akhir playoff Inter-zon.

Helang Merah perlu berentap dengan pemenang dari rantau Asia Selatan, Asia Tengah dan Asia Timur dalam misi menjua­rai playoff Inter-zon untuk me­nempah pertemuan menghadapi juara benua Asia Barat di pentas final Piala AFC 2021.SUMBER-SUKAN KOSMO ONLINE

Impak besar menanti industri bola sepak

Oleh Zulfaizan Mansor - Januari 30, 2021 @ 12:25pm

zulfaizan@bh.com.my



Logo Liga M3.

KUALA LUMPUR: Lambakan pemain dan peningkatan pengangguran membabitkan individu dalam arena bola sepak boleh tercetus sekiranya Liga M3 sekali lagi dibatalkan musim ini.

Walaupun belum ada pengumuman rasmi mengenai perjalanan Liga M3, beberapa pihak terutama pasukan bertanding dan pemain dilihat tidak tidur lena kerana bimbang saingan berstatus amatur itu menerima nasib sama seperti musim lalu selepas ia dibatalkan sepenuhnya.

Pemain pertahanan Kuala Lumpur Rovers, Arman Fareez Mohd Ali mengakui kesan besar bakal dialami pemain Liga M3 termasuk hilang mata pencarian sekiranya pertandingan itu dibatalkan buat kali kedua.

Dia yang kini menceburi kerjaya sebagai perunding takaful menyifatkan lambakan pemain dalam kancah liga tempatan akan bertambah terutama selepas pasukan UKM FC dan FELDA United tidak akan bertanding.

"Bagi saya kalau Liga M3 dibatalkan, ia akan bagi kesan besar terutama kepada pemain yang tiada pasukan tahun ini. Kita sedia maklum UKM dan FELDA United sudah tutup jadi berlaku lambakan pemain terlampau ramai.

"Ia termasuk pemain dari Piala Presiden dan Piala Belia yang tidak mendapat tempat dalam skuad utama (Liga Malaysia). Ke mana haluan mereka selepas itu?

"Pasukan pula kurang, dengan Liga Super ada 12 pasukan, Liga Perdana 11 tapi empat daripada itu pasukan feeder dan satu pasukan Projek FAM-MSN. Bagi saya memang beri kesan kepada pemain yang tiada pasukan tahun ini.

"Kebanyakan pemain bola ini, pendapatan utama mereka hasil bermain bola sepak. Jika lakukan kerja lain boleh, tetapi ambil masa, selain itu banyak pasukan sudah melakukan persediaan untuk bertanding," katanya.

Semalam, akhbar ini melaporkan pengurus pasukan Armed Forces FC, Mohd Noorazam Abd Razak menganggap bukan pilihan yang tepat sekiranya Liga M3 sekali lagi dibatalkan oleh Liga Bolasepak Amatur (AFL).

Sementara itu, pemain Northern Lions FC, Anas Shaharom amat mengharapkan Liga M3 tidak menjadi 'mangsa' buat kali kedua bagi mengelak sumber pendapatan pemain terjejas.

"Memang sukar dan perit itu sudah dilalui sebelum ini, namun sehingga kini masih ada rakan pemain yang bergelut melakukan pelbagai pekerjaan untuk menampung perbelanjaan harian dan kos sara hidup," katanya.SUMBER-SUKAN BH ONLINE

Pemain Liga M anggap pembatalan Piala FA relevan

Oleh Zulfaizan Mansor - Januari 29, 2021 @ 8:34pm

zulfaizan@bh.com.my




Pemain Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha Abd Radza. - Foto NSTP/Aziah Azmee.

KUALA LUMPUR: Pemain Liga Malaysia (Liga M) menganggap keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membatalkan pertandingan Piala FA musim ini sebagai relevan susulan pandemik COVID-19 yang masih pada tahap membimbangkan.

Penyerang Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha Abd Radzak memahami jadual padat yang akan ditempuhi oleh semua pasukan sekiranya piala berkenaan masih tetap diteruskan ketika tempoh saingan Liga M musim ini semakin singkat.

Katanya, pemain memerlukan tempoh masa yang mencukupi untuk berehat selepas sesuatu perlawanan dan jadual padat akan mengundang kepada risiko kecederaan, sekali gus memberi kesan buruk kepada pasukan.

"Secara peribadi, saya rasa sebenarnya ramai yang tidak tahu mengenai bagaimana jadual liga itu dibuat. Tetapi kami sebagai pemain tahu faktor-faktor tertentu kenapa jadual dibuat sebegitu.

"Sebelum COVID-19 melanda, memang kita boleh harungi semua perlawanan baik Liga Super, Liga Perdana, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Cabaran di mana kita boleh ada ruang dan masa untuk memastikan semua itu berjalan seperti dirancang.

"Tetapi dalam situasi pandemik sekarang, kita tahu agak mustahil nak menempuh semua saingan dalam satu masa singkat sebab boleh merisikokan pemain kepada kecederaan apabila jadual terlalu padat," katanya.

Situasi semasa COVID-19 yang masih mencatat kes harian empat angka menyaksikan MFL terpaksa menunda sepak mula Liga M ke 5 Mac berbanding perancangan asal 26 Februari.

Sementara itu, pemain tengah Sri Pahang FC, Lee Tuck turut berharap agar permohonan yang akan dikemukakan MFL kepada pihak kerajaan untuk memastikan pasukan dapat melakukan latihan penuh sebelum sepak mula diluluskan memandangkan mereka ketika ini hanya melakukan latihan di rumah sahaja.

"Sekiranya keadaan terkawal dan selamat, saya harap kita semua dapat kembali untuk berlatih di padang sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sepak mula sepertimana yang akan dimohon oleh MFL.

"Penangguhan Liga M daripada 26 Februari ke 5 Mac juga bukanlah jurang masa yang lama sangat, dan saya rasa kita semua memang tengah bersemangat untuk mempersiapkan diri.

"Apa-apa pun, kita sudah menempuh situasi sama seperti tahun lalu yang memerlukan kita berlatih di rumah. Jadi apa pun keputusan, kita kena sentiasa bersedia dan tetap menjaga tahap kecergasan dengan baik," katanya.SUMBER-BH ONLINE

Cheng Hoe puas hati prestasi Nathaniel Shio

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bintang baharu Harimau Malaya, Nathaniel Shio Hong Wan lulus penilaian pertama yang dilakukan pengendali negara, Tan Cheng Hoe selepas berpuas hati dengan prestasi pemain kelab England, Wolverhampton Wanderers itu.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi, kebolehan tonggak kacukan Malaysia-China itu yang beraksi di bahagian tengah berjaya menarik perhatian Cheng Hoe untuk di bawa ke dalam skuad kebangsaan.

Katanya, FAM sudah menghubungi pemain berusia 20 tahun itu dan secara tidak rasmi Nathaniel menyatakan persetujuan untuk menyarung jersi negara.

"Emaknya orang Malaysia, jadi saya juga dimaklumkan jurulatih Tan Cheng Hoe sudah menilai pemain ini dan nampaknya boleh kata, jurulatih tertarik dengan pemain ini.

"Jadi lepas dari itu, baru kita mengadakan komunikasi dengan pemain ini dan akhirnya saya dimaklumkan, sehari dua ini pemain itu menyatakan kesanggupan mewakili Malaysia.

"Dan kita akan buat langkah-langkah susulan lain untuk mengesahkan statusnya sebagai pemain kacukan negara. Urusan untuk itu mudah sikit kerana dia ada darah kacukan Malaysia, berbeza dengan proses naturalisasi," katanya kepada Arena Metro.

Jika semuanya berjalan lancar, Nathaniel bakal mengikut jejak beberapa pemain kacukan lain yang sudah mewakili Malaysia seperti Brendan Gan, Natxo Insa, Matthew Davies, Corbin Ong dan ramai lagi.

Yusoff yang juga Pengurus pasukan kebangsaan menambah, pihaknya sedang berusaha untuk membawa pulang Nathaniel bagi mendapatkan kerakyatan negara ini.

"Memang kita dah berhubung dengan pemain ini dan dia pun pada asasya sudah menyatakan persetujuan untuk mewakili Malaysia sekiranya dipilih Cheng Hoe.

"Jadi peringkat ini kita nak buat ia secara rasmi sekarang dan harap-harap ia berjaya untuk menjadikannya seorang lagi pemain kacukan bagi pasukan negara," katanya.

Sebelum ini, kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan sudah berjaya mendapatkan persetujuan mengikat pemain kacukan yang lahir di London itu.

Bagaimanapun, Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards berkata, segala perancangan terbabit hanya akan berlaku jika permohonan kerakyatan Malaysia berjaya dan aksiNathaniel hanya boleh disaksikan selepas Jun ini apabila kontraknya dengan Wolverhampton Wanderers berakhir.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 January 2021 @ 12:25 AM

Aaron-Wooi Yik perlu baiki pertahanan

 SUKAN

AARON (dua dari kiri) dan Wooi Yik (kiri) terpaksa berpuas hati muncul sebagai naib juara selepas tewas kepada Yang-Chi Lin pada kejohanan Toyota Terbuka Thailand di Bangkok kelmarin.

Aaron-Wooi Yik perlu baiki pertahanan

Oleh SOPI SAMAILE

26 Januari 2021, 11:00 am

KELEMAHAN dari segi pertahanan dilihat menjadi faktor utama kekalahan beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada perlawanan akhir kejohanan badminton Toyota Terbuka Thailand di Bangkok kelmarin.

Pada aksi yang berlangsung di Impact Arena itu, Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan gandingan No. 7 dunia dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin apabila tewas 21-13, 21-18.

Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Flandy Limpele me­ngakui pemain lawan mengambil kesempatan atas kesilapan-kesilapan mudah yang dilakukan anak-anak buahnya sepanjang perlawanan itu.

Pada masa sama, beliau juga dapat melihat Aaron-Wooi Yik menampilkan aksi kurang agresif jika dibandingkan dengan beberapa perlawanan terdahulu.

Hari ini (kelmarin), aksi kita kurang agresif jika dibandingkan dengan perlawanan-perlawanan sebelum ini. Masih banyak yang perlu diperbaiki dalam latihan.

Beberapa aspek perlu diperbaiki, terutamanya dari segi pertahanan selain kurangkan kesilapan-kesilapan mudah di dalam gelanggang,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Meskipun tidak menjulang kejuaraan, namun jurulatih dari Indonesia itu tetap berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan beregu di ranking kesembilan dunia itu.

Saya tetap gembira dengan prestasi Aaron-Wooi Yik kerana dapat masuk ke final kerana ada peningkatan,” ujarnya.

Naib juara All England itu bagaimanapun masih berpeluang menebus kekecewaan apabila bakal beraksi pada saingan Jelajah Dunia Akhir di venue sama bermula esok.SUMBER KOSMO ONLINE

Friday 29 January 2021

Dilema skuad Harimau Malaya

MyMetroArena



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tanggal 4 Februari ini bakal menjadi hari penting buat skuad Harimau Malaya sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan atau sebaliknya.

Ini kerana jika ia diteruskan, kemungkinan latihan pusat skuad kebangsaan yang dirangka berlangsung pada minggu pertama Februari ini terpaksa ditangguhkan pada tempoh jendela aksi antarabangsa pertengahan Mac depan.

Pengurus pasukan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, beliau tidak dapat memberi pengesahan yang tepat mengenai butiran lengkap kem latihan itu kerana ia bergantung kepada situasi semasa perkembangan Covid-19.

Katanya, banyak faktor mempengaruhi persiapan pasukan termasuk isu perubahan aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, di mana ketika ini empat buat negara sudah memohon penundaan kempen daripada bulan Mac kepada bulan Jun.

"Tengah berkira-kira PKP ini sambung atau tak sambung. Kalau tak sambung, takut kelab pula nak pakai pemain (untuk persiapan Liga Malaysia pada 5 Mac).

Kalau sambung pula, kita ambil pemain ini yang sudah tentu dalam keadaan kecergasan yang rendah.

"Kalau boleh kita nak mereka datang dalam keadaan kecergasan yang baik supaya latihan nanti boleh ditumpukan kepada aspek lain.

"Fakfor AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) sama ada akan luluskan akan jadi faktor juga. Kalau AFC kata tak luluskan main bulan Jun, jadi kita kena juga main Mac.

"Mahu tak mahu kita kena juga buat latihan pusat bulan Februari. Sebab itu saya tak boleh nak jawab secara tepat," katanya.

Sebelum ini, skuad Harimau Malaya terpaksa melupakan hasrat berlatih pada 16 Januari lalu selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP sehingga 4 Februari ini.

Bagaimanapun, pada minggu lalu, Kementerian Belia dan Sukan sedia membantu skuad kebangsaan mendapatkan kebenaran mengadakan latihan Februari ini dengan SOP yang ketat dan ia disambut baik oleh FAM.

Untuk rekod, pasukan negara kini berpeluang untuk layak secara merit ke Piala Asia serta mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia di mana skuad kendalian Tan Cheng Hoe ketika ini menduduki tangga kedua Kumpulan G.

Malaysia dijadual menyambung kempen kelayakan dengan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai Mac ini selain Vietnam dan Thailand menanti selepas itu, dengan perlawanan masing-masing berlangsung di Bukit Jalil dan Bangkok.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2021 @ 6:22 PM

Thursday 28 January 2021

Aaron-Wooi Yik perlu baiki pertahanan

 SUKAN



AARON (dua dari kiri) dan Wooi Yik (kiri) terpaksa berpuas hati muncul sebagai naib juara selepas tewas kepada Yang-Chi Lin pada kejohanan Toyota Terbuka Thailand di Bangkok kelmarin.

Aaron-Wooi Yik perlu baiki pertahanan

Oleh SOPI SAMAILE

26 Januari 2021, 11:00 am

KELEMAHAN dari segi pertahanan dilihat menjadi faktor utama kekalahan beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada perlawanan akhir kejohanan badminton Toyota Terbuka Thailand di Bangkok kelmarin.

Pada aksi yang berlangsung di Impact Arena itu, Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan gandingan No. 7 dunia dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin apabila tewas 21-13, 21-18.

Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Flandy Limpele me­ngakui pemain lawan mengambil kesempatan atas kesilapan-kesilapan mudah yang dilakukan anak-anak buahnya sepanjang perlawanan itu.

Pada masa sama, beliau juga dapat melihat Aaron-Wooi Yik menampilkan aksi kurang agresif jika dibandingkan dengan beberapa perlawanan terdahulu.

Hari ini (kelmarin), aksi kita kurang agresif jika dibandingkan dengan perlawanan-perlawanan sebelum ini. Masih banyak yang perlu diperbaiki dalam latihan.

Beberapa aspek perlu diperbaiki, terutamanya dari segi pertahanan selain kurangkan kesilapan-kesilapan mudah di dalam gelanggang,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Meskipun tidak menjulang kejuaraan, namun jurulatih dari Indonesia itu tetap berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan beregu di ranking kesembilan dunia itu.

Saya tetap gembira dengan prestasi Aaron-Wooi Yik kerana dapat masuk ke final kerana ada peningkatan,” ujarnya.

Naib juara All England itu bagaimanapun masih berpeluang menebus kekecewaan apabila bakal beraksi pada saingan Jelajah Dunia Akhir di venue sama bermula esok.SUMBER KOSMO ONLINE

Wednesday 27 January 2021

A.R Badul Juara Bakat 75



Oleh Pusat Maklumat dan Arkib

27 Januari 2021, 12:22 pm

AKHBARUtusan Malaysia pada 27 Januari 1975 memuatkan berita “Juara bakat 75” ditentukan malam ini.

Pertandingan peringkat akhir yang menawarkan hadiah tiap-tiap satu RM2,000 akan berlangsung di Dewan Bandaraya Ipoh dan disiarkan secara langsung oleh Radio Televiseyen Malaysia.

Sembilan peserta tiga antaranya bertanding dalam bahagian solo, tiga dalam lawak Jenaka atau mimik dan tiga lagi dalam bahagian silap mata atau cakat.

Dalam keputusan yang dicatatkan dalam akhbar hari berikutnya, A.R Badul dan rakannya R. Jaafar menjuarai bahagian Lawak Jenaka atau mimik menewaskan Mohamad Haji Salleh dan rakan dari Sabah serta Abdul Rahman Ozir dan rakan (Sarawak).

Ketika ditanya, A.R Badul berharap dengan kemenangannya itu ia akan dapat mengembangkan bakat yang diwarisi dari bapanya Allahyarham A.R. Tompel. A.R Badul memulakan karya lawak jenakanya sejak tahun 1967 di atas pentas, tetapi bakat itu tidak dapat diketengahkan kerana kurang kemudahan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi 03-74556428 atau email: infocenter@mediamulia.com.my.SUMBER-UM ONLINE


Gesa benarkan Liga-M berlangsung

MyMetroArena

BERNAMA

Kuala Lumpur: Di sebalik ketidaktentuan dan ancaman pandemik Covid-19, Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) B Sathianathan berharap saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 tidak berdepan nasib sama seperti musim lalu.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu mengakui bukan sahaja barisan pemain dan pegawai pasukan akan terkesan, malah perjalanan liga yang terganggu turut menjejaskan semua pihak terbabit sekali gus berkemungkinan besar 'membunuh' keseluruhan industri bola sepak tempatan.

"Saya fikir sekiranya kita menunggu sehingga Covid-19 reda, ramai pemain industri bola sepak akan gulung tikar. Jadi kita mesti berfikir di luar kotak, bola sepak bukan sukan dimainkan suka-suka, bola sepak adalah sebuah industri," katanya kepada Bernama hari ini.

Sathianathan, 62, berpendapat dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ketat dan lebih komprehensif saingan Liga-M tidak mustahil berjalan dalam keadaan terkawal selain mampu membendung penularan wabak itu dalam kalangan pemain serta pegawai pasukan.

Menurut beliau, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) atau kerajaan boleh mengguna pakai pendekatan kebanyakan negara di Eropah yang membenarkan saingan liga berjalan dengan pematuhan SOP ketat.

"Kita tidak boleh batalkan saingan liga, kita mesti menganggap bola sepak sebagai industri dan kemukakan SOP terbaik bagi memastikan perjalanan liga boleh diteruskan. Kita juga boleh melihat dan mengaplikasikan cara liga-liga di Eropah menguruskan perjalanan liga dalam tempoh mencabar ini.

"Dengan SOP itu, kita tunjukkan kepada kerajaan bahawa kita mampu mengambil tanggungjawab ini dengan cekap seterusnya setiap pasukan perlu memainkan peranan masing-masing dalam memastikan segala SOP dipatuhi," katanya.

Beliau berkata saingan Liga-M sudah pasti menjadi elemen hiburan buat peminat bola sepak tempatan seterusnya mampu melepaskan lelah seharian dan mengatasi tekanan hidup yang mungkin dihadapi kesan daripada Covid-19.

Namun, beliau beranggapan sekiranya tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, sepak mula saingan Liga-M 2021 yang dijadual pada 28 Februari perlu diteliti semula memandangkan pasukan bakal menghadapi kesuntukan masa mempersiapkan pasukan.

"Jika minggu ini kerajaan membenarkan sesi latihan berpasukan diadakan, mungkin pada 28 Feb kita tidak menghadapi masalah untuk memulakan liga tetapi jika PKP dilanjutkan dan pasukan masih tidak dibenarkan berlatih, ia mustahil untuk bermula pada tarikh itu," katanya.

SUKAN-BOLA SEPAK (SATHIANATHAN) 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Beliau berkata persiapan paling ideal memerlukan sekurang-kurangnya tujuh minggu bagi mengurangkan risiko kecederaan meskipun kini pemain giat menjalani latihan secara dalam talian.

Impak COVID-19 menyaksikan saingan Liga Super dan Liga Premier 2020 bermula pada Mac terpaksa ditangguh hingga penghujung Ogos manakala beberapa pertandingan utama Liga-M antaranya Piala FA dan Piala Malaysia dibatalkan.

Namun, MFL pada Jumaat lepas mengesahkan saingan Liga-M 2021 tidak akan dibatalkan dengan badan pentadbir Liga-M itu kini sedang membincangkan serta mengkaji mekanisme pelaksanaan saingan itu dalam PKP.

MFL turut dijangka mengeluarkan kenyataan media berhubung kalendar liga tempatan musim 2021 pada minggu ini.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2021 @ 9:20 PM

Tuesday 26 January 2021

Gesa benarkan Liga-M berlangsung

MyMetroArena



BERNAMA

Kuala Lumpur: Di sebalik ketidaktentuan dan ancaman pandemik Covid-19, Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) B Sathianathan berharap saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 tidak berdepan nasib sama seperti musim lalu.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu mengakui bukan sahaja barisan pemain dan pegawai pasukan akan terkesan, malah perjalanan liga yang terganggu turut menjejaskan semua pihak terbabit sekali gus berkemungkinan besar 'membunuh' keseluruhan industri bola sepak tempatan.

"Saya fikir sekiranya kita menunggu sehingga Covid-19 reda, ramai pemain industri bola sepak akan gulung tikar. Jadi kita mesti berfikir di luar kotak, bola sepak bukan sukan dimainkan suka-suka, bola sepak adalah sebuah industri," katanya kepada Bernama hari ini.

Sathianathan, 62, berpendapat dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ketat dan lebih komprehensif saingan Liga-M tidak mustahil berjalan dalam keadaan terkawal selain mampu membendung penularan wabak itu dalam kalangan pemain serta pegawai pasukan.

Menurut beliau, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) atau kerajaan boleh mengguna pakai pendekatan kebanyakan negara di Eropah yang membenarkan saingan liga berjalan dengan pematuhan SOP ketat.

"Kita tidak boleh batalkan saingan liga, kita mesti menganggap bola sepak sebagai industri dan kemukakan SOP terbaik bagi memastikan perjalanan liga boleh diteruskan. Kita juga boleh melihat dan mengaplikasikan cara liga-liga di Eropah menguruskan perjalanan liga dalam tempoh mencabar ini.

"Dengan SOP itu, kita tunjukkan kepada kerajaan bahawa kita mampu mengambil tanggungjawab ini dengan cekap seterusnya setiap pasukan perlu memainkan peranan masing-masing dalam memastikan segala SOP dipatuhi," katanya.

Beliau berkata saingan Liga-M sudah pasti menjadi elemen hiburan buat peminat bola sepak tempatan seterusnya mampu melepaskan lelah seharian dan mengatasi tekanan hidup yang mungkin dihadapi kesan daripada Covid-19.

Namun, beliau beranggapan sekiranya tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan, sepak mula saingan Liga-M 2021 yang dijadual pada 28 Februari perlu diteliti semula memandangkan pasukan bakal menghadapi kesuntukan masa mempersiapkan pasukan.

"Jika minggu ini kerajaan membenarkan sesi latihan berpasukan diadakan, mungkin pada 28 Feb kita tidak menghadapi masalah untuk memulakan liga tetapi jika PKP dilanjutkan dan pasukan masih tidak dibenarkan berlatih, ia mustahil untuk bermula pada tarikh itu," katanya.

SUKAN-BOLA SEPAK (SATHIANATHAN) 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Beliau berkata persiapan paling ideal memerlukan sekurang-kurangnya tujuh minggu bagi mengurangkan risiko kecederaan meskipun kini pemain giat menjalani latihan secara dalam talian.

Impak COVID-19 menyaksikan saingan Liga Super dan Liga Premier 2020 bermula pada Mac terpaksa ditangguh hingga penghujung Ogos manakala beberapa pertandingan utama Liga-M antaranya Piala FA dan Piala Malaysia dibatalkan.

Namun, MFL pada Jumaat lepas mengesahkan saingan Liga-M 2021 tidak akan dibatalkan dengan badan pentadbir Liga-M itu kini sedang membincangkan serta mengkaji mekanisme pelaksanaan saingan itu dalam PKP.

MFL turut dijangka mengeluarkan kenyataan media berhubung kalendar liga tempatan musim 2021 pada minggu ini.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2021 @ 9:20 PM

Zii Jia, lima beregu layak Final Jelajah Dunia

MyMetroTopic



BERNAMA

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia dan lima beregu Malaysia berjaya melangkah ke Final Jelajah Dunia HSBC BWF yang akan diadakan di Impact Arena dari 27 hingga 31 Jan di Bangkok, Thailand.

Lima beregu negara itu adalah dua beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, dua gandingan wanita Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan Vivian Hoo-Yap Cheng Wen serta beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai.

Kesemua mereka layak ke kejohanan akhir musim itu selepas tersenarai dalam lapan pemain dan beregu terbaik bagi setiap kategori dalam HSBC BWF Road to Bangkok Rankings.

Menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menerusi laman webnya www.bwfworldtourfinals.bwfbadminton.com, maksimum dua pemain atau beregu bagi setiap Ahli Persatuan layak untuk menyertai Final Jelajah Dunia HSBC BWF.

Pemain diwajibkan menyertai kedua-dua kejohanan Terbuka Thailand Yonex dan Toyota untuk layak ke Final Jelajah Dunia HSBC BWF.

Bagaimanapun, Malaysia gagal melayakkan diri dalam acara perseorangan wanita pada kejohanan yang menawarkan hadiah US$1.5 juta (RM6.07 juta) itu selepas tiada pemain dalam acara berkenaan tersenarai sebagai lapan pemain terbaik.

Undian untuk Final Jelajah Dunia HSBC BWF dijadualkan pada 10 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia) esok.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2021 @ 12:49 PM

Monday 25 January 2021

Safawi 10 pemain muda terbaik Asia



Oleh ROZAIDI ZULKIFLI

25 Januari 2021, 5:21 pm

KUALA LUMPUR: Hasrat penyokong Malaysia untuk menyaksikan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid merangkul Anugerah Pemain Muda Terbaik Asia 2020 tidak kesampaian selepas dia hanya berada di kedudukan kesembilan.

Anugerah yang dikenali sebagai ‘Asia’s Choice – Fan Awards: Best Young Player in 2020’ itu dimenangi pemain muda Iran, Mehdi Ghayedi selepas mendapat kutipan 24.4 mata.

Ghayedi mengetepikan rakan senegaranya, Mehdi Abdi Qara yang berada di kedudukan kedua dengan mengumpul 21.37 mata.

Sementara itu, pemain Korea Selatan yang dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai Kejuaraan AFC U23, Won Du-jae di tempat ketiga selepas memperoleh 16.2 mata.

Safawi yang juga tonggak Harimau Malaya mengumpul 3.07 mata untuk berada dalam kelompok 10 terbaik daripada 20 calon asal yang disenaraikan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi merebut anugerah itu.

Anugerah itu dianjurkan AFC sebagai memberi pengiktirafan kepada pemain muda Asia berusia 23 tahun atau lebih muda pada 31 Disember 2020 berdasarkan persembahan bersama kelab dan pasukan kebangsaan.

Mata yang diperoleh dipengaruhi oleh 60 peratus undian daripada peminat manakala baki 40 peratus diberikan panel pakar.SUMBER-UM ONLINE

Luqman dan rakan kecewa lagi



Oleh ROZAIDI



ZULKIFLI

25 Januari 2021, 11:37 pm

KUALA LUMPUR: Harapan Luqman Hakim Shamsudin dan rakan sepasukannya untuk beraksi pada pusingan akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 19 tahun (B-19) di Uzbekistan Mac depan tidak kesampaian.

Perkara itu susulan pembatalkan kejohanan berkenaan yang telah diputuskan Jawatankuasa Pertandingan AFC selepas mesyuarat yang berlangsung hari ini.

Keputusan untuk Kejuaraan bawah 19 dan 16 tahun yang dijadualkan berlangsung tahun ini dibatalkan dengan faktor utama adalah kerana keadaan Covid-19 yang tidak menentu.

Bagaimanapun, tuan rumah Uzbekistan untuk bawah 19 tahun dan Bahrain bagi bawah 16 tahun akan kekal menjadi hos untuk edisi seterusnya,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Keputusan itu pasti memberi kekecewaan berganda buat pemain skuad B-19 tahun negara selepas terlebih dahulu menerima berita sedih ekoran pembatalan kejohanan Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) 2021 di Jakarta.UM ONLINE

Safawi di tempat kesembilan 'Asia's Choice – Fan Awards'

Oleh Zulfaizan Mansor - Januari 25, 2021 @ 4:47pm

zulfaizan@bh.com.my



Bintang JDT, Safawi Rasid.

KUALA LUMPUR: Impian bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid untuk merangkul Anugerah Pemain Muda Terbaik Asia 2020 tidak kesampaian selepas dia hanya berada di kedudukan kesembilan.

Anugerah yang dikenali sebagai 'Asia's Choice – Fan Awards: Best Young Player in 2020' itu dimenangi pemain muda Iran, Mehdi Ghayedi selepas mendapat 24.4 mata.

Ghayedi mengalahkan rakan senegaranya, Mehdi Abdi Qara yang berada di kedudukan kedua dengan 21.37 mata.

Sementara itu, pemain Korea Selatan yang dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai Kejuaraan AFC U23, Won Du-jae di tempat ketiga selepas memperoleh 16.2 mata.

Safawi yang juga tonggak penting Harimau Malaya mengumpul 3.07 mata untuk berada dalam kelompok 10 terbaik daripada 20 calon asal yang disenaraikan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi merebut anugerah itu.

Anugerah itu dianjurkan AFC sebagai memberi pengiktirafan kepada pemain muda Asia berusia 23 tahun atau lebih muda pada 31 Disember 2020 berdasarkan persembahan bersama kelab dan pasukan kebangsaan.

Mata yang diperoleh dipengaruhi oleh 60 peratus undian peminat manakala baki 40 peratus diberikan panel pakar.SUMBER-BH ONLINE

Belum rezeki Safawi

MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Nasib tidak menyebelahi tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid untuk merangkul Anugerah Pemain Muda Terbaik Asia 2020 selepas hanya sekadar berada di kedudukan kesembilan.

Anugerah yang dikenali sebagai 'Asia's Choice – Fan Awards: Best Young Player in 2020' itu dimenangi pemain muda Iran, Mehdi Ghayedi selepas mendapat 24.4 mata.

Ghayedi mengalahkan rakan senegaranya, Mehdi Abdi Qara yang berada di kedudukan kedua dengan 21.37 mata.

Sementara itu, pemain Korea Selatan yang dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai Kejuaraan AFC U23, Won Du-jae di tempat ketiga selepas memperoleh 16.2 mata.

Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mengumpul 3.07 mata untuk berada dalam kelompok 10 terbaik daripada 20 calon asal yang disenaraikan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi merebut anugerah itu.

Anugerah berkenaan dianjurkan AFC sebagai memberi pengiktirafan kepada pemain muda Asia berusia 23 tahun atau lebih muda pada 31 Disember 2020 berdasarkan persembahan bersama kelab dan pasukan kebangsaan.

Mata yang diperoleh dipengaruhi oleh 60 peratus undian peminat dan baki 40 peratus diberikan panel pakar.

Walaupun tidak berjaya memenangi anugerah berkenaan, peminat bola sepak negara seharusnya berbangga apabila penyerang tempatan itu tetap berada dalam kelompok 10 pemain muda terbaik asia untuk musim 2020.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2021 @ 5:57 PM

Gandingan mantap Dooley, Dollah

MyMetroArena



Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Gandingan dua legenda, Thomas Dooley dan Dollah Salleh diharap memacu Sri Pahang FC pada prestasi terbaik bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pengurusan Sri Pahang melantik Dooley selaku ketua jurulatih manakala Dollah pula sebagai pengurus pasukan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, gandingan dua legenda itu diyakini memberi sentuhan terbaik buat pasukan berkenaan.

Katanya, pengalaman yang dimiliki Dooley dan Dollah akan meletakkan Sri Pahang pada kedudukan terbaik terutama sepanjang menghadapi saingan Liga Super.

"Mereka memiliki pengalaman yang luas di pentas antarabangsa dan selaku bekas pemain, mereka adalah legenda dan mampu memberi impak buat Sri Pahang musim ini.

"Saya percaya gabungan dua lagenda ini juga akan menyaksikan barisan pemain termasuk import sentiasa berada pada prestasi terbaik," katanya.

Berdasarkan pengalaman, Dooley pernah bermain dengan beberapa kelab terkemuka di Jerman iaitu Bayer Leverkusen dan Schalke 04.

Jurulatih import berumur 60 tahun itu pernah dilantik sebagai pembantu jurulatih skuad kebangsaan Amerika Syarikat pada 2011 hingga 2012 dan Filipina (2014-2018).

Manakala, pengalaman luas Dollah, 58 selaku bekas jurulatih kebangsaan dan melatih beberapa pasukan akan meletakkan Sri Pahang pada kedudukan terbaik.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2021 @ 11:07 PM


Cabaran besar Cheng Hoe

MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tempoh kira-kira dua bulan menjalani latihan dengan prestasi barisan pemain skuad Harimau Malaya masih menjadi tanda tanya antara cabaran pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyiapkan barisan mantap menjelang kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Cheng Hoe berkata, barisan pemain Harimau Malaya kemungkinan akan dipanggil ke kem latihan awal Februari depan jika segala perancangan dan garis panduan dipersetujui pihak berkaitan.

Beliau berkata, barisan kejurulatihan tidak boleh melaksanakan latihan keras terhadap pemain kerana dibimbangi mereka akan mengalami kecederaan walaupun dilihat tempoh yang ada terlalu singkat.

"Kita tidak boleh melaksanakan latihan keras kepada pemain kerana dibimbangi mereka akan mengalami kecederaan sekali gus mungkin memberi kesan buruk kepada pasukan.

"Sememangnya satu cabaran besar buat jurulatih apabila perlu mempersiapkan barisan mantap dalam tempoh singkat lebih-lebih lagi latihan pula perlu dilaksanakan dalam keadaan terhad berikutan pandemik Covid-19.

"Cabaran ini perlu dilalui dan barisan kejurulatihan akan mencari jalan terbaik bagi memastikan barisan pemain Harimau Malaya lebih mantap menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, skuad Harimau Malaya diberikan kebenaran untuk menjalani kem latihan pusat secara kuarantin di MSN Jalil dalam masa terdekat.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, perkara itu dipersetujui hasil perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Venue latihan di MSN yang akan digunakan sebagai persiapan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 itu dijangka boleh menempatkan sehingga 30 hingga 40 orang termasuk barisan kejurulatihan, pegawai dan pemain.

Skuad negara kini menduduki tempat kedua Kumpulan G ketika saingan kelayakan itu berbaki tiga perlawanan iaitu berdepan Emiriah Arab Bersatu, Vietnam dan Thailand.

SMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2021 @ 8:59 PM

Sunday 24 January 2021

Khazanah kita di bumi asing

MyMetroUtama



Oleh Muhammad Saufi dan Nor ‘Asyikin Mat Hayin

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ribuan manuskrip alam Melayu dikatakan bernilai puluhan juta ringgit tersimpan di beberapa lokasi di seluruh dunia.

Antaranya ialah di British Library, London, United Kingdom; Muzium Topkapi, Istanbul, Turki; Muzium Leiden, Belanda selain Portugal.

Manuskrip alam Melayu ini terdiri daripada pelbagai kategori, antaranya hikayat cerita Melayu, undang berkanun ketika era kegemilangan Melaka sehingga kepada surat rasmi raja-raja.

Menerusi arkib digital di British Library, wartawan menemui lebih 100 naskhah manuskrip pelbagai bidang termasuk kanun bertulis, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah serta surat daripada kesultanan Melayu kepada pembesar luar.

Arkib digital berkenaan kini boleh diakses secara percuma dengan memasukkan kata kunci 'Jawi' dan semua bahan manuskrip berkenaan ditulis dalam bahasa Jawi dan ada juga dalam bahasa Arab.

Felo Penyelidik Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Syukri Yeoh Abdullah berkata, semua manuskrip berkenaan tersimpan di beberapa negara dan ia cukup terpelihara.

Menurutnya, tahap nilai sesebuah manuskrip itu diukur menerusi isi kandungannya, siapa pengarangnya dan usia manuskrip berkenaan.

Beliau berkata, setiap manuskrip itu akan memberi gambaran kepada kehidupan masyarakat, teknologi serta pengetahuan ketika ia ditulis.

"Kebanyakan manuskrip ini berusia antara 200 hingga 700 tahun termasuk manuskrip besar seperti Sejarah Melayu serta kitab-kitab awal berkaitan agama Islam.

"Kitab-kitab berkaitan hukum hakam agama ini kebanyakannya ditulis oleh ulama Nusantara sebelum manuskrip berkenaan dibawa ke negara luar untuk simpanan serta kajian.

"Saya kira, terdapat ribuan manuskrip alam Melayu masih berada di beberapa negara seperti United Kingdom dan Belanda ketika era kolonial dahulu," katanya kepada Metro Ahad.

Dr Mohd Syukri berkata, wujud juga simpanan manuskrip yang besar di Muzium Topkapi kerana alam Melayu mempunyai pertalian sejarah dengan kerajaan daulah Uthmaniyyah.

"Sebenarnya, terdapat ribuan lagi manuskrip Melayu yang masih tersimpan dan tidak keterlaluan jika saya menganggarkan puluhan ribu.

"Ada manuskrip yang masih belum dikatalogkan lagi oleh penyimpan seperti muzium di sesebuah negara. Pengkaji tempatan memerlukan kaedah khusus untuk melaksanakan kajian terhadap khazanah kita.

"Jika ada rundingan di peringkat kerajaan kepada kerajaan (G2G), pastinya kita dapat membawa pulang sebahagian besar manuskrip ini namun kita tidak begitu agresif ke arah objektif berkenaan," katanya.

Gesa wujud Pusat Manuskrip Melayu

Pusat Manuskrip Melayu perlu diwujudkan bagi memartabatkan sejarah warisan bangsa sekali gus menyangkal dakwaan bahawa bangsa Melayu lemah dan ketinggalan.

Itu cadangan Pengerusi Majlis Penasihat Peradaban Melayu, Prof Tan Sri Dr Abdul Latiff Abu Bakar berhubung ribuan manuskrip alam Melayu yang bertebaran di seluruh dunia.

Abdul Latiff berkata, sudah sampai masanya kerajaan mewujudkan satu institusi khusus yang mengumpul, menyimpan serta melaksanakan kajian berhubung manuskrip lama.

"Saya sendiri pernah melihat beberapa manuskrip alam Melayu yang tersimpan di beberapa negara luar dan ia satu perasaan yang amat menggembirakan apabila melihat ketinggian warisan Melayu suatu ketika dulu.

"Wujud beberapa kaedah untuk kita bawa pulang manuskrip ini, antaranya jika tidak boleh kita ambil manuskrip asal, mungkin kita boleh buat salinan atau menerusi simpanan digital.

"Semua manuskrip ini perlulah diletakkan di suatu institusi khusus dan untuk itu saya berpandangan bahawa kewujudan Pusat Manuskrip Melayu adalah sangat penting," katanya.

Beliau berkata, pusat berkenaan perlu juga mendapat kerjasama daripada Perpustakaan Negara (PNM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang memiliki kepakaran dalam pengkajian manuskrip.

Menurutnya, setiap manuskrip ini mempunyai nilai tersendiri termasuklah cerita rakyat yang turut tersimpan di negara luar kerana setiap ciri berkenaan memberi gambaran kehidupan masyarakat ketika itu.

"Saya juga amat yakin, banyak lagi manuskrip yang mungkin tidak dikatalogkan di beberapa muzium utama dunia seperti di Belanda, Itali dan United Kingdom.

"Kita bukan mahu menubuhkan pusat ini untuk berbangga dengan sejarah lalu, namun sejarah lalu memberi gambaran siapa kita pada hari ini.

"Malah, dengan kewujudan satu pangkalan data manuskrip Melayu itu, ia akan menguatkan nilai jati diri anak bangsa supaya tidak mudah diperlekeh kononnya kita ketinggalan sedangkan manuskrip berkenaan adalah bukti keupayaan kita suatu masa dulu," katanya.

Bawa pulang warisan negara

Usaha untuk membawa pulang manuskrip alam Melayu termasuk kaedah untuk menyimpan salinan berkenaan, perlu dilakukan kerana ia adalah khazanah penting negara.

Aktivis Kebudayaan dan Pengasas Pusaka, Eddin Khoo berkata, negara asing sangat berminat dengan manuskrip ini kerana mereka boleh mengetahui adat budaya Melayu termasuk latar belakang sejarah suatu ketika dulu.

Beliau yang juga anak kepada Tokoh Sejarah Negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata, khazanah negara ini perlu dibawa pulang untuk kajian mendalam berhubung pelbagai bidang.

"Kita sudah mempunyai kepakaran dalam aspek penyimpanan arkib lama malah kita juga boleh melaksanakan dokumentasi digital bahan ini.

"Bagaimanapun, kita seakan kurang agresif untuk membawa pulang manuskrip ini dan hanya menilai manuskrip itu hanya buku-buku lama sedangkan terdapat ilmu pengetahuan yang bernilai di dalamnya.

"Jika ia sekadar buku lama, pastinya negara barat tidak berminat untuk menyimpannya malah banyak naskhah manuskrip alam Melayu yang dikaji oleh sarjana barat," katanya.

Menurutnya, ia memberi gambaran bahawa manuskrip ini mempunyai nilai yang tersendiri dan pengkaji tempatan perlu diberikan ruang untuk mengkaji khazanah negara ini.

"Apa yang saya tahu, kebanyakan manuskrip ini disimpan di British Library hasil koleksi beberapa tokoh sarjana barat seperti Stanford Raffles dan beberapa orang lain," katanya.

"Jika ada ruang yang diberikan oleh kerajaan untuk berunding dengan pihak beberapa muzium, pasti kita dapat membawa pulang manuskrip ini atau mempunyai salinan digital yang boleh digunakan untuk kajian lanjut," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2021 @ 7:30 AM

Saturday 23 January 2021

'Balik kita gomo lah'

MyMetroUtama



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmero.com.my

Kuala Lumpur: Selepas empat bulan berada di Belgium, penyerang kelab KV Kortrijk (KVK) dari Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin mengakui mula merindui masakan tempatan.

Dia yang baru pulih daripada kecederaan hamstring amat merindui masakan ikan singgang berserta budu yang juga makanan kegemarannya.

Luqman, 18, sebelum ini menjalani proses pemulihan selepas mengalami kecederaan hamstring di mana otot paha kanannya disahkan koyak 2 sentimeter dan perlu berehat tiga minggu.

Kecederaan itu dialami ketika menjalani sesi latihan sehari selepas perlawanan menentang RSC Anderlecht pada 24 Oktober lalu.

Jelas Luqman, sekiranya dapat kembali ke tanahair ketika cuti pra musim saingan Liga Jupiler Belgium nanti, menu pertama yang akan dicarinya sudah tentu ikan singgang dan budu.

"Setakat ini, makanan Malaysia memang ada rindu sebab kita duduk negara luarkan, makanan dia orang lain (Belgium) dan sihat-sihat semuanya. Saya kat sini pun amalkan makanan yang sihat-sihat.

"Jadi, rindu sangat ikan singgang lah dengan budu...itu biasa (rindukan masakan negara). Saya (di Belgium) aturkan sendiri program makanan saya. InsyaAllah kalau dapat balik Malaysia nanti, kita gomo lah (ikan singgang dan budu), kita gomo, kita gomo," katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.

Terdahulu tonggak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu muncul pemain pertama negara yang beraksi di pentas utama liga Eropah apabila mengikat kontrak selama lima tahun dengan KVK.

Dia yang lahir daripada Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) tidak menunggu lama untuk memperagakan impaknya apabila sudah meledak dua gol buat skuad B-21 KVK sebelum ini.

Ketajamannya berjaya menambat hati pengurus KVK, Yves Vanderhaeghe yang menurunkan bintang muda sensasi negara itu ketika menentang RSC Anderlecht sekaligus melakar sejarah sebagai anak tempatan pertama tampil di liga Belgium.

Berkongsi kehidupannya di Kortrijk, dia gembira dan mahu memberi 100 peratus fokus kepada kerjayanya di negara yang menduduki ranking nombor satu dunia itu.

"Saya gembira sangat, saya tak tertekan apa-apa. Saya tak ada kecewa apa-apa, rindu itu biasalah, rindu keluarga dan semuanya. Kita sebagai pemain duduk di luar dengan keluarga angkat kat sini, itu perkara biasa.

"Apa yang saya buat sekarang fokus kepada bola sepak saya, dan saya gembira di sini. Layanan mereka di sini semuanya bagus," katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Disember 2020 @ 6:35 AM