MyMetroNode
Singapura: Jangan cepat berpuas hati kerana ujian sebenar Harimau Malaya adalah menentang juara tiga kali Thailand esok di Stadium Jalan Besar bagi aksi kedua Kumpulan B Piala AFF 2014.
Ia peringatan kepada anak buah Dollah Salleh khususnya bahagian pertahanan bahawa ujian lebih mencabar bakal mereka temui dalam misi untuk melepasi halangan peringkat kumpulan.
Walaupun pertahanan negara ampuh bertahan biarpun beraksi dengan 10 pemain sepanjang hampir sejam ketika seri 0-0 dengan Myanmar kelmarin, ia belum menjanjikan apa-apa apabila berdepan Thailand.
Dan itu diakui sendiri penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat.
“Thailand salah satu pasukan gergasi rantau ini dan kita kena bersiap sedia. Kita tiada pilihan selain menang baki dua perlawanan ini.
“Kita sudah menilai kekuatan Thailand dan mereka mempunyai ramai pemain muda. Walaupun kurang pengalaman tapi mereka tetap bahaya dengan corak permainan pantas,” katanya.
Khairul Fahmi cemerlang dalam memastikan gawang tidak dibolosi pada aksi pertama namun penjaga gol Kelantan itu memberikan pujian kepada barisan pertahanan dibarisi Mahali Jasuli, Mohd Fadhli Shas, Afif Amiruddin dan Zubir Azmi.
Selepas perlawanan dengan Thailand, Malaysia akan membuat perhitungan terakhir Kumpulan B dengan juara bertahan Singapura di Stadium Nasional Sabtu ini.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 5:13 AM
No comments:
Post a Comment