Ad

Sunday, 3 January 2021

Elak 'tragedi Safawi' berulang

Oleh Syafiq Aznan - Januari 2, 2021 @ 5:41pm

syafiq.aznan@bh.com.my



Episod kekecewaan Safawi (kanan) di Portimonense perlu dijadikan pengajaran.

KUALA LUMPUR: Episod kekecewaan tonggak kebangsaan, Safawi Rasid selama tiga bulan di Portimonense SC mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada pemegang taruh bola sepak mengenai hasrat untuk 'mengeksport' pemain ke luar negara selepas ini.

Bagaimanapun, pemerhati bola sepak tempatan Dr Zulakbal Abd Karim tidak melihat ia sebagai satu kegagalan, sebaliknya menjelaskan banyak aspek yang perlu diperbaiki sekiranya tidak mahu 'Tragedi Safawi' berulang pada masa akan datang.

Malah, Zulakbal menegaskan Safawi tidak rugi apa-apa sepanjang tiga bulan berkelana di sana kerana dia tetap membawa pulang 'ilmu' yang sedikit sebanyak dapat membantu perkembangannya selepas pulang ke Johor Darul Ta'zim (JDT) musim ini.

"Kita sebenarnya sudah ada pengalaman hampir serupa apabila Nazmi Faiz juga balik awal dari Portugal sedikit masa dahulu. Jadi, kita sepatutnya sudah belajar daripada pengalaman terbabit.

"Ini menunjukkan bahawa kita masih perlu melakukanbanyak lagi persediaan yang sepatutnya sebelum melepaskan pemain ke luar negara. Bukanlah kita mahu kata Safawi tiada kualiti tetapi mungkin dia belum mencapai apa yang dimahukan pasukan Eropah.

"Ini adalah antara kesukaran yang perlu kita tempuhi di mana cabaran untuk memecah tembok yang sedia ada. Tetapi ini bukan bermakna kita tidak boleh menghantar pemain kita ke luar negara lagi kerana lebih baik kalau pemain didedahkan dengan pengalaman di luar.

"Cuma kita perlu lihat apa persediaan yang perlu kita bekalkan kepada pemain dan pastikan mereka sudah bersedia sepenuhnya secara mental, fizikal, teknikal dan sebagainya sebelum ke Eropah. Eropah adalah dunia bola sepak yang sangat besar dan tidak terbanding dengan saingan di sini," katanya yang juga Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Terdahulu, penyokong bola sepak tempatan sebelum ini begitu teruja selepas bekas pemain Terengganu FC (TFC) itu bakal berkelana ke Eropah dengan menyertai Portimonense SC sejak Oktober lalu.

Namun, hasrat penyokong untuk melihat pemain itu tidak kesampaian selepas Safawi langsung tidak diberi sebarang minit perlawanan di sana sekalipun empat kali berada dalam senarai pemain simpanan.

Susulan itu, Safawi yang dipinjamkan untuk tempoh setahun akhirnya pulang ke tanah selepas tiga bulan dan kini sudah bersedia untuk memulakan musim 2021 bersama juara Liga Super tujuh kali itu.SUMBER BH ONLINE

No comments:

Post a Comment