Ad

Saturday 28 September 2013

India simpan taring - Dharma Raj

PEMAIN negara, Muhd. Rashid Baharom (kanan) melepasi halangan dua pemain India dalam perlawanan Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru, semalam. - MINGGUAN/AMIN FARIJ HASAN
JOHOR BAHRU - Jurulatih skuad remaja kebangsaan, Muhammad Dharma Raj Abdullah percaya, India menyimpan kekuatan sebenar mereka ketika mengikat Malaysia 3-3 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2013 di Stadium Hoki Taman Daya, di sini semalam.
Pada ketika kedua-dua pasukan sudahpun mengesahkan tiket perlawanan akhir lebih awal, Dharma Raj percaya, India hanya akan menunjukkan taring mereka pada perlawanan akhir hari ini.
"Pasukan India akan mempamerkan aksi sebenar mereka esok (hari ini) dengan menurunkan semua pemain utama mereka, jadi kita juga menjanjikan persembahan terbaik kalau mahu merebut kejuaraan," katanya.
Pertemuan semalam menyaksikan India terlebih membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan pemain Satbir Singh sebelum mereka menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-31 menerusi Ramandeep Singh.
Malaysia memiliki beberapa peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan, namun keampuhan benteng pertahanan pasukan India menafikan setiap percubaan yang dilakukan skuad remaja negara.
Separuh masa kedua India terus mempamerkan aksi garang apabila terus menggandakan asakan bagi menambah bilangan jaringan namun kali ini ketangkasan pertahanan tuan rumah menidakkan setiap percubaan.
Skuad negara berjaya merapatkan jurang jaringan pada minit ke-62 apabila Muhd. Shahril Saabah berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti menjadikan kedudukan 2-1 dan Muhd. Rashid Baharom menjadikan kedudukan 2-2 dua minit kemudian.
Gol ketiga tuan rumah hadir pada minit ke-68 menerusi Muhd. Shahril namun kegembiraan itu tidak berkekalan apabila India kembali menyamakan kedudukan menerusi jaringan Yousuf Affan pada minit terakhir permainan.
Dharma Raj mengakui, perlawanan semalam agak sukar kerana ia berlangsung sehari sebelum perlawanan akhir dan pemain memerlukan rehat yang cukup bagi pertemuan tersebut.
Biarpun memuji persembahan anak-anak buahnya yang berjaya memperolehi tiga gol dan hampir mencipta kemenangan meskipun ketinggalan 2-0 pada babak pertama, namun beliau menegaskan, India sebenarnya tidak mempamerkan kekuatan sebenar kerana banyak merehatkan pemain-pemain utama dan menurunkan skuad simpanan mereka.
Sementara itu dalam satu lagi perlawanan semalam, Pakistan menewaskan Argentina dengan keputusan 4-1.

RUJUKAN Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130929/su_08/India-simpan-taring---Dharma-Raj#ixzz2gErgVZuA 
© Utusan Melayu (M) Bhd 29.9.13

Malaysia, Korea berentap lagi

BANGKOK - Regu elit negara cemas seketika sebelum membenam China untuk mengesahkan tiket separuh akhir Kejohanan Sepaktakraw Siri Super 2 ISTAF di Pusat Beli-belah Fashion Island, semalam.
Malaysia, yang dipaksa berkerja keras untuk mengetepikan China 2-0 (15-11, 16-14) pada suku akhir, kini bakal berdepan laluan lebih getir dalam usaha mencari tiket final apabila menentang lawan yang mengaibkan mereka pada perlawanan akhir Siri Super 1 di New Delhi awal bulan ini, Korea Selatan.
Semalam, Korea mengiringi kemaraan pasukan negara dengan mudah menumpaskan pasukan jiran mereka, Jepun 2-0 (15-10, 15-9) dalam satu lagi suku akhir.
Jika tanpa tindakan drastik ketua, jurulatih Jamaluddin Hassan menukar serentak tekong dan pelibas, Sahidan Md. Ali dan Mohd. Hanafiah Dolah dengan Ahmad Aizat Mohd. Nor Azmi dan Norshahruddin Mad Ghani, China mungkin mengheret Malaysia ke set penentuan dan menjadikan saingan kembali terbuka.
Sementara itu dalam saingan separuh akhir wanita, seperti diduga Malaysia bukan tandingan pasukan pilihan, Thailand apabila ditundukkan 3-0.
Skuad bimbingan , Md. Fikri Md. Nor itu kalah mudah 5-15, 2-15, 5-15, sekali gus hanya beraksi dalam perlawanan penentuan tempat ketiga hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130929/su_07/Malaysia-Korea-berentap-lagi#ixzz2gEqvz8te
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'Kami tidak ambil hati'

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN

KUALA LUMPUR - "Saya rasa tiada apa-apa, semua pemain masih ceria dan berlatih seperti biasa dalam latihan. Apa yang kami lalui ini hanya satu prosedur biasa, " kata penyerang Perak, Abdul Hadi Yahaya.
Tidak mahu menyentuh mengenai siasatan ke atas skuad Kejor Yob Kejor yang sedang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Abdul Hadi bagaimanapun mengakui, pasukan Seladang tersingkir daripada Piala Malaysia disebabkan tidak bernasib baik dalam tiga perlawanan terakhir peringkat kumpulan.
Dia turut sependapat dengan pengendali pasukan, Mohd. Azraai Khor Abdullah bahawa masalah kecederaan dan penggantungan pemain yang sebenarnya menjejaskan rentak cemerlang Perak ketika mereka hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk menempah slot suku akhir.
"Bagi saya apa yang dilakukan oleh PAFA (Persatuan Bola Sepak Perak) itu dan siasatan oleh SPRM adalah untuk memastikan supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
"Jika ditanya pendapat peribadi saya, punca utama kegagalan kami adalah kerana Perak tidak dapat menurunkan barisan terkuat dalam beberapa perlawanan terakhir akibat kecederaan dan penggantungan.
"Nasib kami untuk suku akhir mungkin berubah jika kami tidak kalah kepada Kedah di tempat sendiri melalui jaringan minit akhir, itu pun terhasil melalui bola refleks, nasib jelas tidak memihak kepada kami, " katanya.
Perak dimalukan 6-1 oleh Sarawak dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia, kekalahan yang menyebabkan mereka tersingkir daripada persaingan.
Skuad Yob bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila PAFA bertindak menggantung semua pegawai dan pemain selama dua minggu untuk membenarkan SPRM menjalankan siasatan.
Walaupun Abdul Hadi tidak berada dalam senarai 12 pemain yang dipanggi memberi keterangan, namun pemain kebangsaan itu berkata, kekalahan mengejut di laman sendiri kepada Kedah sebenarnya punca Perak gagal ke suku akhir Piala Malaysia.
Timbalan Presiden PAFA, Khairul Azwan Harun turut membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam dan SPRM, Isnin lalu selain menubuhkan pasukan khas bagi menjalankan siasatan dalaman.
SPRM mengambil tindakan susulan dengan memanggil separuh pemain Perak dan dua pegawai memberi keterangan.
Kata Abdul Hadi, dia tidak fikir apa yang berlaku kepada Perak musim ini akan menjejaskan fokus dan moral mereka untuk menghadapi musim 2014.


RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130929/su_03/Kami-tidak-ambil-hati#ixzz2gEotw3g9
© Utusan Melayu (M) Bhd 29.9.2013

Mat Yo bantu julang JDT



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130929/su_01/Mat-Yo-bantu-julang-JDT#ixzz2gEo5TBtA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penyerang Johor Darul Takzim, Norshahrul Idlan Talaha meraikan jaringannya ketika menentang Kelantan pada suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Larkin, Johor Bahru, malam tadi. - MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI
KUALA LUMPUR - Norshahrul Idlan Talaha nyata tidak terganggu dengan kontroversi yang sedang melanda dirinya, apabila meledak gol untuk membantu Johor Darul Takzim (Johor DT) menundukkan Kelantan 4-2 pada suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam.
Hanya Johor DT dilihat membawa bekalan selesa untuk beraksi di suku akhir kedua pada ketika semua perlawanan lain berlangsung sengit.
Di Stadium Jalan Besar, LionsXII menang 1-0 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), manakala Sime Darby dan Sarawak seri tanpa sebarang jaringan.
Skuad Harimau Selatan yang beraksi di hadapan lebih 30,000 penyokong setia tampil dengan aksi yang cukup memukau.
Mereka tidak menunggu lama mendapatkan gol iaitu seawal minit keempat menerusi sepakan percuma Jasazrin Jamaluddin, yang menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Tuan rumah semakin selesa apabila mendapat gol kedua pada minit ke-20 menerusi Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo.
Pasukan pelawat bagaimanapun berjaya merapatkan jurang melalui Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-22.
Kelebihan dua jaringan kembali memihak Johor DT apabila ketua pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim meledak gol ketiga Harimau Selatan pada minit ke-38.
Masuk babak kedua, Kelantan tidak membuang masa mencari gol kedua apabila kurang lima minit beraksi, sepakan pemain import pasukan lawan, Obinna Nwaneri membocori gawang Johor DT buat kali kedua.
Percaturan jurulatih Johor DT, Azmi Mohamed memasukkan Leonel Nunez menggantikan pemain muda, Muhd Haidin Azman nyata berbaloi apabila dia menyumbat gol keempat pada minit ke-81.
Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sime Darby dan Sarawak masing-masing buntu mendapatkan jaringan selepas kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan dalam perlawanan yang seimbang dan menghiburkan kira-kira 10,000 penonton yang hadir.
Skuad Bujang Senang mempunyai beberapa peluang terhidang terutama menerusi Muamer Salibasic pada minit ke-33 yang menyaksikan percubaannya sedikit melepasi palang gol.
Kemudian, giliran bekas penyerang kebangsaan, Mohd. Fadzli Shaari menunjukkan belang tersendiri pada minit ke-44 apabila melakukan sepakan akrobatik yang mujur dapat ditepis keluar oleh Sani Anuar Kamsani.
LionsXII membawa bekalan tipis tetapi masih cukup berharga kerana tidak memberikan sebarang gol di tempat lawan kepada ATM melalui kemenangan 1-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Seperti kebiasaan, jaringan LionsXII terhasil melalui situasi bola mati pada minit ke-39 selepas sepakan penjuru yang diambil Shahfiq Ghani hadir tepat di atas kepala Madhu Mohana dan mudah menanduk masuk bagi jaringan tunggal tuan rumah.


RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130929/su_01/Mat-Yo-bantu-julang-JDT#ixzz2gEnp4R1x
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PIALA MALAYSIA 2013- SIME DARBY FC

SIME DARBY FC
Venue: Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selayang (Kapasiti: 10,000)
Ketua Jurulatih: Ismail Zakaria.
Penjaga Gol: Kamarul Effandi Abdul Rahim, Mohd Suffian Abdul Rahman, Mohd Hafiz Abu Bakar, Mohamed Redzuan Harun.
Pertahanan: Azmirul Azmi, Muhamad Faizal Nasir, Bashahrul Abu Bakar, Muhd Arif Ismail, Mohd Hasmarul Fadzir Hassan, Mohd Hasmarul Fadzir Hassan, Mohd Hasmarul Fadzir Hassan, Mohd Khairi Zainuddin, Muhammad Fitri Ismail, Ahmad Haziq Ahmad Fuad, Prabakaran Kanadasan.
Tengah: Fahrul Razi Kamaruddin, Muhd Syuhur Saidin, Famirul Asraf Sayuti, Mohd Asrol Ibrahim, Togaba Kontiwa Komlan, Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri, Juzaili Samion, Dzulfahmi Abdul Hadi.
Penyerang: Mohd Yusof Zainal, Karlo Primorac, Muhamad Zamri Chin, Mohd Firdaus Faudzi, K. Ravindran, Mohd Fadzli Saari, Muhammad Shafiq Jamal, Chairi Emmir Solehaddin, Syed Ariff Syed Mohd Uzir, Hadzirun Che Hamid.

PIALA MALAYSIA 2013- ATM

ATM
Venue: Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selayang (Kapasiti: 10,000)
Ketua Jurulatih: B. Satiananthan
Penjaga Gol: Mohd Farizal Harun, G. Jeevananthan, Mohamad Hafizuddin Azuhar.
Pertahanan: K. Reuben, Norfazly Alias, Suhhaimi Ishak, A. Varanthan, Raja Mohd Ridzuwan Effendy Raja Kamaruddin, Syafiq Azri Ahmad Kamal, Irwan Fadzli Idrus, Amirizwan Taj Tajuddin, Muhammad Safwan Hasyim, Muhammad Aizuddin Ismail.
Tengah: Mohd Fainizam Mohd Nordin, Mohd Affize Faisal Mamat, Bruno Martelotto, Muhammad Shukor Adan, Ahmad Shahidan, S.Thinagara, Christie Jayaseelan, Venice Elphi, Rezal Zambery Yahya, Syazuan Hazani, Muhammad Ammar Abdul Aziz.
Peyerangn: Marlon Alex James, Mohd Nizaruddin Yusof, Yusaini Hafiz Chee Saad, Mohd Fitri Omar, Hairuddin Omar.

Pilihan Selangor pertahan kejuaraan


ZAINAL Abidin Hassan melepasi halangan pemain Singapura, Dalis Supait pada perlawanan di antara Veteran Selangor menentang Veteran Singapura dalam Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam, malam tadi. - MINGGUAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI
SHAH ALAM - Pilihan Selangor berjaya muncul juara Piala Sultan Selangor buat kali keenam apabila menumpaskan Pilihan Singapura 3-2 bagi saingan edisi ke-12 di Stadium Shah Alam semalam.
Sebelum ini Pilihan Selangor telah berjaya meraih kejuaraan pada 2001, 2003, 2005, 2008 dan 2012, kemenangan semalam juga menyasikan mereka mengatasi Pilihan Singapura yang pernah muncul juara sebanyak lima kali pada 2006, 2007, 2009, 2010 dan 2011. Kedua-dua pasukan pernah meraih kejuaraan bersama pada 2004.
Dalam aksi yang disaksikan kira-kira 60,000 penyokong itu, Pilihan Selangor tersentak dengan jaringan Pilihan Singapura apabila penyerang veteran, Aleksander Duric pada minit kelima tatkala mereka masih lagi mencari rentak untuk mempamerkan permainan mantap.
Usaha keras Selangor untuk mencari gol penyamaan akhirnya berhasil apabila pemain import, Adam Griffith mudah menanduk masuk hantaran lambung Mahali dari sebelah kanan pada minit ke-40.
Pada minit ke-54 Selangor berjaya berada di depan apabila Forkey Doe merembat kencang bola dari dalam petak penalti selepas mendapat hantaran pendek Amri Yahyah.
Pilihan Singapura berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-70 melalui sepakan penalti Kamel Ramdani. Ramdani sebelum itu dikasari Fitri di dalam petak penalti.
Kegembiraan Pilihan Singapura tidak lama, apabila Forkey Doe berjaya menjaringkan gol keduanya hasil rembatan lencong dari luar petak penalti menewaskan Hassan yang dilihat sedikit ke depan dari posisinya.
Sementara itu Veteran Singapura berjaya mengekalkan kemenangan yang dicatatkan tahun lalu, apabila mereka menang tipis 1-0 menewaskan Vetaran Selangor hasil jaringan Rafi Ali pada minit ke-17.


RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130929/su_02/Pilihan-Selangor-pertahan-kejuaraan#ixzz2gEjrILim
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday 27 September 2013

PIALA MALAYSIA-SELANGOR 2013

KUMPULAN A
SELANGOR
Venue: Stadium Shah Alam (Kapasiti: 80,932)
Ketua Jurulatih: Irfan Bakti Abu Salim
Penjaga Gol: Norazlan Razali, Mohd Fairul Azwan Shahrullai, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.
Pertahanan: Mohd Fairuz Abdul Aziz, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Nasriq Baharom, Adib Aizuddin Abdul Latif, Mohd Bunyamin Omar, Mahali Jasuli.
Tengah: Abdul Shukor Jusoh, K. Soley, Mohd Raimi Mohd Nor, K. Gurusamy, S. Kunanlan, S. Veenod, Mohd Fitri Shazwan Raduwan, V. Kavi Chelvan.
Penyerang: Francis Forkey Doe, Afiq Azmi, Mohd Amri Yahyah, Mohd Ramzul Zahini Adnan, Wan Mohd Hoesne Wan Hussain, Dawood Nicoise.

PERLAWANAN KEENAM PIALA MALAYSIA 2013

PM 6 - 21 September 2013 (Sabtu)
41ASelangor
S. Kunanlan (70'), Mohd Amri Yahaya (76')
2-1Johor
Md Farid Ideris (48' pen)
Std Shah Alam
42AKL Sime Darby FC
Asrol Ibrahim (28')
1-1ATM
Amiridzwan Taj (3')
Std Majlis Perbandaran Selayang
43BJohor Darul Takzim FC0-2Selangor PKNS FC
Reshafiq Alwi (18'), Roman Chmelo (64')
Std Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunus, JB
44BTerengganu PBDKT T-Team
Ahmad Syamim Yahya (22', 62')
2-1KL Felda United FC
Mohd Akhmal Mohd Noor (87)
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, K.Terengganu
45CKelantan
Indra Putra Mahayuddin (20'), Dickson Nwakaeme (67', 82', 90')
4-0PahangStd Sultan Muhammad Ke IV. Kota Bharu
46CNegeri Sembilan
Leandro Barbosa Fabio (20'), Mohd Nazrin Mohd Nawi (71')
2-2Terengganu
Effa Owona (18'), Mohd Ashari Samsuddin (87')
Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi
47DSarawak
Putra Nadher (5'), Bobby Gonzales (7'), Muamer Salibasic (44', 59'), Zamri Morshidi (57')
6-1Perak
Yong Kuong Yong (23')
Std Negeri Sarawak, Kuching
48DKedah
Alen Guc (44')
1-3Lions XII FC
Hariss Harun (23'), Bhaihakki Khazan (44'), Hafid Sujaz (65')
Std Darul Aman, Alor Setar

Mat Yo membisu berhubung insiden babitkan isteri

JOHOR BAHRU 26 Sept. - Penyerang Johor Darul Takzim, Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo terus 'membisu' daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi melibatkan isterinya yang didakwa memaki hamun dan mengasari seorang pengawal keselamatan baru-baru ini.
Usahawa wartawan untuk menemuramah Mat Yo yang hadir pada sesi latihan bagi persediaan menjelang perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Padang Seri Gelam di sini petang ini bagaimanapun hampa apabila penyerang sensasi itu memberi alasan sudah terlambat untuk sesi latihan berkenaan.
"Saya dah lambat ni, nak pergi training (latihan),'' katanya ringkas.
Wartawan yang sekali cuba untuk mendapatkan penjelasan daripada pemain tersebut sebaik tamat sesi latihan gagal apabila Mat Yo yang diiringi dua pengawal keselamatan terus berlalu pergi bersama kereta Mini Cooper berwarna putih miliknya itu.
Insiden kekecohan membabitkan isteri Mat Yo dengan seorang pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pada 12 September lalu tersebar meluas di media sosial baru-baru ini.
Rakaman berdurasi 54 saat itu turut menampakkan wajah Mat Yo yang menyaksikan ‘perang mulut’ antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.
Kejadian itu dipercayai berpunca apabila pengawal keselamatan berkenaan meminta pasangan tersebut mengalihkan kenderaan yang dinaiki mereka kerana berada di kawasan yang tidak dibenarkan.
Bagaimanapun, imej wanita berkenaan tidak kelihatan dalam rakaman yang dipercayai dibuat menggunakan telefon bimbit.
Berikutan insiden berkenaan, kedua-dua pihak membuat laporan polis. - UTUSAN ONLINE


RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130927/dn_28/Mat-Yo-membisu-berhubung-insiden-babitkan-isteri#ixzz2g5eEglkD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tak boleh sesuka hati bawa mayat, abu ke Malaysia

KOTA BHARU 27 Sept. - Mereka yang mahu membawa masuk abu atau mayat ke negara ini perlu memohon permit terlebih dahulu sebelum boleh berbuat demikian.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, perkara itu termaktub mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit serta garis panduan pengimportan dan pengeksportan mayat atau mana-mana bahagiannya.
"Sesiapa yang nak membawa apa juga 'remains' atau abu mayat masuk ke negara ini tanpa permit itu akan menjadi satu kesalahan. Kita takut abu mayat ini ada penyakit berjangkit.
"Jadi jangan ingat tak ada undang-undang untuk kita menyekatnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di sini hari ini.
Khalid mengulas laporan sebuah portal berita bahawa Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus untuk menghalang abu atau mayat Chin Peng dibawa masuk ke negara ini selepas bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu meninggal dunia di Bangkok, Thailand pada 16 Sept lepas. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130927/dn_41/Tak-boleh-sesuka-hati-bawa-mayat-abu-ke-Malaysia---KPN#ixzz2g5ZGL0NU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada kenaikan harga RON95 tengah malam ini

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Kerajaan menafikan akan menurunkan subsidi harga petrol RON95 sebanyak 10 sen yang boleh menyebabkan harga bahan bakar itu meningkat kepada RM2.20 seliter mulai tengah malam ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, harga petrol bersubsidi tersebut masih kekal RM2.10.
"Pasa masa ini, harga petrol RON95 di pasaran dunia adalah RM2.73 dan setelah disubsidi menjadi RM2.10 manakala diesel pula RM2.80 menjadi RM2 setelah disubsidi," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin bahawa harga petrol RON95 akan naik kali kedua malam ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rasionalisasi subsidi dengan mengurangkan subsidi minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen pada 2 September lalu.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek turut menafikan khabar angin itu.
Katanya, khabar angin itu disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam usaha memburuk-burukkan kerajaan. - UTUSAN ONLINE


RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130927/dn_44/Tiada-kenaikan-harga-RON95-tengah-malam-ini#ixzz2g5XdTjBE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Piala Malaysia 2013

Piala Malaysia 2013

RkKumpulan APMSKJBPGMata
1ATM6231151239
2KL Sime Darby FC623112939
3Johor6132912-36
4Selangor613269-36
RkKumpulan BPMSKJBPGMata
1Selangor PKNS FC65011211115
2Johor Darul Takzim6303101009
3Terengganu PBDKT T-Team6303711-49
4KL Felda United FC6105411-73
RkKumpulan CPMSKJBPGMata
1Kelantan6321136711
2Pahang6222111108
3Negeri Sembilan62221113-28
4Terengganu6123611-55
RkKumpulan DPMSKJBPGMata
1Sarawak6312135810
2Lions XII FC52126607
3Perak6213511-67
4Kedah513147-36

AFC U16

21 September 2013 (Sabtu): Malaysia 1-1 Laos (National Sports Complex Stadium, KM16, Vientiane)
13 Ahmad Ikhwan Bin Hafiz (80')
2 Abang Nur-firman Bin Abang Nurazman (10 Kogileswaran Raj a/l Mohan 54), 4 Muhammad Ghaffar Bin Abdul Rahman, 5 Ali Imran Alimi, 6 Muhammad Hafiq Haikal Ismail, 7 Muhammad Najmuddin Samat, 8 Muhammad Syazwan Bin Salihin, 9 Dinesh a/l Rajasingam, 11 Muhamad Shahrul Akmal Mohd Adnan (C), 13 Ahmad Ikhwan Bin Hafiz, 14 Ahmad Firdaus Ismail, 20 Mohd Haziq Bin Nadzli (GK)

Simpanan
1 Muhd Asri Bin Muhamad, 3 Muhammad Amirul Ashraf Bin Ariffin, 10 Kogileswaran Raj a/l Mohan, 12 Abdul Lajid Bin Yakub, 15 Najib Bin Abdullah, 18 Muhammad Ramadan Bin Abdul Jalil, 19 Mierul, 22 Shamierul, 23 Azwan, 25 Mohd Ikram B. Nasiran (GK), 30 Mohd Aliff Izman Bin Shahdan
Rk.Kumpulan HPMSKJBPGMata
1Korea Republic2200220226
2Laos211010194
3Malaysia21109184
4Brunei Darussalam
3102418-143
5Guam3003126-250

KEJOHANAN AFC U16 2014

Undian kelayakan AFC B16 tahun 2014.

Juara setiap 10 kumpulan iaitu 6 dari Zon Barat dan 4 dari Zon Timur berserta 5 pasukan ditempat kedua terbaik bersama tuanrumah akan layak ke Kejohanan AFC U19 2014 di Thailand.

Kumpulan A: (Tuanrumah: Kuwait): Kuwait, India, Tajikistan, Lebanon, Bhutan
Kumpulan B: (Uzbekistan): Uzbekistan, Yemen, Palestine, Madlives
Kumpulan C: (Nepal): Iraq, Bahrain, Nepal, Turkmenistan
Kumpulan D: (Jordan): Syria, Saudi Arabia, Afghanistan, Jordan
Kumpulan E: (Pakistan): Iran, UAE, Pakistan, Sri Lanka
Kumpulan F: (Kyrgyzstan): Oman, Qatar, Bangladesh, Kyrgyzstan
Kumpulan G: (Hong Kong): Australia, Singapore, Hong Kong, Chinese Taipei, Macau
Kumpulan H: (Laos): Korea Rep, Laos, Malaysia, Guam, Brunei
Kumpulan I: (China): China, DPR Korea, Myanmar, Northern Mariana
Kumpulan J: (Malaysia): Japan, Indonesia, Vietnam, Philippines

BALACHANDRAN A/L SITHAMPARAM (Head Coach)
23 September 2013 (Isnin): Malaysia 8-0 Brunei (National Sports Complex Stadium, KM16, Vientiane)
7 Muhammad Najmuddin Samat (4'), 10 Kogileswaran Raj a/l Mohan (44', 85'), 22 Shamierul (65'), 11 Muhamad Shahrul Akmal Mohd Adnan (40'), 3 Muhammad Amirul Ashraf Bin Ariffin (73'), 13 Ahmad Ikhwan Bin Hafiz (80'), 15 Najib Bin Abdullah (90'+2)

4 Muhammad Ghaffar Bin Abdul Rahman, 5 Ali Imran Alimi (3 Muhammad Amirul Ashraf Bin Ariffin 46'), 6 Muhammad Hafiq Haikal Ismail, 7 Muhammad Najmuddin Samat (15 Najib Bin Abdullah 75'), 8 Muhammad Syazwan Bin Salihin, 9 Dinesh a/l Rajasingam, 10 Kogileswaran Raj a/l Mohan, 11 Muhamad Shahrul Akmal Mohd Adnan (C) (22 Shamierul 63'), 13 Ahmad Ikhwan Bin Hafiz, 14 Ahmad Firdaus Ismail, 20 Mohd Haziq Bin Nadzli (GK)

Simpanan
1 Muhd Asri Bin Muhamad, 2 Abang Nur-firman Bin Abang Nurazman, 3 Muhammad Amirul Ashraf Bin Ariffin, 12 Abdul Lajid Bin Yakub, 15 Najib Bin Abdullah, 16 Suwarnaraj a/l Chinniah, 18 Muhammad Ramadan Bin Abdul Jalil, 19 Mierul, 22 Shamierul, 23 Azwan, 25 Mohd Ikram B. Nasiran (GK), 30 Mohd Aliff Izman Bin Shahdan

Thursday 26 September 2013

Tunggu kempen kelayakan tamat


RAJAGOBAL (kiri) kini hanya memberi tumpuan membimbing Harimau Malaya bagi mengharungi baki kempen kelayakan Piala Asia 2015.


SEBARANG spekulasi mengenai calon bagi menggantikan pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal hanya akan dipertimbangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebaik kempen kelayakan Piala Asia 2015 berakhir pada bulan Mac tahun depan.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, spekulasi sedemikian sewajarnya dihentikan segera bagi mengelak fokus Harimau Malaya mengharungi baki aksi kelayakan Piala Asia selepas ini terjejas.
“Sebarang spekulasi berhubung senarai calon (pengganti Rajagobal) selama ini bukannya dikeluarkan oleh FAM.
“Jadi, ada baiknya menunggu kempen kelayakan Piala Asia berakhir terlebih dahulu (sebelum membuat keputusan) sama ada kontrak Rajagobal disambung atau tidak,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Pada masa sama, Hamidin juga menegaskan, pihaknya menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang enggan menjanjikan sebarang kemewahan kepada pengganti Rajagobal selepas ini.
“Berhubung perkara ini, pihak FAM sentiasa senada dengan Tengku Abdullah.
“Jadi, setiap persoalan berhubung perkara itu hanya akan dipertimbangkan FAM sebaik kempen kelayakan Piala Asia berakhir,” jelas beliau.
Kelmarin, Tengku Abdullah enggan menjanjikan ‘bulan dan bintang’ kepada mana-mana peneraju Harimau Malaya selepas ini sekiranya kontrak Rajagobal yang bakal tamat Disember depan tidak lagi disambung FAM.
Selain bekas jurulatih skuad utama Liverpool, Alex Miller yang menyatakan kesediaan untuk mengambil alih tempat Rajagobal, bekas pengendali Jepun, Phillippe Trouisser dan legenda Jerman, Rudi Voller turut menjadi antara calon hangat menerajui Harimau Malaya.
Bagaimanapun, Troussier dikatakan hanya bersedia membimbing Harimau Malaya sekiranya memperoleh gaji bulanan sebanyak AS$126,805 (kira-kira RM416,000).
Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding kesediaan FAM yang difahamkan hanya mampu mengeluarkan ‘dana’ sebanyak AS$18,000 (RM59,500) sebulan.
Dalam perkembangan lain, Hamidin menegaskan, beliau masih belum menerima maklum balas daripada Rajagobal dan juga pengurus pasukan, Datuk Seri Subahan Kamal berhubung sesi latihan Harimau Malaya yang dikatakan bakal diadakan di lokasi ‘rahsia’ menjelang aksi berdepan Bahrain pada 15 Oktober depan.
“Mungkin ia hanya satu salah faham. Saya tidak rasa ia diadakan secara tertutup (bagi mengelak tekanan) daripada media.
“Mungkin kenyataan itu di salah erti, namun saya akan menunggu makluman daripada mereka (Rajagobal dan Subahan) terlebih dahulu sebelum memberikan kenyataan,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0926&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2fz9FOxNi 
Hakcipta terpelihara 

Azraai dipanggil beri keterangan

AZRAAI tiba di pejabat SPRM Perak di Bandar Meru Raya, Ipoh semalam bagi memberi keterangan.


SIASATAN terhadap tuduhan rasuah membabitkan pasukan Perak sampai ke kemuncaknya apabila ketua jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah dipanggil memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Bandar Meru Raya, Ipoh semalam.
Azraai yang memandu sendirian kereta Myvi berwarna jingga masuk ke kompleks agensi berkenaan kira-kira pukul 3 petang.
Namun, pada pukul 4.20 petang, Azraai dilihat keluar dari kompleks terbabit ke satu lokasi menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama tiga pegawai SPRM.
Azraai kemudiannya masuk semula ke bangunan tersebut pada pukul 5.40 petang.
Sehingga pukul 9.30 malam semalam, Azraai masih berada di pejabat SPRM dan usaha menghubunginya tidak membuahkan hasil.
Sumber SPRM Perak pula ketika dihubungi memaklumkan proses mengambil keterangan daripada Azraai selesai sebelum tengah malam tadi.
“Kita telah ambil keterangan semua pemain dan (keterangan) Azraai masih direkodkan. Beliau akan dibenarkan pulang selewat-lewatnya malam ini (semalam),” katanya.
Terdahulu, kapten Perak, Shahrulnizam Mustapha diikuti pemain tengah, M. Yoganathan serta pemain-pemain lain secara berperingkat-peringkat dilihat masuk untuk memberi keterangan.
Shahrulnizam ketika ditemui selepas memberi keterangan berkata, siasatan itu tidak menjejaskan tumpuannya dan barisan pemain Perak yang lain.
“Siasatan kes ini tidak mengganggu tumpuan kami untuk menghadapi perlawanan.
“Pada saya, kalau mereka (SPRM) panggil beri keterangan, kita bagi kerjasamalah,” katanya yang mengakui memberi keterangan lebih empat jam bermula pukul 2 petang hingga 6.15 petang.
Ditanya mengenai siasatan terhadapnya, Shahrulnizam menjelaskan, SPRM meminta dia memberi reaksi berdasarkan pengamatan prestasi pasukan dalam beberapa perlawanan terakhir.
“Mereka tanya ada rasa apa-apa atau nampak apa-apa,” katanya.
Kelmarin, 12 pemain Perak selain penolong jurulatih, Chong Yee Fatt dan jurulatih kecergasan, M. Pubalan dipanggil SPRM untuk memberi keterangan masing-masing.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengambil tindakan drastik dengan menggantung tugas Azraai dan semua pegawai skuad Seladang selama dua minggu berkuat kuasa Isnin lalu.


Rujukan: http://www.kosmo.com.my/kosmo/26.9.2013

Wednesday 25 September 2013

Pelumba Kejuaraan Motosikal Super Siri Malaysia meninggal

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Pelumba Kejuaraan Motosikal Super Siri Malaysia (MSS) 2013, Muhammad Izzat Mohd Abdul Hakim, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini, lima hari selepas terbabit dalam kemalangan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Ketua Polis Daerah Sepang, Suprintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi Bernama berkata, pelumba berusia 17 tahun itu meninggalkan dunia pada pukul 1 tengah hari akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dalam insiden Sabtu lepas, Muhammad Izzat, yang beraksi dalam kelas 250cc, dipercayai gagal mengawal jenteranya di laluan lurus sebelum terbabas dan melanggar marsyal perlumbaan S. Satish, 44, pada pukul 12.30 tengah hari sebelum berakhirnya sesi latihan.
Satish meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada hari yang sama selepas mengalami kecederaan serius di kepala manakala Muhammad Izzat, yang turut mengalami kecederaan parah, dihantar ke HKL.
Berikutan kemalangan itu, perlumbaan pusingan keempat MSS 2013 ditangguhkan. - BERNAMA


Rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130925/su_11/Nahas-di-SIC-Izzat-pelumba-Super-Siri-Malaysia-meninggal#ixzz2fu5sSuWf

Monday 23 September 2013

Skuad Perak kena gantung

Oleh Sayed Hesham Idris
utusanperak@utusan.com.my
Naib Presiden PAFA, Isham Shahrudin (tengah) menunjukkan salinan laporan polis kepada media di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, semalam. - UTUSAN/ROY AZIS ABD. AZIZ
IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) semalam menggantung kesemua pegawai dan petugas termasuk ketua jurulatihnya Azraai Khor Abdullah selama dua minggu selepas mengesyaki berlaku rasuah dan sabotaj dalam skuad itu.
Serentak itu juga PAFA membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Timbalan Presiden PAFA, Khairul Azwan Harun berkata, keputusan drastik menggantung tugas semua pegawai pasukan dan membuat laporan polis dan kepada SPRM itu ekoran kekalahan memalukan 1-6 kepada Sarawak pada perlawanan Piala Malaysia, Sabtu lalu.
"Kami mula mengesyaki wujud elemen dan tindakan yang ada kaitan dengan sabotaj dan rasuah dalam pasukan ini sejak tiga atau empat perlawanan terakhir Perak lagi.
"Kekalahan besar kepada Sarawak adalah kemuncaknya.
"Sekarang kita serahkan kepada polis dan SPRM untuk melakukan siasatan," katanya pada sidang akhbar di Pejabat PAFA, semalam.
Laporan dibuat dekat Balai Polis Sungai Senam dan di Pejabat SPRM negeri dekat Meru Raya, semalam.
"PAFA juga menubuhkan satu pasukan khas yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAFA, Datuk Ismail Saffian dan seorang peguam untuk menjalankan siasatan dalaman secara terperinci termasuk aspek kejurulatihan.
"Pasukan petugas khas ini akan mengemukakan hasil siasatan kepada PAFA sebelum tindakan lanjut dapat diambil," tegas Khairul.
Perak gagal melepasi saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia setelah dibelasah 1-6 oleh Sarawak pada perlawanan terakhir Kumpulan D di Kuching, Sabtu lalu.
Dalam pada itu, Khairul Azwan berkata, kesemua pegawai yang digantung dan pemain dilarang meninggalkan bandar raya ini sepanjang tempoh siasatan.
Beliau berkata, mereka juga diwajibkan melaporkan diri pada setiap hari di pejabat PAFA mulai esok.
Bagi pemain, Khairul Azwan berkata, mereka perlu mematuhi syarat kontrak dengan menjalani latihan seperti biasa mulai Rabu ini.
"Disebabkan ketua jurulatih pasukan (Azraai) kini digantung tugas, maka persatuan melantik ketua jurulatih Akademi Bola Sepak PAFA, Marshall Soper dan Sayuddin Mat Isa sebagai pengendali sementara pasukan ini.
"Jika semua pegawai, petugas dan pemain gagal melapor diri mulai 25 September ini, Jawatankuasa Pengurusan dan Jawatankuasa Darurat PAFA akan mengambil tindakan tegas.
"Ini adalah amaran selepas apa yang berlaku di Kuching dan beberapa perlawanan lain yang tidak boleh diterima. Kami boleh terima kekalahan tetapi tidak boleh terima sikap yang ditunjukkan," tegasnya.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat secara kolektif selepas berbincang dan mengambil pandangan anggota majlis PAFA, pihak yang berkepentingan termasuk beberapa kelab peminat yang berdaftar.
Katanya soal kebajikan tidak perlu dibangkitkan dalam perkara itu kerana selepas Presiden, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin mengambil alih kepemimpinan PAFA pada 2010, segala tunggakan gaji dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diselesaikan.
Beliau berkata, tiadanya komitmen, kesungguhan dan disiplin juga adalah elemen sabotaj dalam bola sepak yang merosakkan pasukan walaupun elemen rasuah tidak berlaku.
"Saya telah mengurus pasukan sejak 2011. Saya tahu bila mereka benar-benar bermain atau dalam bahasa bola sepak kami kata 'saya tahu bila pemain tarik game dan buka game. Tiga tahun memberi pengajaran kepada saya, jadi jangan ambil mudah berhubung perkara yang kami bangkitkan ini," katanya.
Pada perlawanan peringkat Kumpulan D bagi saingan Piala Malaysia, Perak mencatat tiga kekalahan iaitu tewas kepada Kedah 0-1 pada 17 September, kalah kepada Lions XII 1-2 (31 Ogos) dan kalah teruk iaitu 1-6 kepada Sarawak, Sabtu lepas, sekali gus gagal ke peringkat suku akhir.


rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130924/su_01/Skuad-Perak-kena-gantung#ixzz2flWW2TDW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Veteran Komando turut bantah

KLUANG 22 Sept. - Kelab Veteran Komando Johor (KVKJ) menentang sekeras-kerasnya tindakan pihak tertentu yang ingin membawa pulang abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke negara ini.
Selain itu, KVKJ turut mengecam pihak yang cuba melakukan majlis penghormatan terakhir ke atas mendiang Chin Peng kerana dia telah melakukan kekejaman sehingga menyebabkan ramai anggota keselamatan negara terbunuh semasa era perang komunis suatu ketika dahulu.
Yang Dipertua KVKJ, Ghali Hassan berkata, kematian Chin Peng sememangnya telah lama dinantikan oleh semua bekas anggota tentera yang pernah bertugas semasa era tersebut.
Tanpa mahu berselindung, menurutnya, disebabkan angkara yang ditimbulkan oleh pengkhianat negara itu, ramai anggota tentera yang terbunuh dan mengalami kecacatan seumur hidup sehingga menghadapi kesulitan hidup.
"Kematian Chin Peng memang kami nantikan dengan penuh kesyukuran, namun kami tidak merelakan walaupun sebutir abu mayatnya dibawa masuk ke negara ini kerana dia adalah pengkhianat negara yang tidak boleh diampunkan langsung.
"Kerana dialah kami kehilangan ratusan rakan seangkatan dan kerana dia juga ramai anggota yang hidup menderita dalam kecacatan hingga sekarang. Malah hingga kini, dendam kami terhadapnya tidak pernah pudar kerana seolah-olah apa yang dilakukan oleh Chin Peng bagaikan baru berakhir semalam dan masih segar dalam ingatan kami semua," katanya di sini hari ini.
Ghali yang merupakan bekas anggota tentera berpangkat sarjan berharap agar Kerajaan Malaysia tetap bertegas tidak akan membenarkan sebarang acara bagi mengingati kematian musuh negara itu.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Md. Jais Sarday berkata, kerajaan amat memahami perasaan semua keluarga tentera yang terlibat dalam memerangi pengganas komunis pada zaman itu.
"Pada 27 Julai 2009, Mahkamah Rayuan telah menolak tuntutan Chin Peng atas ketiadaan dokumen yang menyokong bahawa beliau adalah rakyat Malaysia. Maka, jika Chin Peng bukanlah warganegara Malaysia, tiada sebab mayatnya perlu dikebumikan di negara ini.
"Kita tidak sewajarnya menyamakan Malaysia dengan negara lain. Chin Peng bukan sahaja membawa fahaman komunis, mengangkat senjata menentang kerajaan malah tidak pernah menyatakan kekesalannya membunuh rakyat Malaysia," katanya sambil berharap tiada lagi pihak yang mempertikaikan tindakan kerajaan untuk tidak menerima abu mayat Chin Peng disemadikan di negara ini.
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tewas tetapi pengalaman bernilai - Kim Swee



PEMAIN-pemain Harimau Muda menimba pengalaman berguna pada Piala Menpora walaupun gagal layak ke perlawanan akhir.
KUALA LUMPUR - Tewas pada perlawanan kedua Piala Menpora 2013 kepada Central Coast Mariners dan gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir tidak meresahkan jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee sebaliknya dia lebih menitikberatkan pengalaman yang diraih anak buahnya serta pendedahan kepada pemain simpanan.
Semalam di Stadium Jalak Harupat, Bandung, skuad bawah 23 tahun negara itu gagal untuk melakukan kejutan atau sekurang-kurangnya berkongsi mata dengan juara Liga Australia (Liga-A) 2012/13 itu apabila tewas 0-2 hasil jaringan Matthew Simons (42) Mitchell Duke (90) seterusnya gagal menempah slot ke saingan akhir.
Menurut Kim Swee, walaupun tewas setidak-tidaknya anak buahnya sudah memberikan saingan kepada skuad bimbingan Graham Arnold, yang bukan sahaja juara liga tetapi mempunyai pengalaman luas beraksi bersama kelab ternama Asia lain dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2012.
"Apa yang paling mustahak di sini ialah kita mendapat satu perlawanan berkualiti, ini adalah pengalaman dan pembelajaran yang berguna buat pemain, terutama mereka yang jarang diturunkan di Pestabola Merdeka baru-baru ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Pada perlawanan pertama Jumaat lalu Harimau Muda bermula dengan sedikit positif selepas berjaya mengikat Persib Bandung 2-2 dan masih baki satu lagi perlawanan bertemu Sriwijaya FC esok namun ia hanyalah sekadar perlawanan pelengkap jadual buat mereka kerana kemenangan masih gagal untuk memintas Central Coast Mariners, di mana juara kumpulan sahaja akan beraksi di perlawanan akhir.
"Kita pelajari sesuatu di sini dan memang kita tidak meletakkan sebarang sasaran, namun perlawanan akhir bertemu Sriwijaya kita tidak akan memberi laluan mudah buat mereka walaupun mereka mempunyai enam pemain import," ujarnya.


Rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130923/su_08/Tewas-tetapi-pengalaman-bernilai---Kim-Swee#ixzz2flUfcXvM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday 22 September 2013

Kerajaan tegas tidak kompromi hal Chin Peng

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Kerajaan bertegas tidak akan berkompromi membenarkan mayat atau abu pemimpin pengganas komunis, Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.
Perkara itu dinyatakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengulangi penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Chin Peng bukannya rakyat Malaysia.
Malah, beliau menempelak pihak-pihak tertentu yang tidak sensitif dengan perasaan majoriti rakyat terhadap kekejaman komunis semasa zaman darurat, khususnya ahli keluarga bekas-bekas perajurit negara apabila menggunakan isu undang-undang bagi 'menghalalkan' kepulangan Chin Peng.
"Kita (kerajaan) tetap dengan pendirian, seperti kata Perdana Menteri, Chin Peng tidak boleh dibawa pulang ke Malaysia. Sebabnya, dia bukan warganegara Malaysia berdasarkan maklumat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Sudah tentu kita tahu, kalau mayat atau abunya dibawa balik, akan ada pihak yang mendewa-dewakan dia sebagai pejuang atau membuat tugu peringatan. Ini akan menyakitkan hati veteran-veteran anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka atas kekejaman Chin Peng dan komunis,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan pelbagai pihak yang menggunakan isu undang-undang untuk 'melawan' penegasan kerajaan bagi membolehkan mayat atau abu Chin Peng dibawa ke negara ini.
Perdana Menteri sebelum ini membuat penegasan untuk melarang mayat atau abu Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia dan turut menafikan dakwaan kerajaan melanggar perjanjian damai dengan Parti Komunis Malaya (PKM) di Hatyai, Thailand pada 1989.
Berhubung perkara tersebut, Najib turut mengingatkan pihak yang berterusan 'berjuang' untuk membawa pulang jasad Chin Peng ke negara ini bahawa pemimpin komunis itu tidak pernah melakukan sebarang tindakan ke arah untuk menjadi warganegara Malaysia sepanjang setahun perjanjian itu dimeterai.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak gentar dengan tindakan pihak yang mahu menggunakan isu perundangan bagi mencabar penegasan kerajaan itu.
"Silakan (cabar). Undang-undang atau tidak, ini bukannya masa nak lihat dari segi perundangan sahaja tetapi renungkan aspek kekejaman komunis yang membunuh beribu nyawa termasuk anggota keselamatan. Renungkan perasaan ahli keluarga mereka, ahli keluarga anggota keselamatan yang kehilangan orang tersayang semasa zaman darurat," ujarnya.
Berhubung tindakan seorang peguam yang mempersoalkan bagaimana pihak berkuasa mahu "mencipta' kaedah atau bertindak mengenal pasti abu Chin Peng jika dibawa masuk ke Malaysia, beliau menegaskan, isu perundangan tidak sepatutnya diperbesar-besarkan.
"Sekali lagi jangan lihat aspek perundangan, kalau semua lihat undang-undang sahaja, saya fikir, bagaimana pula dengan perasaan ahli keluarga, khususnya anak-anak perajurit negara yang terkorban oleh kekejaman komunis?
"Nak bawa dia (Chin Peng) balik ke sini untuk tujuan apa? Adakah mereka ini terdiri daripada orang yang simpati dengan pengganas komunis?'' soalnya.
Kepada soalan tentang pertikaian pihak tertentu yang mendakwa kerajaan pilih kasih dengan membenarkan jenazah Allahyarham Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dikebumikan di negara ini, jawabnya ringkas: "Mereka adalah warganegara Malaysia.''


rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130923/dn_04/Kerajaan-tegas-tidak-kompromi-hal-Chin-Peng#ixzz2fhAxYHpL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rakyat bersatu hati bantah


SEBAHAGIAN daripada 300 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik mengadakan demonstrasi membantah cubaan pihak tertentu untuk membawa abu mayat Chin Peng pulang ke negara ini, di Muzium Polis Bukit Kepong, Muar, semalam.
MUAR 22 Sept. - Kira-kira 300 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik hari ini mengadakan demonstrasi membantah cubaan pihak tertentu untuk membawa abu mayat Chin Peng pulang ke negara ini.
Piket secara aman di Muzium Polis Bukit Kepong, dekat sini itu disertai pelbagai kaum dan diadakan di tapak bersejarah itu sebagai simbolik kekejaman komunis dalam insiden berdarah peristiwa Bukit Kepong.
Antara pihak yang terlibat ialah Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Muar, Persatuan Kepolisan Komuniti Bukit Indah, Nusajaya dan Persatuan Kami Organisasi Gabungan Anak Pagoh (Kogap) serta sayap-sayap utama UMNO, MCA dan MIC.
Mereka membawa kain rentang dan sepanduk, antaranya tertera ayat Chin Peng Pengkhianat Negara, Chin Peng Bukan Pejuang Negara dan Penderhaka Negara Tidak Ada Tempat di Negara Kita’.
Penganjur perhimpunan, Yap Ken Tak berkata, pihaknya mengadakan perhimpunan di situ supaya rakyat sedar tentang keganasan komunis dan mereka menyokong tindakan kerajaan tidak membenarkan jasad atau abu mayat Chin Peng dibawa pulang atas apa juga alasan sekalipun.
“Lokasi ini sangat bermakna kerana pada 1950 seramai 33 anggota polis dan keluarga mereka terkorban di sini. Kami juga marah dan kecewa kerana ada parti politik mengatakan Chin Peng itu adalah pejuang negara," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Kepolisan Komuniti Bukit Indah berkata, kerajaan tidak perlu melayan tuntutan atau desakan yang dibuat kerana keganasan komunis tidak boleh dimaafkan apabila mereka bukan sahaja membunuh pasukan keselamatan, tetapi juga orang awam.
Sementara itu, seorang pesara tentera berpangkat sarjan, Mokhtar Buang, 68, berkata, dia menyaksikan banyak keganasan dilakukan komunis pada tahun 60-an dan 70-an dalam beberapa pertempuran seperti di Bintangor (Sarawak), Sintok (Kedah) dan Keroh (Perak).
Menurutnya, di Sintok enam anggota tentera terbunuh apabila diserang hendap dan dia bersama rakan sepasukan terpaksa menggunakan kereta perisai untuk mengambil jenazah mangsa yang ditinggalkan dua hari di situ.
“Di Keroh, 16 perajurit iaitu polis hutan atau sekarang dipanggil Pasukan Gerakan Am dibunuh pengganas terbabit dan peristiwa itu masih tidak dapat saya lupakan," katanya.


rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130923/dn_03/Rakyat-bersatu-hati-bantah#ixzz2fh9kfzPG
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Chin Peng: Thailand hormati keputusan Malaysia

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Kerajaan Thailand menghormati pendirian Malaysia yang tidak membenarkan abu mayat Chin Cheng dibawa balik ke sini, kata Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini.
Menurut Abu Zahar perkara, itu dinyatakan oleh Presiden Sahabat Parlimen Thailand-Malaysia, Narong Duding dalam pertemuan mereka di sini.
"Narong memberitahu pihak kerajaan Thailand tidak mengiktiraf perjuangan Chin Peng dan mereka faham serta menghormati keputusan yang dibuat kerajaan Malaysia," katanya kepada Bernama selepas pertemuan itu.
Narong mengetuai delegasi 11 orang melakukan kunjungan ke Parlimen. Turut serta Duta Thailand ke Malaysia Krit Kraichitti dan bekas Perdana Menteri Thailand, Chuay Leek Pai.
Mengulas lanjut, Abu Zahar berkata dalam pertemuan selama sejam bermula 10 pagi itu, beliau turut menjelaskan kepada Narong bahawa keputusan kerajaan Malaysia menghalang abu mayat Chin Peng dibawa balik ke sini disebabkan pemimpin Parti Komunis Malaya itu bertanggungjawab atas kematian ribuan anggota pasukan keselamatan dan rakyat negara ini.
"Saya juga memaklumkan bahawa Chin Peng tidak mahu menjadi warga Malaysia kerana menolak tawaran kerajaan untuk berdamai kembali ke sini, sebaliknya tetap mahu menjatuhkan kerajaan melalui kekerasan," katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan kerajaan tidak membenarkan abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa, 90, yang dilapor meninggal dunia di Bangkok, Thailand pada 16 September lalu akibat sakit tua dibawa balik ke negara ini. - BERNAMA


rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130923/dn_30/Chin-Peng-Thailand-hormati-keputusan-Malaysia#ixzz2fh8kQp6M
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tahanan Jepun 'lenyap' di Bukit Kutu


SISA tinggalan banglo lama milik Inggeris di puncak Bukit Kutu kini menjadi tumpuan pendaki pada hujung minggu.
SEPANJANG zaman pendudukan Jepun dari tahun 1941 hingga 1945, banglo di puncak Bukit Kutu telah dijadikan tempat soal siasat bagi mendapatkan maklumat mengenai penentangan Jepun di Tanah Melayu.
Majoriti mereka yang ditangkap terdiri daripada kaum Cina dan segelintir kaum Melayu tetapi biasanya kaum Melayu dapat melarikan diri, sekali gus menyelamatkan mereka daripada dibunuh di puncak Bukit Kutu.
"Waktu Jepun dulu, saya ada dengar cerita yang menyatakan tentera Jepun tangkap sesiapa sahaja yang dikehendaki untuk mendapatkan maklumat.
"Mereka yang ditangkap itu akan dibawa naik ke Bukit Kutu. Tak tahu apa nasib mereka. Rasanya kesemua mereka 'diselesaikan' di situ," kata Hairi Mohamad Sab,81, (gambar) yang merupakan antara orang lama yang masih tinggal di Kampung Dagang Setia, Kuala Kubu Bharu (KKB).
Menurutnya, kesimpulan itu dibuat berdasarkan kesemua mereka yang naik ke Bukit Kutu untuk disoal siasat tidak turun semula sehingga perang tamat.
"Langsung tak dengar cerita tentang mereka selepas mereka dibawa naik ke bukit itu," tambahnya.
Hairi yang baru beberapa hari menjalani pembedahan katarak ketika temu bual ini diadakan berkata, beliau sebenarnya tidak berapa suka bercerita tentang apa yang tentera Jepun lakukan di banglo tersebut sepanjang pemerintahannya di Tanah Melayu.
"Saya tak suka nak cerita tentang itu, takut orang Cina tak puas hati," katanya.
Bercerita tentang KKB pada zaman Jepun, katanya, tentera Jepun akan berbasikal dan berjalan kaki di seluruh kampung.
Menurutnya, beliau ada mendengar banyak cerita mengenai gadis dan wanita dirogol, selain mengambil barangan milik orang kampung.
"Pernah sekali, sekumpulan tentera Jepun yang sedang meronda terlihat pokok sirih. Dipaksanya orang kampung menggali sehingga ke akar kerana dia ingatkan ada ubi untuk dijadikan makanan.
"Lesung tumbuk padi orang kampung pula diterbalikkan untuk dijadikan dapur masak nasi," katanya yang memberitahu rumahnya pernah dimasuki tentera Jepun untuk diperiksa.
"Lagi satu, tentera Jepun ini pantang tengok cahaya lampu terang benderang pada waktu malam.
"Ketika itu, kakak saya nak kahwin, jadi pada malamnya, penduduk kampung bergotong royong memasak untuk kenduri.
"Tiba-tiba datang sekumpulan tentera Jepun menyoal siasat bapa saya.
"Bapa saya jawab, esok ada kenduri, jadi malam ini adalah malam memasak," katanya sambil memberitahu keesokannya tentera Jepun datang ke majlis kenduri kahwin kakaknya walaupun tak dijemput.
Dalam pada itu, Hairi yang pertama kali mendaki Bukit Kutu pada 1964 berkata, selepas Jepun menyerah kalah, pihak Inggeris mengambil semula banglo di Bukit Kutu.
Tetapi katanya, pegawai Inggeris naik ke Bukit Kutu bukan untuk berehat seperti zaman sebelum perang, sebaliknya untuk tujuan keselamatan.


RUJUKAN: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20130921/lk_04/Tahanan-Jepun-lenyap-di-Bukit-Kutu#ixzz2fgnAOV00
© Utusan Melayu (M) Bhd