Ad

Thursday 12 February 2015

FAM sedia ubah tarikh perlawanan

MUHAMMAD DAYNE AZMIN  |  11 Februari 2015 1:21 AM
KUALA LUMPUR 19 DIS 2014 - Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan
Afandi Hamzah
KUALA LUMPUR – “Tiada masalah”. Itu jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Per­­tandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bo­lasepak Malaysia (FAM) jika Persatuan Bola Sepak Pulau Pi­nang (FAP) mahu tarikh perlawanan antara Pulau Pinang dan PKNS yang dijadualkan berlangsung pada hari kedua Tahun Baharu Cina di Stadium Bandaraya ditunda.
Semuanya perlu mengikut prosedur yang ditetapkan iaitu menghantar surat rayuan dan bukti untuk menyokong rayuan mengubah tarikh perlawanan yang sepatutnya dilangsungkan pada 20 Februari itu kepada tarikh yang dihendaki mereka.
Pengerusi JKPT, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, FAM cukup bertimbang rasa dan bukannya kurang sensitif terhadap keperluan bangsa dan agama lain walaupun tidak dinafikan tidak ramai pemain dalam kalangan kaum Cina yang mewarnai Liga Malaysia.
“Kalau FAP mahu menunda perlawanan berkenaan, FAM sedia menerima rayuan mereka, cuma harap dapat dilakukan secepat mungkin memandangkan tinggal kurang dua minggu lagi.
“Sebagaimana sebelum ini, kami ada terima rayuan daripada Persa­tuan Bola Sepak Sabah (SAFA) yang ma­hu tarikh perlawanan mereka (29 Mei) ditunda ekoran sambutan Hari Gawai pada 30 Mei, dan dapat diluluskan.
“Dalam soal ini, kami memahami keperluan yang ada pada FAP dan boleh guna saluran yang disediakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.
Utusan Malaysia semalam melaporkan perasaan tidak puas hati Presiden FAP, Datuk Seri Nazir A­riff Mushir Ariff, yang berkata FAM sepatutnya lebih sensitif da­lam soal penyusunan jadual Liga Malaysia agar tidak bertembung de­ngan hari kebesaran mana-mana kaum.
Tambahnya, Pulau Pinang mempunyai dua pemain bangsa Cina, Yong Kuong Yong dan See Kok Luen, selain sejumlah pengikut setia berbangsa Cina yang sering kali menyokong skuad Harimau Kumbang itu setiap kali perlawanan di Stadium Bandaraya.
Sementara itu, Afandi berkata, JKPT FAM sebenarnya pernah menghantar jadual perlawanan Liga Super dan Liga Perdana kepada setiap persatuan bola sepak negeri dan kelab sebelum diluluskan, untuk mereka membuat sebarang bantahan terhadap tarikh-tarikh perlawanan yang dicadangkan.
Malah, tarikh perlawanan pada hari kedua Tahun Baharu Cina itu juga turut dimaklumkan dalam ja­dual berkenaan, namun tiada mana-mana persatuan ne­geri menyatakan sebarang cadangan untuk meminda perlawanan.
“Sebenarnya, sebelum jadual ini kami dedahkan kepada pihak umum, kami ada menghantar deraf jadual perlawanan bagi satu musim kepada semua persatuan bola sepak negeri dan kelab yang bertanding jika mereka ada tarikh-tarikh yang tidak dipersetujui.
“Namun, kami tidak te­rima apa-apa bantahan termasuk dari FAP agar perlawanan pada 20 Fe­bruari ditunda kerana jatuh pada hari kedua Tahun Baharu Cina, jadi sebab itu JKPT meneruskan sahaja aksi Liga Perdana pada hari ber­kenaan,” katanya

No comments:

Post a Comment