rizar@hmetro.com.my
Johor Bahru: Misi Johor Darul
Ta’zim (Johor DT) untuk meleraikan badi tanpa kemenangan ke atas Pahang
akhirnya membuahkan hasil selepas menang 2-0 pada aksi Piala Sumbangsih di
Stadium Larkin, kelmarin.
Dua gol pada babak pertama dan
kedua menerusi tandukan dua pemain import Johor DT, Marcos Antonio pada minit
ke-37 dan Luciano Figueroa pada minit ke-58 memastikan skuad Harimau Selatan
memulakan kempen Liga Malaysia (Liga M) dengan langkah kanan.
Malah, pengendali Johor DT
Bojan Hodak puas hati dengan kualiti permainan kesebelasan utama skuad itu yang
berjaya menguasai perlawanan tanpa memberi ruang kepada Pahang untuk cuba
mendekati gawang.
“Amat lega dengan kemenangan
itu, malah saya berasa bangga dengan kesungguhan pemain Johor DT walaupun masih
ada kelemahan apabila gagal mencipta jaringan ketika memiliki peluang
terhidang.
“Mahali Jasuli beraksi dengan
baik, tapi dia agak gopoh untuk melakukan sentuhan terakhir dan saya akan
memperkemaskan lagi corak permainannya selepas ini dan yakin dia akan lebih mantap.
“Kombinasi di posisi tengah
gandingan Safiq Rahim, Hariss Harun dan Shakir Shaari memainkan peranan untuk
menguasai perlawanan dan mereka berjaya menyekat penguasaan barisan tengah
Pahang,” katanya.
Pada aksi itu, Hodak terpaksa
membuat rombakan saat akhir dengan membentuk formasi 4-3-3 selepas Aidil Zafuan
Abd Radzak tidak dapat diturunkan akibat kecederaan lutut dan tempatnya diganti
S Kunanlan.
Persembahan Kunanlan yang
berjaya mengekang pergerakan R Gopinanthan dipuji Hodak dan pemain kebangsaan
itu beraksi konsisten sepanjang 90 minit.
Artikel ini disiarkan pada :
Isnin, 2 Februari 2015 @ 5:54 AM
ANTONIO (kiri) cuba melepasi
kawalan pemain Pahang pada aksi Piala Sumbangsih.
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/27894#sthash.R9MUb8sN.dpuf
No comments:
Post a Comment