MOHAMMAD
ROZAIDI
ZULKIFLI | 23
Februari 2015 12:37 AM
Pemain Felda,
Ahmad Syamim Yahya (kiri) melepaskan rembatan yang cuba dihalang oleh pemain
ATM, Fadzli Shaari dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran
Selayang, Selangor kelmarin. – UTUSAN/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN
KUALA LUMPUR -
Ketua Jurulatih Felda United, Irfan Bakti Abu Salim mengingatkan anak-anak
buahnya agar tidak lagi mengulangi kesilapan mudah seperti ketika mereka
menumpaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kelmarin kerana lawan yang bakal
ditemui selepas ini ialah pasukan Selangor dalam kempen Piala FA.
Skuad The
Fighters mencipta kejutan apabila meneraju persaingan liga selepas tiga
perlawanan setelah menundukkan ATM 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang
kelmarin untuk mengumpul tujuh mata.
Felda
memperoleh gol menerusi penyerang dari Liberia, Edward Wilson pada minit ke-14
dan Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-26 manakala gol tunggal ATM diperoleh
menerusi Norshahrul Idlan Talaha 10 minit sebelum rehat.
Irfan berkata,
pemain banyak melakukan kesilapan individu dalam perlawanan itu dan dilihat
seperti tertekan selepas diasak bertali arus pada babak pertama.
“Walaupun
menang dalam perlawanan ini tetapi saya masih tidak berpuas hati dengan
beberapa kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan, kesilapan yang menyebabkan
bolos satu gol telah membangkitkan semangat pasukan ATM.
“ATM dilihat
lebih bersemangat selepas memperoleh satu gol, menyebabkan pasukan kita harus
bertahan, dan kami memperoleh banyak peluang untuk menambah jaringan tetapi
dipersia-siakan oleh pemain sendiri.
“Perjalanan
liga masih jauh dan dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku tetapi kami akan
cuba mengekalkan momentum tanpa kalah ini.
“(Sekarang)
lupakan dahulu perlawanan Liga Super, tumpukan pada perlawanan Piala FA
menentang Selangor nanti dan saya harap pemain dapat mempamerkan persembahan
terbaik bagi melangkah ke peringkat seterusnya,” kata Irfan ketika ditemui
pemberita selepas tamat perlawanan menentang ATM kelmarin.
Begitupun,
Irfan turut mengucapkan tahniah kepada jentera serangan kerana dapat
menjaringkan lapan gol dalam tiga perlawanan.
“Semestinya
saya berpuas hati dengan jentera serangan kerana dapat melaksanakan tugas
dengan baik dan semua pemain dapat melaksanakan tangungjawab masing-masing.
“Kesilapan yang
dilakukan harus diperbaiki dari semasa ke semasa agar tidak memberi kesan
negatif kepada pasukan pada masa akan datang,” katanya.
Sementara itu,
pengendali pasukan ATM, B. Sathianathan mengakui berpuas hati dengan pretasi
yang dipamerkan pasukannya dalam perlawanan ini biarpun mereka kalah.
“Tahniah
diucapkan kepada pemain yang dapat melaksanakan tanggungjawab apabila berjaya
mengusai perlawanan pada babak pertama, namun masalah penyudah pula menjadi
halangan.
“Benteng
pertahanan masih nampak goyah dan perlu diperbaiki namun dengan kembalinya
pemain utama seperti Mat Yo (Nurshahrul), D. Christie Jayaseelan dan Fadzli
(Saari) dapat dilihat peningkatan tahap pemainan pasukan.
“Ini menjadi
satu landasan yang baik...walaupun kalah malam ini tetapi peningkatan dari segi
permainan merupakan satu pentunjuk yang positif kepada pasukan,” jelasnya.
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/i-the-fighters-i-tekad-perbaiki-kelemahan-1.62377#sthash.6WPBFYIT.dpuf
No comments:
Post a Comment