Ad

Tuesday, 5 January 2021

Luqman dapat kepercayaan KV Kortrijk

Januari 5, 2021 @ 12:26pm



Luqman disenaraikan bersama kesebelasan utama dalam aksi persahabatan berdepan Excel Mouscron. - Gambar Ihsan KV Kortrijk

KUALA LUMPUR: Penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin membuka tahun 2021 dengan langkah kanan apabila diberi kepercayaan membarisi kesebelasan utama skuad KV Kortrijk.

Meskipun diturunkan hanya untuk aksi persahabatan menentang Excel Mouscron di Stade Le Canonnier semalam, setidak tidaknya ia memberi minit perlawanan untuk Luqman terus mengembangkan lagi potensinya.

Pada aksi terbabit, Luqman beraksi selama 45 minit pertama sebelum digantikan pada separuh masa kedua yang menyaksikan hanya Lucas Maus dan Adam Jakubech beraksi penuh 90 minit.

Bagaimanapun, KV Kortrijk tewas 2-1 pada aksi persahabatan terbabit selepas ketinggalan seawal minit keempat menerusi Beni Badibanga dan Charles Andreas Brym.

KV Kortrijk meledak gol lewat menerusi Jovan Stojanovic ketika aksi berbaki 10 minit namun gagal mencari gol kedua sekali gus tumbang 2-1.

Sebelum ini, Luqman menjalani proses pemulihan selepas mengalami kecederaan hamstring di manSUMBERa otot paha kanannya disahkan koyak dua sentimeter dan perlu berehat tiga minggu.

Sebagai rekod, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu muncul pemain pertama negara yang beraksi di pentas utama liga Eropah apabila mengikat kontrak selama lima tahun dengan KVK.


Dia yang lahir daripada Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) tidak menunggu lama untuk memperagakan impaknya apabila sudah meledak dua gol buat skuad Bawah 21 tahun (B-21) KVK sebelum ini.


Ketajamannya berjaya menambat Vanderhaeghe yang menurunkan bintang muda sensasi negara itu ketika menentang RSC Anderlecht sekali gus melakar sejarah sebagai anak tempatan pertama tampil di liga Belgium.SUMBER-BH ONLINE

No comments:

Post a Comment