Oleh Ridzuan Abdul
Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my
Berjaya
menggeletek hati ramai dengan persembahan selamba mereka, Zero akhirnya membuat
penonton di Stadium Putra Bukit Jalil dan di rumah, Jumaat lalu, menitiskan air
mata apabila mereka menyanyikan lagu ‘Ayah’ pada hujung persembahan pada segmen
kedua.
Ketika itu
Syaiful dan Atu dilihat menitiskan air mata dan meletakkan muka di bahu Sharif.
Jeritan ketawa berganti dengan emosi sedih. Bahkan Fazura dan Taufik selaku
juri tetap turut kelihatan sebak.
Menerusi
persembahan menghiburkan serta penuh drama ini, Zero yang dianggotai Sahrif
Kadil Doli Sahrif, 25, Mohammad Syaiful Doli Sahrif, 27, dan Sharif Kunal Doli
Sahrif, 23, memperoleh keseluruhan 10 bintang, sekali gus menjuarai Maharaja
Lawak Mega (MLM) 2014, membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 dan trofi
sumbangan Astro.
Tempat kedua
diraih Sepahtu, Nabil (ketiga), Shiro (keempat) dan Bocey di tempat kelima.
Siapa sangka ada
cerita duka di sebalik kejayaan yang dikecapi. Bagaimanapun, elemen sedih itu
menjadi pertikaian segelintir pihak yang mendakwa Zero menggunakan elemen
simpati bagi meraih kemenangan ini.
Ditemui pada
sidang media selepas itu, Zero memberitahu mereka bukan mempertaruhkan elemen
itu untuk memancing undi mahupun simpati juri, sebaliknya cuba berlaku jujur
pada diri sendiri.
“Niat kami masuk
MLM memang nak cari duit dan merancang mahu menghantar emak pergi haji,
membaiki rumah serta untuk kegunaan Syaiful kahwin. Zero tidak mengharapkan
simpati dan kami tak kisah dapat nombor berapa pun kerana hasrat nak hantar
emak mengerjakan haji tetap akan dikotakan,” kata Sharif.
Selepas
menduduki tempat kedua Raja Lawak musim keenam, Sharif dan Syaiful terpaksa
pulang ke Sabah dan melupakan aktiviti seni buat seketika selepas bapa mereka
meninggal dunia pada 2012.
“Kami selitkan
nostalgia mengenai ayah kerana Atu tak sempat bertemunya ketika dia meninggal
kerana dia terbabit dengan Fear Factor Selebriti ketika itu. Hanya Atu yang
aktif di Kuala Lumpur, tetapi kami bersyukur kerana dia tetap bawa nama Zero
dimana-mana.
“Selepas
kemenangan ini, Zero berjanji akan terus berkarya untuk peminat kerana kami
tahu mereka dahagakan persembahan kami,” kata Sharif yang mengakui seakan-akan
tidak percaya apabila nama Zero disebut sebagai juara.
Apapun Zero
berterima kasih kepada peserta lain terutama Sepahtu dan Nabil serta Astro dan
peminat yang memberi sokongan moral kepada mereka terutama selepas mengalami
penurunan prestasi selama dua minggu.
Kongsi kisah
silam
Mengimbas kisah
lalu, Sharif mengakui kehidupan keluarga mereka di Kampung Pantai Bahagia,
Kudat, agak daif. Dia bekerja sebagai nelayan dan banyak menghabiskan masa di
laut.
“Boleh dikatakan
hampir 20 jam sehari masa saya dihabiskan di laut. Selepas masuk Raja Lawak,
ada perubahan berlaku, tetapi undangan show masih perlahan. Dengan kemenangan
MLM ini, kami akan terus fokus pada karier dan akan menetap di Kuala Lumpur.
Kami ada lagi empat beradik di kampung.
“Emak ada
bercadang nak berpindah ke sini, tetapi dia susah nak berjauhan dengan
saudara-maranya pula,” katanya yang turut menyifatkan kemenangan ini sebagai
hadiah ulang tahun kelahirannya pada 31 Januari lalu.
Seperti yang
dicanang sebelum ini, Syaiful pula mengakui akan mengakhiri zaman bujangnya
dengan gadis bernama Asyura pada Mac atau April ini.
Sepahtu dan
Nabil akur kemenangan Zero
Biarpun bergelar
penyandang juara musim lalu, Sepahtu yang dianggotai Jep dan Shuib akur dengan
kemenangan Zero.
“Tiada pasukan
‘underdog’ kerana semua peserta hebat. Zero ada berjumpa saya pada minggu
kelima dan beritahu hasrat nak terus bersaing kerana niat nak hantar emak pergi
haji dan buat rumah.
“Saya mengakui
impian mereka sangat bagus. Kami dah pernah mengecapai kemenangan dan jika
mereka buat yang terbaik apa salahnya mereka menang,” kata Jep dan Shuib yang
berpuas hati menduduki tempat kedua.
Nabil juga
mengakui Zero layak menang kerana mereka menampilkan persembahan terbaik.
“Zero sangat
ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam kerjaya mereka. Saya bersyukur dan berpuas
hati kerana menduduki tempat ketiga. Ini rezeki anak kedua saya yang bakal
lahir,” katanya.
Artikel ini
disiarkan pada : Isnin, 9
Februari 2015 @ 5:02 AM
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/29522#sthash.6hlYafHn.dpuf
No comments:
Post a Comment