Ad

Wednesday 11 February 2015

Brendan akan diberikan rawatan terbaik

Brendan akan diberikan rawatan terbaik
11 Februari 2015 1:20 AM
SLUG : KAFA GANKELANTAN - KOTA BHARu 10 FEB 2015 - Pegawai Media
Pegawai Media KAFA, Mohd. Zuki Deraman (kanan) menenangkan Brendan Gan yang mengalami kecederaan ketika menentang ATM di Seremban Sabtu lalu
KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan memastikan pemain tengah berpengaruhnya Brendan Gan mendapat rawatan terbaik setelah dia mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) ketika menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perlawanan pembukaan Liga Super Sabtu lalu.
Akibat kecederaan tersebut Brendan terpaksa melupakan hasratnya untuk beraksi dengan The Red Warriors dalam saingan Liga Super sepanjang musim ini.
Pengurus pasukan Azman Ibrahim bagaimanapun berkata, pihak­nya akan cuba sedaya upaya untuk membantu pemain itu kembali ke pangkuan pasukan secepat mungkin kerana tenaganya amat diperlukan setelah menunjukkan prestasi cemerlang pada musim lalu.
“Bukan sahaja rawatan, kami juga akan memastikan Brendan menjalani proses pemulihan yang rapi bagi memastikan prestasinya kembali seperti asal sebagaimana dipamerkan ketika membantu Kelantan musim lalu.
“Apa-apa pun kami terpaksa melupakan khidmat Brendan untuk musim ini. Dia terpaksa berehat panjang antara enam hingga lapan bulan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Azman berharap pemain yang pernah beraksi dalam liga Australia itu akan pulih sepenuhnya menjelang saingan Piala Malaysia nanti.
Semalam, akhbar tempatan melaporkan, The Red Warriors terpaksa membayar mahal ketika menumpaskan ATM 2-0 setelah Brendan disahkan mengalami kecederaan ACL dalam pertemuan di Seremban itu.
Pada perlawanan itu, pemain yang mula mendapat perhatian jurulatih kebangsaan Dolah Salleh itu, masuk menggantikan Mohd. Farisham Ismail tetapi hanya sempat beraksi selama 10 minit, menyebabkan skuad kendalian Goerge Boateng terpaksa menghabiskan baki perlawanan dengan 10 pemain.
Azman memberitahu, Kelantan sememangnya terasa kehila­ngan Brendan dalam pasukan memandangkan dia seorang pemain yang boleh beraksi di ba­nyak posisi

- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/brendan-akan-diberikan-rawatan-terbaik-1.58247#sthash.W2DY6a8t.dpuf

No comments:

Post a Comment