Ad

Monday, 11 January 2021

Usia bukan halangan Luqie




Oleh ROZAIDI ZULKIFLI

9 Januari 2021, 9:19 am


KUALA LUMPUR: Bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin berkata, faktor usia bukan ukuran pemilihan kesebelasan utama KV Kortrijk, sebaliknya pemain yang berada dalam prestasi terbaik menjadi pilihan.

Pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu yang kembali bersama pasukan selepas disisih akibat kecederaan, berpeluang membuat penampilan kedua dalam Liga Pro Belgium bertemu Genk pada 1.30 pagi esok.

Bagaimanapun, dia sedar saingan cukup sengit untuk merebut tempat dalam senarai 18, namun bernasib baik mendapat rakan sepasukan yang sentiasa memberi sokongan.

Usia bukan ukuran kerana siapa sahaja buat yang terbaik pada sesi latihan pasti mempunyai peluang.

Saya akan terus fokus untuk memberikan yang terbaik dan turut menerima sokongan baik daripada rakan sepasukan.

Kalau tiada pun (peluang bermain esok) tidak mengapa sebab saya tahu perjalanan saya masih jauh. Lagipun saya baru enam bulan di sini.

Apa perlu saya lakukan, beri yang terbaik dan bersabar kerana saya tahu peluang itu tetap akan datang juga,” katanya.

KV Kortrijk yang menghuni tangga kelapan liga akan bertemu pasukan tempat kesembilan, Genk esok.

Kat Luqman, kebanyakan kontrak pemain dalam pasukan akan berakhir dan mungkin sebab itu ketua jurulatih KV Kortrijk, Yves Vanderhaeghe mahu memberi peluang untuk menilai kemampuan mereka.

Banyak pemain yang kontraknya akan berakhir, jadi pengurus mungkin memberi lebih peluang kepada mereka untuk

membuktikan sesuatu,” ujarnya.

Penyerang remaja negara itu disenaraikan dalam kesebelasan utama ketika KV Kortrijk menentang Excel Mouscron di Stade Le Canonnier, sekali gus mencerahkan peluangnya untuk beraksi pada pertemuan awal pagi esok.

Luqman, 19, atau lebih dikenali sebagai Luqie muncul pemain Malaysia pertama beraksi dalam liga utama Eropah apabila berdepan Anderlecht pada 24 Oktober lalu.

Biarpun mempamer aksi baik dalam perlawanan tersebut, namun kecederaan paha menyebabkan dia terpaksa berehat panjang dan tempoh tersebut digunakan

oleh pemain itu untuk membina otot.SUMBER  ONLINUME

No comments:

Post a Comment