MOHD FAHMI ISMAIL
8 Februari 2015
Penyerang Terengganu, Paulo
Rangel (kanan) diasak oleh pemain Selangor dalam perlawanan Liga Super di
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, malam tadi. Penyerang Terengganu, Paulo
Rangel (kanan) diasak oleh pemain Selangor dalam perlawanan Liga Super di
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, malam tadi.
NAIB juara musim lalu, Selangor
memulakan kempen Liga Super 2015 dengan langkah kiri apabila tumpas 0-2 di
tangan Terengganu pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah,
malam tadi, lapor MOHD FAHMI ISMAIL.
Red Giants bemula agak baik
namun jaringan pemusnah Ismail Faruqi menerusi rembatan cantik pada minit ke-38
dan Daruli Gustavo Lopez m-72 menghasilkan kekalahan sulung tidak terduga
mereka musim ini.
Di Stadium Paroi, Kelantan
memberi amaran awal untuk kembali mencabar kejuaraan apabila mencatat tiga mata
selepas menundukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-0 di Paroi.
Gol pelawat disumbangkan Noor
Hazrul Mustafa m-13 dan Erwin Carillo m-61 sekali gus menceriakan ribuan
penyokong setia The Reds Warriors yang hadir ke stadium.
Sementara itu, tiga jaringan
melalui Bojan Miladonovic (penalti m-30), Makache Ndumba (48) Edward Junior Wilson
(85) hampir memberikan kemenangan dramatik Felda United di Stadium Selayang.
Namun, Shahrol Saperi
menyelamatkan maruah Bujang Senang untuk mengakhiri permainan 3-3. Sebelum itu,
Sarawak mendahului pada minit ke-13 hasil jaringan Billy Mehmet dan Hairol
Mokhtar berjaya menyamakan kedudukan m-76.
Di Stadium Perak, ledakan
Nuridzuan Abu Hassan dan Namkung Wong pada m-30 dan m-85 memastikan The Bos
Gaurus menewaskan Sime Darby 2-0.
Manakala, bekas juara 2013,
Lions XII tiada masalah untuk membelasah pendatang baharu, Polis Diraja
Malaysia 5-3 di Stadium Jalan Besar.
Sumber-SINAR HARIAN ONLINE
8.2.2015
No comments:
Post a Comment