Johor Bahru: Gandingan trio Safiq Rahim-Hariss Harun-Shakir Shaari berjaya membentuk persefahaman mantap buat Johor Darul Ta’zim (Johor DT) apabila mendominasi posisi tengah pada aksi pembuka tirai Liga Malaysia (Liga M) untuk merebut Piala Sumbangsih di Stadium Larkin, kelmarin.
Ternyata kelibat Safiq menjadi watak penting menjana gerakan di kawasan tengah sambil Hariss dan Shakir membentuk corak permainan bertahan di posisi itu menyebabkan barisan tengah skuad Tok Gajah gagal bergerak.
Bagi Safiq, kemenangan 2-0 ke atas skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan dijadikan pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan pada saingan Liga Super dan ia juga menebus kehampaan musim lalu selepas Harimau Selatan gagal menewaskan juara Piala Malaysia dan Piala FA itu.
“Alhamdulillah, apa yang kami hajati akhirnya terlaksana dan tiga mata diraih meleraikan badi tanpa kemenangan ke atas Pahang musim lalu dan ia tercapai hasil semangat satu pasukan.
“Kombinasi saya, Hariss dan Shakir sudah dibentuk sejak musim lalu dan kami sudah memahami corak permainan masing-masing sekali gus memudahkan lagi tugas di padang.
“Taktik digunakan jurulatih, Bojan Hodak memberi ruang kepada saya bergerak bebas untuk melaksanakan tugas mengumpan bola kepada Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz,” jelasnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Februari 2015 @ 5:53 AM
- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/27892#sthash.rVmaK63Q.dpuf
No comments:
Post a Comment