Oleh Ferzalfie
Fauziferzalfie@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Ratu skuasy
negara, Datuk Nicol David meraikan kejayaan mencipta rekod dunia dengan berjaya
mara ke separuh akhir Kejohanan Cleveland Classic 2015 awal pagi semalam.
Nicol yang mencatat rekod dunia
berada di ranking pemain nombor satu dalam tempoh 106 bulan, berjaya
mengalahkan pemain Mesir, Nour El Tayeb 11-3, 11-6, 11-8.
“Menjadi pemain nombor satu
dunia sesuatu yang anda perlu pertahankan setiap hari.
“Bagi saya hanya aksi pada
kejohanan, yang diraih selebihnya adalah satu bonus,” kata pemain berusia 31
tahun itu.
Pemain kelahiran Pulau Pinang
itu mula meraih gelaran nombor satu dunia pada Januari 2006 dan berjaya
mengenepikan rekod Susan Devoy dari New Zealand yang sebelum ini memegang
takhta selama 105 bulan.
Menantinya pada saingan separuh
akhir awal pagi ini ialah seorang lagi wakil dari Mesir, Omneya Abdel Kawy yang
sebelum itu mengalahkan Annie Au dari Hong Kong 11-8, 11-8, 11-5.
Nicol dalam usaha untuk memburu
gelaran pertama tahun ini dan cuba mempertahankan kejuaraan dimenanginya tahun
lalu selepas mengalahkan Annie di final 13-11, 11-5, 11-6.
“Kunci utama kemenangan saya
adalah menggunakan strategi berbeza ke atas pemain berlainan,” katanya selepas
perlawanan tamat semalam.
Jika berjaya mara final, dia
bakal berdepan Laura Massaro dari England atau Raneem El Welily (Mesir).
Laura yang juga pilihan kedua
mara ke separuh akhir selepas mengalahkan seorang lagi wakil negara, Low Wee
Wern 7-11, 11-5, 11-5, 13-11.
Artikel ini disiarkan pada :
Selasa, 3 Februari 2015 @ 6:13 AM
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/28142#sthash.P9g5gBUS.dpuf
No comments:
Post a Comment