Ad

Saturday 28 February 2015

1.6 Bentuk pemerintahan


OLEH-AHMAD YAAKOB
Selepas pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w, umat Islam diperiutah oleh para khalifah yang dikenali sebagai Khulafah al-Rasyidin. Dasar-dasar pemerintahan dan pentadbiran baginda masih diguna pakai di samping berlaku penambahan disebabkan negara dan wilayah Islam yang semakin luas dan kompleks terutamanya ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab. Impak perluasan wilayah, pemerintah kerajaan Islam telah menggubal dasar-dasar pemerintahan pada peringkat wilayah yang selari dengan pemerintahan dan pertadbiran peringkat pusat bermula zaman Khulafa' al-Rasyidin sehingga zaman kerajaan Uthmaniyah.[1]

1.6.1Pemerintahan pusat dan wilayah khalifah al-Rasyidin abad ke-7
Kerajaan Khulafah al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632, iaitu apabila Abu Bakar al-Siddiq dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah pertama. Kerajaan Khulafah al-Rasyidin diperintah oleh empat orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w, iaitu:
(a) Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.
(b) Khalifah Umar bin al-Khattab.
(c) Khalifah Uthman bin Affan.
(d) Khalifah AIi bin Abi Talib.
Gelaran Khulafah al-Rasyidin digunakan kerana mereka meneruskan dasar kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
Pentadbiran  pusat zaman Khulafa al-Rasyidin  :
a) Madinah  sebagai  pusat pemerintahan.
b) Masjid  Nabawi  sebagai  pusat pentadbiran  negara,pusat ibadat  dan kegiatan  dakwah  Islamiah.
c) Khalifah  sebagai  ketua badan eksekutif, legislatif dan kehakiman.
d) Khalifah paling berkuasa tetapi  kekuasaan tidak berbentuk mutlak  dan terikat  dengan al-Quran dan sunnah  yang mengawal segala tindakan khalifah.
e) Sesuatu  dasar diputuskan melalui majlis syura (badan penasihat Khalifah).
f)  Majlis Syura secara rasmi dibentuk pada  zaman pemerintahan  khalifah Umar bin al-Khattab
g) Penubuhan Baitul Mal -perbendaharaan negara untuk menguruskan  harta rakyat dan negara.[2]
Pentadbiran  pusat zaman Khulafa al-Rasyidin  :
Pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq tidak banyak berbeza dengan zaman Rasulullah SAW kerana tempoh pemerintahannya yang singkat. Tambahan pula beliau sibuk memerangi gerakan murtad secara besar-besaran dan golongan yang enggan membayar zakat selepas sahaja kewafatan Rasulullah SAW. Pentadbiran Khalifah Abu Bakar berpusat di Madinah.
Pentadbiran  wilayah  zaman Khulafa  al-Rasyidin  :
a) Semasa pemerintahan  khalifah Abu Bakar,pemerintahan  wilayah  dibahagikan kepada  10
wilayah - Makkah,  Taif, Yaman, Hadhramaut, Khawlan, al-Jund, Nazran, Zabid, Bahrain dan Jarsh.
b)Pentadbiran perigkat wilayah telah diperkemaskan  Pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin al-Khattab berikutan kejayaan kempen perluasan kuasa.
c) Negara Islam dibahagikan  kepada  8 wilayah utama  iaitu Madinah,Mekah, Syam, Mesopotamia, Iraan, Iraq, Mesir dan Palestin.[3]
d) Setiap wilayah mempunyai  ibu negeri dan pusat pentadbiran masing-masing.
e) Khalifah Umar bin al-Khattab  telah membentuk sistem birokrasi yang sistematik.
f)  Setiap wilayah diketuai  oleh gabenor (amil) dan dibantu oleh setiausaha  dan pegawai lain seperti :setiausaha  tentera, pegawai cukai (Sahib al-Kharaj)' pegawai polis (Sahib al- Syurtah), pegawai perbendaharan  (Sahib  Bait al-Mal)  dan kadi'
g) Setiap wilayah didirikan  sebuah  Baitul Mal untuk menguruskan  pendapatan  dan perbelanjaan negara.[4]



[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,58.
[2]“Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),20.
[3] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,61.
[4]“Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,20.

Gegaran wakil negara


Tidak keterlaluan untuk mengatakan dua pasukan Pahang dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) paling mendapat tumpuan sepanjang minggu ini, baik di dalam mahu pun di luar padang.

Rentetan isu peletakan jawatan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Penasihat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hujung minggu lalu, ada yang berpendapat isu berkenaan tidak harus diperbesar-besarkan.

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir menyifatkan FAM tidak rugi apa-apa dengan tindakan TMJ itu dan mahu badan induk sukan berkenaan memberi tumpuan terhadap isu lain yang lebih penting.

Mungkin isu penting yang perlu diperhatikan FAM adalah kegusaran beberapa jurulatih dan penggiat sukan lain, yang terbaru Robert Alberts terhadap kualiti padang ketika saingan Liga Super dan Liga Perdana sedang rancak berlangsung.

SAMA HEBAT

Pahang dan Johor DT terus menjadi tumpuan apabila kedua-duanya turut beraksi di kancah Piala AFC minggu ini.

Johor DT mencipta kejutan apabila membelasah kelab India, East Bengal 4-1 di laman sendiri dalam saingan Kumpulan F dan lebih membanggakan keempat-empat gol dijaringkan anak watan iaitu Nazrin Nawi, Safiq Rahim, S Chanturu dan Safee Sali.

Jaringan ‘lipatan gunting’ Safee bagai menandakan penyerang yang pernah melonjak namanya satu ketika dahulu kembali menjadi sebutan.

Pahang pula dipaksa bekerja keras hingga saat akhir apabila jaringan R Gopinathan, berjaya memastikan mereka menang 3-2 ke atas kelab Myanmar, Yadanarbon di Stadium Mandalar Thiri, Mandalay.

Aksi cemerlang itu lantas mengundang pujian Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang menyifatkan kedua-dua pasukan itu mengangkat maruah negara.

GADUH LAGI?

Namun, belum pun kemenangan itu dibincangkan lebih meluas, timbul pula dakwaan kononnya Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) berjaya mempengaruhi FAM untuk menunda perlawanan Piala FA di antara pasukan itu dengan Johor DT ke Isnin ini dan bukan sehari sebelumnya.

Bendahari Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Abdul Latif Bandi meluahkan rasa kecewa apabila pasukan itu yang mendakwa hanya pulang dari tugasan di Myanmar pada Jumaat malam, tetapi sebaliknya pulang malam sebelumnya.

Begitupun Setiausaha Agong FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mempertahankan tindakan Pahang.

HOKI

Karier pemain berpotensi, Faizal Saari hampir terkubur gara-gara kegagalannya menghadiri latihan ketika skuad hoki negara membuat persediaan untuk menghadapi pusingan ketiga Liga Hoki Dunia Mei ini.

Nama Faizal digugurkan pengurus skuad kebangsaan, Datuk Nur Azmi Ahmad daripada menyertai 21 pemain yang bakal menyertai latihan di Australia, bermula 6 Mac.

Namun, Faizal kemudiannya meminta maaf atas kesilapannya selepas bertemu pengurusan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Khamis lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2015 @ 5:14 AM
FAIZAL tidak hadir latihan skuad negara.


- SUMBER http://www.hmetro.com.my/node/33900#sthash.GVhvuNgA.dpuf

Piala FA: Selangor, T-Team bergelut mara; mudah bagi Terengganu, Lions XII

Ahad, 1 Mac 2015 @ 12:48 AM 
Oleh Wan Fakhrul Bakar-Faizul Azlan Razak Bashah Zainol Abidin dan Anis Nabila Md Wazilah
 bhsukan@bh.com.my
 
PEMAIN Selangor, Guilherme De Paula (kanan) diasak pemain FELDA United, Shukor Adan dalam perlawanan Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini. - Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Selangor bernafas lega apabila bangkit secara dramatik untuk mara ke pusingan ketiga Piala FA selepas menewaskan FELDA United 4-2 menerusi sepakan penalti dalam pertarungan sengit di Stadium Selayang, malam ini.


Satu ketika, bekas juara itu seperti mahu tersingkir apabila lawan mendahului 2-0 tapi berjaya memberi cabaran untuk terikat 2-2 dan mengheret perlawanan ke masa tambahan sebelum ia ditentukan menerusi penalti.

T-Team turut bergelut pada saingan pusingan kedua apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-0 pada masa tambahan selepas permainan 90 minit pertama berakhir tanpa jaringan di laman sendiri.

Pasukan lain yang mara adalah Terengganu yang mudah menewaskan Melaka 3-1 di Stadium Hang Jebat manakala Lions XII dari Singapura membaham PB Melayu Kedah 4-0 di Alor Setar dan Pulau Pinang menang tipis 1-0 ke atas Perlis.

Terdahulu pada masa sebenar, gol pertama FELDA United kendalian bekas jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim hadir pada minit ke-47 menerusi sepakan penalti Bojan Miladinovic selepas Makeche dijatuhkan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.

Belum sempat Selangor bernafas, FELDA United menambah gol kedua pada minit ke-50 menerusi rembatan kencang Makeche yang gagal diselamatkan Norazlan.

Selepas FELDA mengendurkan asakan, Selangor berjaya mencuri kesempatan itu dengan merapatkan kedudukan menerusi rembatan kencang Ahmad Hazwan Bakri dalam kotak penalti pada minit ke-78 menewaskan Farizal Harun.

Ketika Selangor di ambang penyingkiran, De Paula berjaya menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-88 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.
PEMAIN T-Team, Mohd Nor Hakim Hassan (dua dari kanan) diasak oleh pemain ATM, Hairuddin Omar pada aksi Piala FA di Stadium Sultan Ismail, Kuala Terengganu malam ini. - Foto Aswadi Alias
Di Kuala Terengganu, ATM menggigit jari apabila tersingkir selepas tunduk 0-3 kepada T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Perlawanan terpaksa dilanjutkan di masa tambahan selepas menyaksikan kedua pasukan terikat tanpa jaringan hingga tamat 90 minit permainan.

Jaringan yang ditunggu-tunggu akhirnya menjelma hasil tandukan Farhod Tadjiev berpunca sepakan sudut pemain gantian, Muhammad Safawi Rasid minit ke-100.

Muhammad Safawi mempamerkan aksi cemerlang apabila melepaskan rembatan lencong terus menerjah jaring minit 106.

Dua minit berselang, Farhod terus menghukum pasukan yang beraksi dalam Liga Super itu apabila melepaskan rembatan deras menewaskan penjaga gol, Razi Effendi Suhit.

Di Georgetown, Pulau Pinang mara ke pusingan ketiga selepas menewaskan Perlis 1-0 di Stadium Bandaraya, di sini.

Gol tunggal skuad Harimau Kumbang itu dihasilkan oleh Mohd Faiz Subri melalui sepakan percuma pada minit ke-71 perlawanan.

Percubaan Lee Gil Hoon dan Mohd Azinee Taib untuk menambah jaringan untuk Pulau Pinang gagal apabila sepakan masing-masing terkena palang dan berjaya diselamatkan penjaga gawang Perlis.
  
PENJAGA gol Kedah United, Mohd Sheril Anuar menepis keluar bola dalam perlawanan Piala FA menentang Lions XII di Stadium Darulaman malam ini. - Foto Amran Hamid
Di Stadium Darulaman, Kedah United memulakan perlawanan dengan begitu yakin dan hampir memperoleh gol pertama pada minit ke-23 tetapi sepakan kencang Wan Syukri terkena palang gol pelawat dan terselamat seketika pintu gol Lions XII.

Akhirnya pelawat berjaya menghukum Kedah United apabila bola tendangan sudut oleh Mohd Faris Ramli berjaya ditanduk oleh rakan sepasukannya, Mohd Afiq Yunos melepasi jangkauan penjaga gol tuan rumah, Mohd Sheril bagi Lions XII mendahului 1-0.

Pelawat menjaringkan gol kedua pada minit ke-47 menerusi Mohd Afiq Yunos apabila tandukannya hasil sepakan sudut diambil oleh Mohd Faris Ramli melepasi jangkauan Mohd Sheril.

Pada minit ke-62 pemain pelawat, Quak Jun Yi berjaya menewaskan Sheril sekali lagi dan menolak bola masuk ke pintu gol yang sudah terbuka luas bagi mengukuhkan kedudukan pasukan pelawat.

Lions XII terus menambah penderitaan Kedah United apabila tandukan Mohd Shahril gagal di selamatkan oleh penjaga gantian tuan rumah, Firdaus Che Ani yang baru beraksi selama 10 minit sebelum jaringan ini.
 

PENJAGA gol Perlis, Muhd Fakhrul cuba menyelamatkan bola daripada serangan pemain Pulau Pinang (jersi biru) dalam perlawanan Piala FA pusingan kedua di Stadium Bandaraya di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
sumber-BERITA HARIAN ONLINE 1.3.2015

PDRM jinak Rhinos

-Oleh Azlan Muhammad Zainazlanmz@hmetro.com.my
 
Shah Alam: PDRM tidak berdepan kesukaran melangkah ke pusingan ketiga Piala FA apabila menyingkirkan Sabah 3-0, malam tadi.

Tiga jaringan pada babak pertama sudah cukup menceritakan dominasi The Cops pada 45 minit pertama.

Pelawat kendalian Justin Ganai bertandang ke Stadium Shah Alam tanpa menurunkan bekas bintang Liverpool FC, El Hadji Diouf dalam kesebelasan utama dengan pemain berkenaan sekadar memanaskan bangku simpanan.

Selepas 28 minit beraksi di depan kira-kira 5,000 penyokong, pasukan tuan rumah kendalian Azman Adnan akhirnya membuka jaringan menerusi Ashfaq Ali untuk menghidupkan suasana perlawanan.

Kebangkitan yang cuba dijelmakan pelawat tidak berhasil walaupun mengambil keputusan menurunkan Diouf pada penghujung babak pertama.

The Cops melebarkan jaringan menerusi Dramane Traore yang meledak dua gol pada minit ke-41 dan 45 bagi memastikan kelebihan tiga jaringan.

Persembahan lebih agresif cuba dipamerkan Sabah selepas rehat dengan memiliki beberapa peluang menerusi Diouf dan Eamon Zayed namun tidak membuahkan hasil.

Malah PDRM yang meneruskan rentak serangan terutamanya menerusi gerakan pemain lincah Mohamadou Sumareh menyukarkan usaha Sabah mengatur gerakan.

Keputusan 3-0 kekal apabila penjaga gol PDRM, Badrulzaman Abdul Halim mempamerkan persembahan cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya pelawat hingga wisel penamat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Februari 2015 @ 5:26 AM

ASHFAQ (kiri) mengasak penjaga gol Sabah Mohd Fazli Paat di Stadium Shah Alam.


- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/33681#sthash.1ewYtbJL.dpuf

Friday 27 February 2015

PDRM, Sime Darby menang besar

28 Februari 2015 12:29 AM 
Pemain Sarawak, Ryan Griffths mengasak penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat (kanan) dalam perlawanan pusingan pertama Piala FA di Stadium Negeri, Kuching semalam. Kelantan menang 2-1. – BERNAMA

KUALA LUMPUR - PDRM memulakan kempen Piala FA musim 2015 dengan langkah kanan apabila berjaya menundukkan Sabah 3-0 di Stadium Shah Alam semalam.
Kemenangan tersebut membolehkan PDRM melangkah ke saingan seterusnya bertemu Sime Darby.
Dalam perlawanan semalam, The Cops selaku tuan rumah mendominasi babak pertama dengan baik untuk mendapatkan gol awal permainan menerusi Ashfaq Ali pada minit ke-27 hasil gerakan solo dalam kotak penalti sebelum penyerang dari Maldives itu membantu Dramane Traore menjaringkan gol kedua pada minit ke-30.

Penyerang dari Mali, Traore sekali lagi menambah derita Sabah apabila tandukannya pada minit ke-45 tepat memasuki gawang lawan untuk gol ketiga PDRM.
Babak kedua menyaksikan Sabah tidak berupaya beraksi dengan baik biarpun dibantu penyerang berbisa mereka El Hadji Diouf yang dimasukkan selaku pemain gantian pada minit ke-42.

Sime Darby pula mara ke pusingan kedua selepas me­nunjukkan kelas tersendiri apabila membelasah PABPP 5-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Selayang menerusi hatrik Nemanja Vidakovic dan masing-masing satu gol daripada Dilshod Sharofetdinov serta Marko Perovic.
Gol saguhati PBAPP diperoleh menerusi kapten Khairzul Azri Jamal Abd. Hashim.
Selepas beberapa siri kekalahan dalam Liga Super, Kelantan bangkit dalam kempen Piala FA untuk mencipta kemenangan 2-1 ke atas Sarawak di Stadium Ne­geri, Kuching.
Gol Kelantan disumbangkan Erwin Carillo dan Emmanuel Kenmogne manakala jari­ngan tunggal tuan rumah diperoleh menerusi Ryan Griffith.
NS Matrix pula berjaya menundukkan UiTM 2-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi manakala pertemuan di Stadium Inspens, Bangi menyaksikan Kuala Lumpur menundukkan KL MOF dengan keputusan 3-1.
Aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin menyaksikan Hane­lang tewas 0-1 kepada Kedah menerusi jaringan tunggal Farhan Roslan pada minit ke-35 manakala di Stadium Bandaraya, pertemuan di antara Sungai Ara FC dan MISC-MIFA berkesudahan 0-1.
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pdrm-sime-darby-menang-besar-1.64545#sthash.lwV56riz.dpuf


TERKINI MASA KEDUA PERLAWANAN PIALA FA 27.2.2015

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PULAU PINANG SUNGAI ARA FC   0-1 MISC-MIFA

NEGERI SEMBILAN    1-0  UITM FC
m- 22  Forkey Doe

SIME DARBY        5-1  PBAPP
m- 11,m-23,m-36 Nemanja
m- 41 Dilshod Sharofetdinov
m- 54 Marko Perovic

PDRM                  3-0 SABAH
m- 28 Ashfaq Ali
m- 45 Dramane Traoré

SARAWAK                   0-1 KELANTAN
m- 30 Ryan Griffiths         m- 2  Erwin Carrillo
                                            m- 64 Emmanuel Kenmogne

KL MOF  0-0 KUALA LUMPUR


TERKINI MASA PERTAMA PERLAWANAN PIALA FA 27.2.2015

 oleh-Ahmad bin Yaakob
PULAU PINANG SUNGAI ARA FC   0-0 MISC-MIFA

NEGERI SEMBILAN    1-0  UITM FC
m- 22  Forkey Doe

SIME DARBY  2-0  PBAPP
m- 11,m-23 Nemanja

PDRM  0-0 SABAH

SARAWAK 0-1 KELANTAN
                         m- 2  Erwin Carrillo


KL MOF  0-0 KUALA LUMPUR

KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA FA 27.2.2015

 OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
PERLAWANAN SEBELAH PETANG
HANELANG  0-1  KEDAH

                             m- 35 Farhan Roslan

JADUAL PIALA FA JUMAAT 27.2.2015

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

PULAU PINANG SUNGAI ARA FC LAWAN MISC-MIFA
STADIUM BANDARAYA
MASA 8.45

NEGERI SEMBILAN    LAWAN  UITM FC
STADIUM TUANKU ABDUL RAHMAN PAROI
MASA 8.45

SIME DARBY  LAWAN PBAPP
STADIUM MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
MASA 8.45

PDRM  LAWAN SABAH
STADIUM SHAH ALAM
MASA 8.45

SARAWAK LAWAN KELANTAN
STADIUM NEGERI KUCHING
MASA 8.45

KL MOF  LAWAN KUALA LUMPUR
STADIUM INSPEN BANGI
MASA 8.45

HANELANG  LAWAN  KEDAH
STADIUM ISMAIL NASIRUDDIN SHAH,KUALA TERENGGANU

4.15 PETANG

Sathia yakin The Gladiators bangkit padam duka

KHAMIS, 26 FEBRUARI 2015 @ 8:30 PMPiala FA: Sathia yakin The Gladiators bangkit padam duka
 
Ketua jurulatih pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B Sathianathan ketika sidang media pada majlis pelancaran Kem Bola Sepak Remaja Allianz (AJFC) 2015 di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B Sathianathan yakin pemain skuad 'The Gladiators' bakal bangkit melakar kemenangan sulung pada pusingan kedua Piala FA menentang T-Team di Kuala Terengganu, Sabtu ini.

Pengendali berusia 56 tahun itu mengakui walaupun pasukan ATM berada dalam keadaan tenat selepas ditimpa tiga kekalahan berturut-turut dalam aksi Liga Super, namun ia tidak bermakna mereka akan memberi laluan mudah kepada T-Team.

"Saya yakin kita akan bangkit nanti namun bukan senang menentang T-Team di Kuala Terengganu kerana saya yakin mereka akan memberikan persembahan cemerlang di laman sendiri," katanya.


Sathianathan berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran Kem Bola Sepak Remaja Allianz (AJFC) 2015 oleh Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Zakri Khir, di sini, hari ini.

"Saya minta pemain lupakan tiga kekalahan lalu dan fokus aksi menentang T-Team nanti," katanya.

ATM kini menghuni tangga ke-11 daripada 12 pasukan dalam carta Liga Super tanpa sebarang mata selepas tiga perlawanan.

Mereka kalah 0-2, masing-masing kepada Kelantan dan Perak pada 7 dan 14 Februari di Kota Bharu dan Paroi, Negeri Sembilan selain tunduk 1-2 kepada FELDA United FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 21 Februari lalu. - BERNAMA


Sumber-BERITA HARIAN ONLINE 26.2.15

Thursday 26 February 2015

Kedudukan Liga Super selepas perlawanan ketiga.


Pasukan           P          M         S          K         J           B         MT
FELDA           3          2          1          0          8          4          7
Perak               3          2          1          0          6          2          7
PDRM             3          2          0          1          8          5          6
Terengganu     3          2          0          1          5          4          6
Kelantan         3          2          0          1          4          4          6
Sarawak          3          1          2          0          6          4          5
JDT                 3          1          1          1          3          2          4
LIONS XII     3          1          1          1          7          7          4
Selangor         3          0          2          1          2          4          2
Pahang           3          0          2          1          1          3          2
ATM              3          0          0          3          1          6          0

Sime Darby    3          0          0          3          1          7          0

Sumber-BERITA HARIAN ONLINE 22.2.15

3 tonggak cedera hantui Selangor

-Oleh Mohd Firdaus Hashim firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Masalah kecederaan tiga tonggak Selangor membabitkan Andik Vermansyah, Mohd Azmi Muslim dan Norazlan Razali kian merunsingkan ketika skuad Merah Kuning dalam persediaan terakhir bagi menghadapi cabaran FELDA United dalam saingan Piala FA, Sabtu ini.

Selepas mengharungi tiga aksi Liga Super dengan hanya mampu mengutip dua mata tanpa sebarang kemenangan The Red Giants berhasrat memahat kemenangan pertama musim ini dengan menjadikan FELDA United sebagai mangsa.

Namun kecederaan tiga pemain itu sewaktu bertemu Johor Darul Ta’zim (Johor DT) minggu lalu, mengundang keresahan pengendali Mehmet Durakovic.

“Azmi masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan selepas berlanggar dengan Norazlan yang menjadi punca kepada gol Johor DT tempoh hari. Begitu juga dengan Norazlan dan Andik, kedua-duanya mengalami kecederaan namun tidak begitu serius.

“Mereka berdua masih menjalani latihan seperti biasa kecuali Azmi. Saya akan pantau tahap kecederaan mereka hari ini (semalam) dan esok (hari ini) sebelum memutuskan senarai pemain yang akan diturunkan nanti.

“Sudah pasti saya tidak mahu kehilangan mereka kerana khidmat ketiga-tiganya begitu penting. Cuma persoalannya sama ada mereka bakal bermain atau tidak masih menjadi tanda tanya.

“Namun, jika khidmat mereka tidak dapat digunakan saya masih ada pemain muda yang mampu mengisi kekosongan,” katanya.

Mehmet, 50, menyifatkan kunjungan pasukannya ke Selayang berdepan pendahulu Liga Super FELDA United antara ujian cukup getir memandangkan The Fighters kini berada di puncak prestasi mereka.

“Pasukan mereka cukup berpengalaman ditambah dengan pemain import yang begitu baik. Bukan mudah untuk menundukkan mereka, tapi kami juga semakin baik dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

“Keputusan seri 1-1 dengan Johor DT menunjukkan kami semakin meningkat dan saya yakin jika kami beri 100 peratus dalam aksi itu kemenangan boleh dicapai,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Februari 2015 @ 8:16 AM

AZMI (kiri), Andik (gambar kecil) dan Norazlan (kanan) cedera.

- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/33136#sthash.Jq1LwTFK.dpuf

Chong Wei komited curah bakti



-Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

 WALAUPUN masih digantung daripada menyertai sebarang pertandingan, bekas pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei (gambar) tetap komited mencurahkan bakti kepada skuad badminton kebangsaan apabila membantu pasangan beregu utama negara, Tan Wee Kiong dan Goh V Shem sepanjang persiapan menghadapi Kejohanan Badminton Siri Super Premier Seluruh England 2015 bermula 3 hingga 8 Mac depan.

Chong Wei yang dijemput berlatih bersama-sama skuad beregu, digandingkan dengan juara Seluruh England 2007, Tan Boon Heong untuk beraksi dalam satu perlawanan simulasi selepas menamatkan sesi latihan fizikal di kem latihan badminton negara di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.

Pemain tersebut yang digantung sementara daripada menyertai sebarang kejohanan apabila diuji positif bahan terlarang dexamethasone ketika ujian doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lalu ternyata masih mampu mempamerkan aksi kompetitif untuk menewaskan pasangan itu dengan keputusan 21-18, 21-19.

Ketua jurulatih beregu negara, Jeremy Gan turut memuji sumbangan yang diberikan Chong Wei dan berharap pemain berusia 32 tahun itu akan terus memberikan sokongan, sekali gus membantu Wee Kiong dan V Shem kembali ke tahap terbaik selepas kali terakhir beraksi pada Terbuka India, Januari lalu.

Jelas Jeremy, bantuan Chong Wei untuk turut serta dalam sesi latihan beregu telah meningkatkan kualiti latihan kedua-dua pemain itu terutama selepas skuad beregu negara kehilangan Hoon Thien How dan Lim Khim Wah yang meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) awal bulan ini.

“V Shem baru kembali berlatih sejak dua minggu lalu selepas direhatkan kerana mengalami kecederaan lutut kiri. Dia kini sudah menunjukkan perkembangan yang sangat baik dan hari ini (semalam) Chong Wei telah memberikan bantuan apabila menerima pelawaan saya untuk menguji tahap permainan mereka.

“Chong Wei memiliki tahap permainan yang tinggi walaupun dia seorang pemain perseorangan tetapi dia boleh beraksi dengan baik sebagai pemain beregu. Walaupun hanya untuk satu perlawanan tetapi dia telah memberikan aksi terbaik dan ia sangat bagus untuk Wee Kiong serta V Shem dalam membuat persiapan ke Seluruh England.

“Kami akan mengajak dia untuk berlatih bersama skuad beregu lagi tetapi bukan secara tetap kerana saya juga tidak boleh mengganggu jadual fizikalnya,” kata Jeremy semalam.

Wee Kiong dan V Shem merupakan satu-satunya beregu lelaki negara yang akan beraksi pada kejohanan Seluruh England minggu depan, namun tidak diletakkan sasaran tinggi kerana waktu latihan sangat singkat.

“Kami tidak meletakkan sasaran yang terlalu tinggi kerana pencabar-pencabar mereka di sana juga bukan mudah untuk ditewaskan.

“Saya lebih suka melihat Wee Kiong dan V Shem memberikan saingan terbaik pada setiap perlawanan. Jika menang, ia sudah cukup baik untuk mereka meneruskan saingan,” tambah Jeremy.
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0226&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz3SrbXySxvHakcipta terpelihara