Ad

Sunday, 8 February 2015

Peminat, keberanian kunci kejayaan


09 Februari 2015 2:01 AM

MELAKA – Sorakan padu lebih 3,000 penyokong dan keberanian mencuba pelbagai teknik permainan menjadi faktor kejayaan pasukan negara menumpaskan Thailand untuk menjuarai Sepak Takraw Siri Super ISTAF Malaysia 2015.
Ketua pasukan, Farhan Adam berkata, sorakan padu penyokong menaikkan semangat tidak mahu mengalah kepada pemain Malaysia.
Biarpun berdepan lawan yang memiliki reputasi besar, namun ia tidak langsung menggentarkan mereka untuk terus mengeluarkan segala pengalaman tanpa ragu-ragu.


“Kami bermain dengan cemerlang sepanjang kejohanan ini, namun saya rasa kami tidak dapat bermain sebaik ini tanpa sokongan penyokong yang tidak pernah jemu melaungkan kata-kata semangat kepada kami,” kata Farhan.
Dalam perlawanan akhir itu, Malaysia menumpaskan musuh tradisi Thailand 21-7, 21-19 dalam pertarungan hampir sejam bagi memberikan kejuaraan pertama dalam kejohanan yang bermula pada 2011 itu.
Kecemerlangan Malaysia terserlah sejak awal saingan apabila berjaya memenangi semua lima perlawanan dengan straight set.
Pemain remaja berusia 18 tahun, Mohd. Syahir Rosdi paling mencuri tumpuan apabila bukan saja memiliki servis kencang, malah kurang melakukan kesilapan.
“Kemenangan ini juga hasil usaha keras rakan sepasukan yang lain, Farhan, Hanafiah dan Khairol yang sama-sama bersemangat untuk memberikan yang terbaik,” kata Syahir, yang mula mewakili skuad negara tahun lalu.
Syahir berkata, walaupun berdepan Thailand, namun dia tidak gentar sebaliknya menanam sema­ngat untuk mencipta sejarah merangkul kejuaraan buat kali pertama.

 “Rasa teruja apabila beraksi di hadapan penonton yang meme­nuhi dewan yang membuatkan kami bersemangat untuk menghadiahkan kemenangan kepada Malaysia,” katanya.

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/peminat-keberanian-kunci-kejayaan-1.57503#sthash.AEafPtZD.dpuf

No comments:

Post a Comment